Monday, October 30, 2017

First time join GA oleh Susun Atur Sioca: Planner Sioca 2018 GIVEAWAY

Dah lama usha planner dari blog ni..cantik dan praktikal kot palnner dia..



sapa-sapa nak join jugak, sila klik URL di bawah yeh..



Susun Atur Sioca: Planner Sioca 2018 GIVEAWAY:



#semangat

#harapharapdapat

#plissss

Friday, March 24, 2017

Percutian di Grand Lexis

Apa ke lama benarnya entry ni kat dalam deraf??

Aisyah dok dalam perut lagi time ni.

Percutian ini aku rancang sorang je sebenarnya. Memang nak buat bulan Oktober. Sempena besday Hannah, anniversary kami suami isteri dan besday iols, ofkos.

Kumpul duit guna kaedah duit-hijau-semua-masuk-tabung. Gitu..so, dapatlah berehat di hotel best ni. Best sebabnya pool kat dalam bilik. Itu aje. Buka sliding door, terus lompat masuk pool. Aku memang siap2 bawak makanan banyak2. Satu, sebab tak nak keluar makan. Rugi masa. Baik berendam.Bahaha. Kedua, budak2 ni sure la lapar bila dah main kolam. Sebeban makanan letak khas dalam satu beg tarik tu. Haha..

2 king beds. Heaven tido tak payah berhimpit sangat.

Luas biliknya.

Ini gambar sebelum dipenuhi dengan mainan anak2. Playdoh terutamanya.

Safety box, iron n ironing board.
Dapur best sebab semua kelengkapan macam pinggan, mangkuk, sudu semua lengkap. Microwave pun menyenangkan kerja memanaskan makanan.

Sink di luar pintu toilet.

Separate bilik mandi dan toilet.

Shower room. Untuk bilas2 lepas mandi kolam.
Obviously, toilet..hehe

Masuk2 bilik, terus menghadap kolam. Daddy kat parking tengah angkat2 beg. So, tengah menunggu daddy bawak mandi la ni..kelakar la pulak tengok masing2 tak sabar2 nak terjun.

Taknak naik

Berendamlah sepuas hati, anak2..
Hannah ni berani jugak

Cheeky girl. Cubit kang.
Puas hati la kali ni..walaupun harga bilik semalam boleh buntang2 mata dibuatnya, sekali sekala raikan anak2 apa salahnya. Kita bekerja pun untuk anak2 jugak,kan?

Btw, ini aku amik bilik Skyview kalau tak silap. Sebab main building. Tak payah naik buggy nak kena hantar ke bilik. Bilik ni best sebab dia tinggi, so orang luar tak nampak. Itu je reasonnya. Senang ummi tak payah cover2 sangat nak mandi..hehehe

Ta Daaa...

Helloo everybodieh...I'm Backkkk..*grin*

It's been a while, huh?

A lot of things happened..as usual.

Few posts have been delayed..kelahiran Aisyah Zahra, contohnya..Yes, our new bundle of joy.

Ok, untuk warm up, kita cerita light-light dulu. 

I

Ini dah seminggu baru masuk kerja balik selepas 90 hari bercuti bersalin. Owh, how I wish the government grant us with more cuti bersalin..6 months contohnya..

The best thing is, minggu yang I masuk kerja, semua pegawai dan bosses kat Langkawi, bertugas untuk LIMA 2017. So, takde orang kat ofis. Dah la aku blurr lama tak kerja. Weee...sempat la catch up mana yang patut.

II

Awal cuti sekolah, aku baru masuk kerja. Suami dan anak2 kecuali Aisyah pergi bercuti di Johor bersama family in law. Me? Tinggallah di rumah sekali dengan Aisyah. Reasonnya, baru masuk kerja, takkan nak cuti pulakkan? Lagipun leceh la bawak baby berjalan jauh. Nanti orang lain happy-happy, aku yang stress sebab penat.

 
III

Sofea started her journey in public primary school. Tapi kesian sebab pagi dah sekolah agama, petang sekolah kebangsaan pulak. Kalau cuti, memang kesian nak kejut tidur. Seriously, aku memang tak involve sangat dalam hal sekolah dia. Pening dengan sylibus sekarang tu satu. Penat dengan Aisyah pun satu. Harap Sofea baik-baik saja di sekolah. Let her create her own memories.

IV 

Awal Mac sempat balik PC dengan Aisyah dan Hannah. Seminggu jugak. Balik naik flight dengan ayah. Adventurous giler. Aisyah memang menangis sekuat-kuatnya. Kesian dia. Hannah memang behave. Behave sangat. Tak menyesal bawak dia.

Tunggu bagasi ke, cik adik?

Main sementara dalam flight. Nasib lah aku pack sikit mainan masak2 dia dalam backpack.

Nampak atok duduk seberang sana.

Aisyah tertidur selepas penat menangis. Ummi pun penatnya Ya Rabbi.

Muka mintak dukung. Manja.

V

Daddy dapat motor baru. Aku la yang belikan. Motor biasa je. Malas nak berhutang banyak2 beli motor besar. Ini pun dah berdesup bawak kat hiway.


Motor lama kat belakang. Dari 2001 motor tu.
 
That's all for now.
 
Tunggu rajin yang lain kali pulak la kita cerita lagi.Theehee..