Sunday, August 19, 2012

Aidilfitri 2012


Salam aidilfitri daripada kami sekeluarga. Mohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap selama ini.
Semoga dipertemukan lagi pada tahun2 mendatang. InsyaAllah..(^_-)V
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 14, 2012

Hajat Tidak Kesampaian dan RM1000.00

Kejadian dah tiga hari berlalu, tapi aku masih sedih.

Bermula dengan sebuah proposal pada Mr Hubby untuk buat wallpaper/ wall covering untuk feature wall di ruang tamu dan satu wall di master bedroom.

Tujuan utama aku nak pasang wall covering sebab nak tutup defect yang tak cantik pada wall dalam bilik. Dah alang-alang nak raya kan, aku propose la sekali untuk wall di living room. Aku dah survey, kosnya dalam RM1000.00 lebih kurang.

Tapi, yang sedihnya.. proposal aku ditolak mentah-mentah. Membazir, katanya. Padahal duit aku, kan.. Pandai-pandailah aku nak cari wall paper yang murah yang ada promosi segala.

Yang tak bestnya lagi, bila aku cakap, sakit mata ku tengok wall bilik yang macam berkulat (sebab pernah paip bocor kat luar dinding sebelum tu), Mr Hubby kata, baik dia cat semula wall tu. Duit tu, kasi dia. Deal?

Desperado aku pada masa itu untuk melihat dinding bilik dah tak berkulat, terus dengan laju jawab, DEAL!!

Ciiisss....

Pada masa tu, aku macam tak yakin pun Mr Hubby bleh siapkan dalam masa 2-3 hari. (Itulah, len kali jgn under estimate orang..hahaha). Aku siap cakap, kalau masa sahur pagi Isnin masih tak siap, aku akan terus call orang wall paper buat ukuran, terus buat macam yang aku nak. Masa kami deal tu, hari Rabu atau Khamis. Lagi pun dia cakap dia kerja hari Sabtu. Menguatkan lagi fikiran aku, mesti tak leh siap punya..(under estimate lagi)

Sekali, petang hari Sabtu, Mr Hubby balik dengan berus cat segala. Jam 4.00 mula heret perabot, cat dan jam 6.00 petang, siap. Mr Hubby dah tersengeh-sengeh cakap gatal tangan lah.. nak terima duit lah..haih.

Aku pulak emosi sendiri-sendiri sebab aku tengok catnya tak rata pun. Cat pun kat kawasan siling, ada yang tak habis. Pendek kata, tak kemas lah.

Dalam hati, aku fikir, baik aku bayar orang yang dapat buat wall paper untuk 2 dinding daripada cat satu dinding, tak kemas pulak tu.

Aku perlu tulis perkara ni sebab aku tak tau perlu ke aku emosi dengan benda-benda macam ni. May be next time bila kau baca balik blog ni, aku akan pikir.. Weh, cat ngan wall paper je pooonnn....itu pun ko nak emosi. Haih..(-_-)"

Thursday, August 9, 2012

Bonus Day & How the Money Flies (T_T)

Masing-masing memang menyengeh jer.. Orang kat berlingkar kat surau tengahari tadi pun dah kurang. Sebab pegi Jusco punya pasal. Dapat bonus lah katakan..

Tapi...(wah..ada tapi..) duit bonus tu menyinggah kejap je kat dalam bank.

Ntah hapa angin semua duit macam dah kena tiup pegi masuk beg duit penjual-penjual biskut raya. Hehe.

Meh kita muhasabah (muhasabah?) sikit ke mana semua duit tu pergi..:

Biskut raya - RM189.00
Duit Raya - RM1000.00
Upah jahit baju kurung ummi dan anak2 : RM140.00
Bakul anyaman untuk letak kuih raya ibu dan mak - RM84.00
Gown anak-anak - RM120.00
Air kotak (1 karton) - RM36.00
Total : RM1569.00

Last-last, bonus memang habis macam tu je. Alhamdulillah, ada bonus. Kalau tak, korek duit simpanan la jawabnya.Huhuhu