Sejak aku sekolah sehingga ke degree, aku tak pernah meniru masa exam. Ya, aku serius. Memang tak pernah sekali pun seingat aku.
Dan aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang juga mempunyai prinsip untuk tidak meniru. Kiranya bila dapat je kertas soalan, masing-masing terus tunduk jawab soalan dengan tekun tak angkat-angkat kepala. Bukannya aku pandai sangat pun masa tu sampai berlagak tak nak meniru atau bawak 'toyol'. Tapi macam ada satu prinsip yang "meniru itu perbuatan yang salah", so mari kita jauhi.Gitu...
Dan pada masa tu jugak, kalau tengok ada orang lain yang obviously meniru atau bincang2 masa exam, I was like, "Hoi, tak de integriti punya orang, belajar malas, tapi nak pass..." Hehehe..dan semua kawan2 aku berpendapat yang sama pada masa itu.
Okay, way foward masa aku amik diploma pre-requesite untuk master macam sekarang ni, aku dah macam boleh bertolak ansur pulak dengan kawan2 yang meniru masa exam. Disebabkan faktor usia, mungkin. Padahal masing-masing adalah pegawai-pegawai kerajaan, ada degree, dan sesuatu yang aku perasan adalah semuanya adalah genius yang cepat betul menerima pelajaran baru. Contohnya, minggu ini kami perlu amik subjek Financial Accounting.. Bagi aku yang mmg degree ini accounting, tak de la rasa preasure sangat, tapi diorang semua manage to belajar dari masukkan transaction ke journal, post ke ledgers, then prepare income statement and balance sheet dalam masa 3 hari je.. Hoi, aku dulu belajar basic macam ni dua tahun hoiii...
Tapi....still jugak masing-masing nak bawak toyol masa exam. Yang lagi best, siap berwhatsapp lagi bincang soklan exam..haddoooiii..student dan berumur agaknya macam ni la. mungkin semua nak jawapan perfect kot..tak nak menerima hakikat yang memang ada perkara yang memang kita lupa masa belajar.
Kalau diikut logik pun, masa kerja, adakah kau akan ingat semua perkara contohnya macam pekeliling2 kerajaan, peraturan2 bagai..tak der maknanya..Kau akan rujuk jugak dari semasa ke semasa,kan???
Dan nak dijadikan cerita, lecturer yang bagi lecture financial accounting ni masuk bab tiru meniru ni..dan kaitkan dengan 'barakah' yang akan kami dapat sekiranya kami meniru.. Contohnya, dengan meniru, kita pass exam, pass buat master, masuk kerja, dapat naik pangkat, dapat gaji lebih,bagi mak ayah, bagi keluarga..tapi adakah rezeki itu berkat? Rezeki yang banyak tetapi dapat daripada perbuatan yang salah akan jadi kurang berkat. Rezeki yang kurang berkat akan membawa kepada masalah-masalah jangka masa panjang. Contohnya, anak yang degil, susah terima ilmu, keluarga yang tidak bahagia, bermasalah dengan jiran tetangga...haih..panjang la rentetannya..
Bila lecturer tu bangkitkan perkara ini, terus terasa merresap ke dalam hati betapa kita memandang remeh sesuatu perkara yang akhirmya mempunyai impak yang besar kepada kehidupan kita kelak. So, untuk exam esok, aku akan cuba buat dengan bersungguh-sungguh sedaya aku. Kalau tak tau, tinggal je la soalan tu..harap2 impak pada markah tak banyak sangat..huhu