Thursday, February 9, 2012

Pusat Perubatan An-Nisa', Kota Bharu










Di atas adalah gambar-gambar bilik dan kemudahan dalam bilik yang disediakan di Pusat Perubatan An-Nisa'(PPA). Bilik luas. Ada bilik air, tivi with astro, wifi, sejadah dan kain sembahyang, gift dari PPA berupa towel dan sanitary kit. Pas tu masa nak balik pun ada gift untuk baby (tapi gambar aku tak amik). Setakat ini aku berpuas hati dengan layanan dan servis yang ditawarkan. Gynea aku pun sangat baik dan peramah dan beriman. Nama dia Dr. Roseliza. Pakar Sakit Puan.

Aku dok Bilik Kasih 3. Tak lama selepas check in, ada ustazah akan datang bagi nasihat mengenai ibadah. Aku baru tahu walaupun kita dah turun tanda nak bersalin macam keluar air ketuban, lendir, darah dan sebagainya bukan bererti dah tak boleh solat. Bila dah bersalin dan keluar baby, baru start tak boleh solat. Sebelum itu, solat adalah wajib.

Proses bersalin kali ini juga Alhamdulillah sangat tenang dan dengan kehadiran Mr Hubby, semuanya dipermudahkan..

Pengalaman bersalin kali kedua ni memang berlainan sangat dengan pengalaman bersalinkan Sofea. Staf dan doktor amat2 baik dan berdedikasi..Masa dalam bilik bersalin, memang diorang akan sentiasa ingatkan supaya selawat, ingat Allah, jangan lalai.. Then bila baby dah keluar, terus dengar doktor selawat dan azan sambil sambut baby keluar. Mr Hubby cakap, time tu dia memang tergamam, tak tau nak baca apa. Hahaha..

Okay nak cerita sedikit kejadian malam selepas bersalinkan Imaan. Aku minta rooming in dengan baby sebab senang nak breastfeed plus Mr Hubby pun ada nak tolong-tolong. Tapi punyalah penat Ummi sampai tak larat nak sendawakan baby dulu sebelum letak dalam cot. Sekali, hampir-hampir baby kelemasan sebab tersedak susu + lendir dari dalam perut. Muka Imaan dah biru. Alhamdulillah aku tersedar masa dengar Imaan macam terbatuk-batuk. Nak bingkas bangun, tau-tau lah baru lepas bersalin, luka sana sini, dengan tak larat sebab belum tidur lagi.. Mr Hubby awal-awal dah lena sebab penat sangat. So, aku jerit panggil Mr Hubby bangun tengok baby. Mr Hubby dah panik tengok baby macam dah hampir lemas. So, sambil-sambil angkat dan gosok-gosok belakang baby, kami call nurse. Syukur tak der apa-apa. So, daripada janji dengan nurse ambil baby jam 6 pagi, kami soh ambil awal dalam 5 pagi sebab masing-masing dah exhausted sangat-sangat. Tak nak lagi kejadian baby tersedak berulang. Nauzubillah.

Pendek kata, aku memang berpuas hati dengan layanan di sini. Total kami bayar dalam +-RM2200.00. Ini termasuk bayaran sunatkan baby dalam RM150. Walaupun mak bidan yang mengurut cakap aku membazir sebab bayar ribu-ribu untuk bersalin, tapi aku puas hati sekurang-kurangnya apa yang aku expect, berbaloi.. daripada bayar murah tapi asyik kena marah, kena perli dari masuk wad sampai keluar wad, baik aku bayar lebih. Sekurang-kurangnya aku tak sakit hati, tak mengungkit-ungkit macam masa lahirkan Sofea. Ye tak?


Published with Blogger-droid v2.0.3