Saturday, December 8, 2018

Pengalaman Pertama Nurul Hannah ke Klinik Gigi


Brave girl, Nurul Hannah

Bring it on, Dr -kata Hannah dalam hati

27 November 2018 (Selasa), Klinik Gigi Sharifah, Bandar Baru Sungai Buloh (kena stated takut lupa)

It started on Friday before, when Hannah keep on crying, saying "sakit..sakit gigi.." So, nak tak nak, kena cari masa untuk bawa dia ke dentist. Berkebetulan pulak dapat MC minggu awal cuti sekolah tu, so bawaklah Sofea, Imaan dan Hannah untuk cek gigi.

Sofea dan Imaan dah few times jumpa dentist. So, rasa macam tak risau sangat. At least, diorang dah ada expectations. Hannah on the other hand, it was her first visit.

Tapi, it turned out Hannah yang tak menangis even kena tampal 2 gigi geraham. Very brave this girl..*sigh* macam ummi dia jugak berani..(tetiba) Unlike kakak dia (i prefer not to mention which one..hehehe), menangis sampai ke receptionist boleh dengar (^---^)''

Lagi sorang, Dr cuma cek je, tak perlu rawatan sebab masih elok cuma ada plak yang menandakan gosok gigi tak bersih. So, ummi nak kena monitor cara budak2 ni gosok gigi lepas ni..haih..

Total damage on dentist visit, RM150 (Hannah RM50, kakak RM100)

Friday, December 7, 2018

How do I evolve as a mother..(giteew tajuk)



Dulu masa anak baru seorang dua, memang bersemangat betul jaga pemakanan anak. Tak nak MSG, gula tak boleh, susu formula tak boleh, garam nehi-nehi..siap guna cloth diapers (CD)..gila semangat.

As the time pass by, aku jadi lebih lenient, lebih chill..come on, anak dah empat kot..kakaka (^v^)

Walaupun seboleh mungkin aku cuba jugaklah kawal yang semampu aku, contoh macam makanan, tetap aku prefer masak untuk family bagi menjamin kualiti masakan yang bersih dan berkhasiat..ececeh..Walaupun ada time tak larat, offer masak maggi kat anak2, melompat masing2 kesukaan..ini tanda aku masak tak sedap ke, apa nih?(-___-)''

Sama macam diapers..dulu mmg gigih, okeh..rendam, basuh, sental, keringkan CD..tapi bila dah anak makin ramai, terpaksa prioritize semula dan susun jadual hidup secara efektif. Sebab nak berCD, kena allocate masa untuk bersihkan CD..dah bersih kena wangi jugak sebab tak nak la CD berbau hancing, busuk segala (eewwww). So, it was really time consuming for me. So aku jual semua CD dalam Mudah.my..(laku keras kot sebab semua warna dan corak cantik2..taip ni rasa rindu pulak pakaikan CD untuk anak2..huhu)

Sekarang mmg pakaikan lampin pakai buang je..walaupun dalam hati rasa bersalah dengan alam sekitar..(-____-)

So, kita tengoklah dalam 5 tahun lagi, cemana pendirian aku sebagai seorang ibu..harap2 semakin baik dan cemerlanglah hendaknya..amiinnn (sila aminkan ramai2..teehee)

Redha seorang daddy jadi pony
Ye, nak..guna la masa korang masih ringan ni untuk tunggang daddy..nanti dah berat macam kak Imaan, Kak Sofea jadi tukang jaga adik2 je la..tak nak bagi jatuh



Aktiviti cuti sekolah. Selongkar mainan dalam kotak dan maiiiinnnnn!!!

Yang sedang suap anak2 dan anak2 sedara makan tu, aku ya..jangan salah anggap sebagai bibik pulak..hahaha
Cuti sekolah,kan? rumah sepah don't care..daddy nak balik karang baru kita kemas (^_____^)v

Aisyah tengah ejek Sofea..kakaknya mampu sabar sahaja..(^_^)"


Wednesday, September 19, 2018

Bercuti di Shah Beach Resort, Melaka

Hai semua...

Ni kira throwback bulan lepas punya cuti-cuti Malaysia. Cuti sekolah sempena Raya Haji, kami beraya di Sungai Buloh sahaja. So, ada selang cuti Khamis dan Jumaat, kita mohon cuti untuk gembirakan hati anak-anak (padahal mak pun nak bercuti..hehe)..Decide bawak anak-anak ke Melaka.

Kenapa Melaka? Sebab ada Shah Beach Resort..tengok kat TripAdvisor kemain orang dok puji2..I bukannya boleh..terus buat booking sebab nak sahkan betul ke best..haha..alasan,kan?

Kita layan gambar jap.. :)




Persekitaran bersih dan cantik. Ini pemadangan ke arah pool dan cafe

Ini pemandangan ke arah laut

Bilik untuk anak-anak..share Iqa, Sofea dan Imaan

Shower bertutup dgn toilet
Bilik sharing Ummi, daddy, Hannah dan Aisyah..Aisyah dah pengsan dulu masa sampai
Ini entrance untuk lobi daftar bilik

Dari luar, tak menarik kebaboom sangat..

3 hari 2 malam kat sini, panas berdenting..tapi windy la sebab tepi pantai

Budak2 kemain la happy

Panas la anak-anak ooiii..tak makan saman budak2 nih. Hitam legam mandi pool punya pasal
Order room service sebab dah kebuluran anak2 semua..

Bawak maggi, kudap2, roti..semua habis licin by 3rd day..

Enjoy la, anak2..

Suasana pagi. Pantai sini tak boleh mandi..main2 pasir, boleh.

Si Aisyah ni kalau ummi takde, okay je duduk dengan Kak Sofea..nampak ummi je, terus menggeleding nak ummi dukung..haih
Tempahan bilik, I call terus resort..sebab nak request connecting room. Tapi mahal dari Agoda atau Booking dan lain2 provider.. Harga resort charge RM300 satu malam. Kalau thru Agoda dalam RM230 je lebih kurang..total 2 bilik, 2 malam adalah RM1,200. Resort akan ambik deposit RM200 secara cash semasa check in. Masa check out akan dipulangkan kalau tiada apa2 deduction.

Sekian, laporan cuti2 kami setakat ini..kalau terpengaruh dengan Trip Advisor lagi, cuti2 lagi la lepas nih..(^_____^)

Tuesday, July 24, 2018

Pengalaman Menggunakan Philips Elite Plus Steam Generator GC9660

Ini cerita bulan lepas. Tapi sampai sekarang masiiihhhhh senyum. Kah kah..memang dasar sangat perangai tuh..

The Insiders pilih ai untuk jadi tester produk Philips. Dah lamaaaa sangat mengidam iron jenis steam generator ni. Sebab aku dah memang jenis yang sangat tak suka iron baju. Rasa macam adoi lecehnya nak mengadap baju berkedut nih..

Sekali terpilih macam ni..memang sujud syukur sangat2. Harga kat Lazada dalam RM2000++ jugak hari tu tengok.

Unboxing. Kalaulah ada orang capture muka aku time ni..memang memancar2 sinar keterujaannya..hahaha
Button Auto ni tekan sekali je masa nak mula iron, lepas tu, tak perlu kawal apa2 suhu, steam akan keluar secara auto..well hence the name,kan?



Water tank dia boleh isi up to 1.8 litre air.

Isi air paip biasa. Kalau husband, dia rajin terlebih, dia isi air Coway (-___-)""
Dah letak balik tank, tekan button ON kat tengah tu, tunggu warna biru tu stop berkelip. Dalam 2,3 minit camtu. Boleh gi pilih mana-mana baju nak di iron buat sementara tunggu tu.
Penjawat awam dan batik berpisah tiada. Tapi tengok la dia punya kedut..#nangis
Taddaaaa..sekejapan je weehhhh..Tak perlu iron dua2 belah. Memadai gosok depan je, yang belakang pun licin.
Ini baju raya berbatu-batu lip-lap lip-lap..cantik dipandang tetapi meroyan time nak menggosok..

Tadaaaa...super love la this iron.

Proses de-calc pun senang je. Tunggu je iron sejuk, lepas tu boleh keluarkan air yang menyimpan keladak. Jangan buka time baru lepas iron, melecur nanti.

Buka je skru de-calc tu, tadah bekas, tunggu air keluar habis. Pasang skru balik. Dah siap.
Amacam, senang ke idok??

Sekarang dah boleh iron jeans, batik, satin, t-shirt yang ada tampal2 jenis logo2 pun tak de masalah.

Easy peasy, lemon squezzy.

Perkongsian dari hati - Young Living Essential Oil

Salam dan hellooo everybody!!

Sekali sekali masuk2 buat gempak..hehe

Dah nak bulan Ogos dah 2018 ni eh? Banyak gila nak kongsi di blog ni tapi belum kesampaian.

Btw, saja-saja nak share how YL Essential Oil (selepas ni aku refer sebagai EO sahaja) yang aku suka dan banyak berjasa menyumbang kepada kualiti dan kesejahteraan hidup kami sekeluarga. Pergh,,gittuuu mukaddimah.


Valor

Secara peribadi, this is my favorite oil. Perubahan paling nyata bila it helps you to calm your self down, keep your anxiety to the minimum level. Kalau kau sejenis orang yang gugup semasa presentation, nak bagi pendapat semasa mesyuarat pun kurang keyakinan, it is the right oil for you. Believe me, it really works.



RC

Perkara paling seksa bagi seorang ibu adalah semasa anak tak sihat. Demam/ selsema/ batuk sampai nak bernafas pun seksa, tidur pun terganggu sebab batuk.

So, i would strongly recommend this oil for you. Kalau Aisyah, selsema dan batuk sampai nangis2 tak selesa, dilute RC dalam VCO, masukkan dalam roller bottle. Roll over dada, belakang dan tapak kaki dia..buat ulang2. Kalau dia tgh lena, calit sikit atas batang hidung. InsyaAllah, sangat membantu melancarkan pernafasan. Tidur pun insyaAllah lena. Kalau batuk berkahak yang teruk, the EO kan trigger kahak keluar by muntah. Support dengan tepuk percussion di belakang anak. 

Digize

Badan angin? Perut kembung? Sila cuba EO Digize. Hebat I tell you. Baby yang kembung, dilute dengan VCO (atau any carrier oil), sapu dan urut perut ikut arah pusingan jam. Sapu kat tapak kaki. InsyaAllah, perut akan jadi sangat selesa. Yang bestnya, kalau urut arah lawan jam, boleh kurangkan cirit birit. Haaa...best,kan?


Lavender

This is the must have oil. Boleh guna untuk calming effect, antiseptik, penyembuh luka2. Even bila anak2 kena gigit serangga atau nyamuk, dab Lavender. InsyaAllah tak tinggal kesan pada kulit anak2.



Lemon

Ini time nak raya memang penting. In fact, sepanjang tahun pun kalau di Malaysia, memang makaaannn tak berhenti. Betul tak? Tambah-tambah dengan makanan berminyak bersantan kelapa-muda-adik-jangan-nangis-emak-pergi-kerja kat Malaysia ni. Kena banyak minum air perahan lemon untuk 'potong lemak', kata orang. Untuk mudah, titis je EO Lemon ni dalam air suam dan minum. Sedap dan menyegarkan. Gittew.


Abundance

Alhamdulillah, asbab yang Allah bagi dengan guna EO Abundance, rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Dapat pergi UAE, Riyadh dan umrah awal tahun, dapat rezeki terpijak Philips Steam Generator, dapat tukar bahagian dan bermacam-macam lagi. 

Pendek kata, EO ni menyumbang dari segi kesihatan mental, fizikal dan emosi kita. Ada EO yang mahal (sebab campuran dari pelbagai EO dan formulasi khusus). Ada juga EO yang mampu milik yang harga kurang dari RM100. Let's check this out.


So, apa lagi? Jom cuba..InsyaAllah terus jatuh cinta. (Macam aku..hehehe)




Wednesday, May 30, 2018

Exam Pertengahan Tahun Sofea


Tahun ini exam time bulan puasa.

Sebenarnya, puasa atau tak puasa, Sofea macam tu lah jugak. Macam tak endah je nak exam. 

Contoh pagi tadi. Lepas sahur, dia terus mandi siap2 semua. Sebab masih awal, ajak la dia buka buku Tauhid. Exam Tauhid jam7.45 pagi, ye..untuk makluman. Aku saja la tanya 2,3 soalan yg dalam buku Tauhid tu. Banyak yang tak tahu daripada yang tahu..pitam jap.

Dengan aku pun berhuhuhu je lah.

Alahai anak..ummi ni bukan sejenis yang suka membebel. Ko nak pandai, ko belajar. Tak nak, sudah. Gittew kekdahnya..Tapi macam ada sejenis frust kalau malas dan buat endah tak endah ni.

Daddy dia ugut kalau takde A, nanti kena rotan. Tapi gitu jugaklah perangainya..haha..sabar je lah

Kalau diingat-ingat, aku dulu pun bukan jenis belajar beria. Sekolah rendah, mmg TAK PERNAH study kat rumah. Kat sekolah je belajar, buat homework semua. Petang, gi ko-kurikulum, tak pun tido..(kami dulu takde sekolah agama). Tapi silibus sekarang, kalau ko tak buat revision, mmg susahlah nak score.

Kalau ikut perbandingan, Sofea ni lagi pandai kot dari aku dulu. Darjah 2 dah buat pecahan, cerakinkan nombor segala..dulu darjah 4 kot baru belajar semua tu..Tapi budak sekarang, mmg advance.

Kesimpulannya, kita tunggu je lah result. Konsep redho sangat dah ni..dan malas nak bising.haha..

Wednesday, May 16, 2018

RESOLUTION. Out of the blue.


(Setelah lama tak bersiaran. Buka2 terus azam baru.Gittew)



I need a resolution.
5 year plan sort of thing. Kot.
Sebab rasa macam sekarang, i live by routine. BORING ROUTINE.
Work by day. Family by night. 
Every.Single.Day.

Okay, let’s start. Jom
In five years, i will ...(InsyaAllah..)

1) ............

.
.
.
.
.
.
.




Damn. 

Susah jugak.

Okay let’s buat by category. Family, Ibadah, Finance, Carrier. Cukup lah kot.


FAMILY

1) I wish to be a more obedient and forgiving wife. Kurangkan menjawab cakap suami. Gittew.
2) Still be having 4 cheeky, clever and pretty daughters. I wish them to hafal at least 5 juzuk Al-Quran by the time.
3) My husband will be an understanding, responsible husband as he always be. (And richer. LOL)
4) My parents will be moving in to stay with us. Senang nak monitor kesihatan ibu ayah.
5) My PIL still live nearby and healthy.
6) Have a great silaturrahim with all family members.
7) Owh, can we have something as a pet? Hamster(s), maybe?

IBADAH

1) Will practice to fast Puasa Nabi Yunus AS. Puasa selang sehari.
2) Tahajjud dan Dhuha setiap hari.
3) Khatam Quran sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
4) Properly cover aurat.
5) Solat awal waktu.
6) Taklim setiap hari dengan keluarga.
7) To perform Hajj with my family.

FINANCE

1) Simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.
2) Emas sekurang-kurangnya 500g.
3) Having our 4th property.
4) Bebas hutang jahat.

CARRIER

1) Naik pangkat ke tempat yang seronok untuk bekerja.
2) Belajar banyak perkara baharu. 
3) Berupaya menjadi pekerja yang baik dan memberikan yang terbaik.

PERSONAL

1) Memaafkan SEMUA orang. Make peace with my past, present and future.
2) Syukur setiap hari, setiap ketika.
3) Senyum dan say salam. Even to strangers.
4) Positive. ALL. THE. TIME.
5)     To blog sekerap mungkin. Untuk dijadikan catatan panduan hidup generasi seterusnya. Gittew.


Dah la dulu buat masa ini. Nanti kita buat 10 year plan pulak. Tee hee..