Thursday, October 20, 2016

Hannah's 2nd Birthday!!!

Seperti dijanjikan, meh kita cerita serba sedikit tentang birthday Hannah.

Kami buat kecik2 jer..panggil family Syahrul, beli kek, goreng aglio olio dan tambah satay sikit..siapkan goodie bags untuk anak2 buah (11 orang je pun..hehe)..itupun anak2 dah cukup happy. Walaupun umminya dah sakit pinggang buat persiapan dengan sarat macam ni..haha

Tema party adalah My Little Pony..pilihan kakak-kakak Hannah yang terlebih excited.

Takpelah, nak,,janji korang bahagia..

Siap sedia nak nyanyi dan potong kek..weeee...

Comot dah birthday girl

Anak daddy
Hannah n Echa tak peduli pun apa yang menarik perhatian orang lain..yang penting, mesti duduk depan kek
Oglio alio anak2 yang tak pedas

Pedas berdesing sebab tumis dengan cili padi


Eh..eh..ada tambahan..kari telur dengan bendi..kot2 ada yang nak makan nasi
Persiapan awal sebelum anak2 sampai dari rumah opah


Little pony theme birthday cake..
Sebenarnya ummi ada check up di PMC pagi tu..alang2 memang amik cuti untuk uruskan persiapan party ni sementara anak2 ada kat umah opah..kalau semua ada kat umah ni, awal lagi dah berkecah..silap2 kek pun dah terbalik..haha

Berkebetulan pulak, daddy pun amik cuti nak hantar mak check up mata kat KPJ. So, daddy balik rumah lepas hantar mak. Boleh tolong2 kemas rumah, vacum apa yang patut..mak buyung tak lalu buat sorang..huhu

So, alhamdulillah..lepas lah hajat nak raikan Hannah. Walaupun masih belum boleh bercakap, ummi tetaplah sayang Hannah sepenuh hati ummi..Doa ummi yang baik2 akan mengiringi Hannah dunia dan akhirat..Love u so much,sayang ummi!!


7 Months Recap.. Amik kau!!

My oh my...dah 7 bulan blog ni digantung tak bertali...huhu..

Last entry was in March. Phew..banyak benda nak recap nih..*sinsing lengan*

Bertukar!!!
Okay, 1st and foremost, I dah dinaikkan pangkat. Alhamdulillah. Dan bertukar kementerian, di KL jugak. Jobscope sekarang ialah menjaga bajet kementerian yang berbillion-billion lemon. Juga kelulusan kewangan yang bertali arus tak henti-henti sampai naik juling tengok hari-hari. *mode redho*

Gambar hari last kat INTAN. Pardon the gedikness..just can't help it...teehee..




Euwww..gedik

Last punch out di INTAN

Sedih, okay,,isk..isk

Dengan Zuraida, W32 yang sangat membantu semasa handle kursus


Coming Baby
Kedua, I am pregnant with our 4th precious child. Kalau ikut scan doc, gigirl lagi..hehe..aku okay je..shuben la sungguh2 nak boboy..ok la tu..rezeki jugak..syukur banyak Allah nak bagi peluang dapat anak...kan??

Ini 33 minggu..tak sampai 2 bulan lagi insyaAllah..

Si perut besar

Mengah dah kalau berjalan jauh..naik tangga apatah lagi..huhu


Tabung Hijau
Ingat lagi tabungan RM5 yang aku start dari tahun lepas?  Lihat sini..

Proses tuaian bermula semasa meraikan birthday Hannah. Cerita birthday Hannah entry special kita buat.hehe..Start menabung duit RM5 (wajib) dan duit RM20 (optional) sejak dari December 2015. Membawa ke Oktober 2016, total simpanan hampir RM1400.00..(^_________^)Weeeee...memang best betul perasaan masa kira duit yang kita simpan. Tak sama perasaan kalau kita simpan di bank atau tabungan di institusi kewangan yang kita boleh tengok figure tabungan hari-hari.

Hasil tabungan telah selamat spent untuk birthday Hannah dan percutian di Grand Lexis..(pun buat entry lain..)

Till next entry, daaa.....