Berikut disenaraikan beberapa contoh lagu yang pada aku bukan setakat tiada nilai moral, tapi lirik yang tidak bagus langsung untuk diikut.
Tapi kekadang lagu-lagu ni semuanya catchy. Sampai aku pun terhumming sama. Ciiss..
Contoh 1
Lagu : Pudar
Penyanyi : Rossa
Sedutan Lirik : ...Bagaimana kalau ku selingkuh saja, Ku punya banyak teman lelaki .....
Komen : Chooiii!!!...weh, banyak cantik muka kau nak main selingkuh-selingkuh...dengan banyak teman lelaki pulak tu.. Maruah jangan letak di tapak kaki boleh tak? Macamana la laki bini tak bercerai berai sekarang ni? Dok ulang-ulang lirik tak bagus macam ni. Macam menggalakkan pulak. Like - "let's selingkuh ramai-ramai.."
Contoh 2
Lagu : Hey Ladies
Penyanyi : Rossa
Sedutan Lirik : ....Hey ladies jangan mau di bilang lemah, Kita juga bisa menipu dan menduakan, Bila wanita sudah beraksi dunia hancur....
Komen : Ni lagi satu lagu Rossa ajak perempuan curang. Macam, "eh, kalau orang lelaki boleh curang, kita pun boleh curang apa..." Puuuiiiiii!!! Kalau dah lelaki tu dah berdosa, apasal la pulak ko nak berdosa sama? Serius macam tak de akal.
Contoh 3
Lagu: Ku Menunggu
Penyanyi : Rossa
Sedutan lirik : "Ku menunggu..ku menunggu kau putus dengan kekasihmu..."
Komen : Ini lagi satu. Apa pasal Si Rossa ni suka sangat nak nyanyi lagu yang lirik nak amik hak orang, aku pun naik heran. Bagus sangat eh lelaki tu sampai kau sanggup tunggu orang tu putus? Rasa nak lepuk-lepuk sikit kepala orang macam ni. Nak bagi kesedaran sikit. Kononnya macam cinta suci sangat la. Tak nak ngan orang lain, nak ngan lelaki tuuuu jugak. Hak tuuuiii!!! Ko belum kawin, memang la semua nampak macam bagus. Dah kawin esok, baru ko nampak buruk busuk semuanya.. Time tu, baru la ko nak menyesal tunggu orang tu putus. Dah tak boleh nak cakap apa dah. Yang boleh cakap ialah PADAN MUKA.
Contoh 3
Lagu : Ku tunggu Jandamu
Penyanyi : Irwansyah
Sedutan lirik : "Lalu kuputuskan.. kuputuskan kutunggu jandamu.."
Komen : Dalam dunia ni, bunga bukan sekuntum dik.. Yang sekuntum yang kau puja-puja, belum tentu wangi. Belum tentu manis madunya.. Sudahlah tu..janganlah didoakan orang bercerai berai. Anak dara ramai lagi yang cantik-cantik, beriman, terpelajar, baik akhlak. Janganlah buta hati sangat..Tsk..tsk..*geleng kepala*
P/S : Memang kebetulan kot lagu-lagu yang tersenarai ni lagu-lagu seberang. No offence. Lain-lain lagu Indonesia aku suka. Macam Letto. Lembut dan damai je lagu dan liriknya.