Wednesday, September 25, 2013

Perjalanan untuk memiliki sebuah rumah idaman

Alhamdulillah..perjalanan mencari rumah idaman aku insyaAllah akan sampai ke penamatnya..
Dari awal tahun aku dah berazam, tahun ini aku akan melipat gandakan usaha memburu rumah idaman. Untuk menunjukkan komitmen, aku bernazar untuk mengorbankan dua ekor kambing sekiranya hajat membeli rumah dimakbulkan pada tahun ini..

Cri-ciri rumah idaman aku..
- dekat dengan masjid/ surau
- tidak jauh dari sekolah/ tadika
- tidak terlalu jauh dari tempat kerja Mr Hubby
- dekat dengan rumah mertua sebab Sofea dah fulltime kat rumah opah sekarang. Imaan je masih pengasuh jaga.
- ada prasarana berdekatan
- tempat kerja aku? InsyaAllah boleh diusahkan walau di mana pun sebab jawatan aku kebanyakan jabatan ada.


14 April - tengok rumah
21 April - bayar booking 2% (Rm6400) secara cash

Lepas daripada itu,bermula urusan lawyer dan permohonan bank.

Kami mohon pinjaman perumahan daripada CIMB Cawangan Bandar Baru Sungai Buloh. Apartment yang kami duduk sekarang pun dengan CIMB jugak. Btw, loan officer cawangan tu memang tak effisyen. Haa...kan dah kena kutuk dalam blog aku. Haha.. Memang lembs... Nak kena ketuk baru nak bergerak. Kami dari bulan Mei dah pergi bank tu sign aggreement... tapi boleh dia simpan dalam laci tak submit2..hangin tak?hangin tak?

Once dah dapat, bila aku cek, dia buat permohonan secara konvensional. Takkan kami nak sign kot. Dah sure kami memang nak Islamic Loan. Dah satu hal pulak kena ammend lain. Sampailah lepas tu ntah apa benda ada ammendment,kena pergi sekali lagi sign. Puuuunnnn masalah lagi...sampailah Bank Negara buat pindaan permohonan pinjaman perumahan diubah daripada maksimum tempoh pinjaman 40 tahun kepada 35 tahun.

Damn.

Nampak tak implikasi kalau pekerja tak effisyen cemana? Nampak tak? Mr Hubby dah berkira-kira nak lodge report pada pengurusan CIMB. Yelah..sapa tak marah,kan? Tapi memang dah kena sembur ngan Mr Hubby pun officer tu.

Kami gunakan lawyer yang sama dengan penjual rumah. Sebab? Senang dan lebih mudah. Hantar dokumen yang sama, duduk sama-sama, sign sama-sama, settle. Kerani lawyer yang kami selalu berurusan juga amat membantu dan effisyen. Dia yang selalu remind kami pasal pinjaman, urusan-urusan yang perlu diselesaikan di pihak pembeli macam bayaran-bayaran kepada penjual dan dia jugaklah yang follow up dengan bank officer pasal status terkini permohonan loan.

So, sekarang dah bulan September, harap-harap sempat disbursement sebelum akhir bulan ni. Or else, kami akan kena bayar denda pada tuan rumah dalam RM64++ sehari!! Fuuuhhh..*lap peluh

Tapi alhamdulillah penjual yang kami beli ni memang senang dibawak berunding. Kunci rumah awal-awal kami dah dapat dah..ngeee...kalau ikutkan dia, masa bayar booking bulan April pun dia tak kisah kami nak masuk awal pun. Sebab rumah tu bukannya ada orang duduk pun. Dia sendiri menetap di Rawang. Jual beli rumah ni memang kerja sampingan dia. *orang banyak duit camtu la kot...

Satu lagi yang menjadi masalah pada kami adalah kontraktor untuk ubahsuai rumah. Kami dah jumpa satu kontraktor yang buat porch untuk rumah kakak ipar aku. Memang murah dan kemas kerjanya. Tapi....nak start kerjanya bukan main susah. Kalau ikut, dia cakap nak start awal bulan puasa hari tu..lepas tu pinda lepas raya pulak..kami dah siap bagi kunci pagar, kunci rumah supaya dia boleh bawak masuk barang yang dia beli..tapi bila kami gi lalu kawasan rumah tu, harrraaammm tak buat apa pun lagi..bila call tanya, ada masalah ngan pekerja lah..cuaca tak baiklah...haih..aku sebenarnya target nak beraya haji kat rumah baru..tapi tengok keadaan ni, memang nan hado la...(T______T)

Ni janji terbaru nak start akhir bulan September ni..meh kita tengok apa cerita nanti.

Btw, ini adalah keadaan rumah kami semasa belum ubahsuai.








Ini luar rumah. Rumah ni dah direnovate oleh owner sebelum ni. Jadi macam L-shape.















Serba sedikit pemandangan kat dalam. Abaikan anak-anak yang aktif dan sibuk nak enter frame itu.

So, mohonlah sama-sama doakan perjalanan untuk dapatkan rumah idaman ni menjadi kenyataan tak lama lagi. Juga doakan rumah ni akan membawa seribu keberkatan kepada keluarga kami. InsyaAllah..Amin.

Perangai Yang Aku Tak Berapa Nak Faham

Pernah tak terbaca status sedih kat mana-mana blog ke, facebook ke, tweeter ke..Pas tu yang tukang reply pulak berlagak baik mulanya, tepi rupanya ada agenda tersembunyi..

Contohnya hamba Allah seorang ni upload status berbunyi..

"...sedih betul hari ni..dah la balik kerja penat,kena masak lagi,layan anak suami makan, tapi suami buat deekk je tinggal pinggan yang dia makan atas meja..jangankan nak basuh, angkat ke sinki pun tak..:(("

Ada la sorang hamba Allah akan reply lebih kurang macam ni...

"Sabar la..memang macam-macam jenis suami ni ada..memang ujian Tuhan la tu..doakan dia berubah..lain la kalau dapat suami macam saya, tak berkira pun nak tolong isteri kat rumah. Cuci pinggan, cuci baju semua dia yang buat. Basuh berak anak pun dia jugak. Sabar je la yer.."

Nampak tak??nampak tak?

Sebenarnya tujuan dia bukan nak bersimpati sangat pun. Sebenarnya nak menunjuk betapa 'beruntung'nya dia dapat suami macam tu..ni bukannya nak console orang, lagi menyakitkan hati lagi ada la kot.

Macam kesian pulak kat orang yang upload status sedih tu. Yang masalah dia yang suka upload status rumahtangga dah memang satu hal dah, ditambah pulak dengan wujudnya puak-puak yang suka ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Haih..life is complicated sometimes.