Apa ke lama benarnya entry ni kat dalam deraf??
Aisyah dok dalam perut lagi time ni.
Percutian ini aku rancang sorang je sebenarnya. Memang nak buat bulan Oktober. Sempena besday Hannah, anniversary kami suami isteri dan besday iols, ofkos.
Kumpul duit guna kaedah duit-hijau-semua-masuk-tabung. Gitu..so, dapatlah berehat di hotel best ni. Best sebabnya pool kat dalam bilik. Itu aje. Buka sliding door, terus lompat masuk pool. Aku memang siap2 bawak makanan banyak2. Satu, sebab tak nak keluar makan. Rugi masa. Baik berendam.Bahaha. Kedua, budak2 ni sure la lapar bila dah main kolam. Sebeban makanan letak khas dalam satu beg tarik tu. Haha..
|
2 king beds. Heaven tido tak payah berhimpit sangat. |
|
Luas biliknya. |
|
Ini gambar sebelum dipenuhi dengan mainan anak2. Playdoh terutamanya. |
|
Safety box, iron n ironing board. |
|
Dapur best sebab semua kelengkapan macam pinggan, mangkuk, sudu semua lengkap. Microwave pun menyenangkan kerja memanaskan makanan. |
|
Sink di luar pintu toilet. |
|
Separate bilik mandi dan toilet. |
|
Shower room. Untuk bilas2 lepas mandi kolam. |
|
Obviously, toilet..hehe |
|
Masuk2 bilik, terus menghadap kolam. Daddy kat parking tengah angkat2 beg. So, tengah menunggu daddy bawak mandi la ni..kelakar la pulak tengok masing2 tak sabar2 nak terjun. |
|
Taknak naik |
|
Berendamlah sepuas hati, anak2.. |
|
Hannah ni berani jugak |
|
Cheeky girl. Cubit kang. |
Puas hati la kali ni..walaupun harga bilik semalam boleh buntang2 mata dibuatnya, sekali sekala raikan anak2 apa salahnya. Kita bekerja pun untuk anak2 jugak,kan?
Btw, ini aku amik bilik Skyview kalau tak silap. Sebab main building. Tak payah naik buggy nak kena hantar ke bilik. Bilik ni best sebab dia tinggi, so orang luar tak nampak. Itu je reasonnya. Senang ummi tak payah cover2 sangat nak mandi..hehehe