Wednesday, September 19, 2018

Bercuti di Shah Beach Resort, Melaka

Hai semua...

Ni kira throwback bulan lepas punya cuti-cuti Malaysia. Cuti sekolah sempena Raya Haji, kami beraya di Sungai Buloh sahaja. So, ada selang cuti Khamis dan Jumaat, kita mohon cuti untuk gembirakan hati anak-anak (padahal mak pun nak bercuti..hehe)..Decide bawak anak-anak ke Melaka.

Kenapa Melaka? Sebab ada Shah Beach Resort..tengok kat TripAdvisor kemain orang dok puji2..I bukannya boleh..terus buat booking sebab nak sahkan betul ke best..haha..alasan,kan?

Kita layan gambar jap.. :)




Persekitaran bersih dan cantik. Ini pemadangan ke arah pool dan cafe

Ini pemandangan ke arah laut

Bilik untuk anak-anak..share Iqa, Sofea dan Imaan

Shower bertutup dgn toilet
Bilik sharing Ummi, daddy, Hannah dan Aisyah..Aisyah dah pengsan dulu masa sampai
Ini entrance untuk lobi daftar bilik

Dari luar, tak menarik kebaboom sangat..

3 hari 2 malam kat sini, panas berdenting..tapi windy la sebab tepi pantai

Budak2 kemain la happy

Panas la anak-anak ooiii..tak makan saman budak2 nih. Hitam legam mandi pool punya pasal
Order room service sebab dah kebuluran anak2 semua..

Bawak maggi, kudap2, roti..semua habis licin by 3rd day..

Enjoy la, anak2..

Suasana pagi. Pantai sini tak boleh mandi..main2 pasir, boleh.

Si Aisyah ni kalau ummi takde, okay je duduk dengan Kak Sofea..nampak ummi je, terus menggeleding nak ummi dukung..haih
Tempahan bilik, I call terus resort..sebab nak request connecting room. Tapi mahal dari Agoda atau Booking dan lain2 provider.. Harga resort charge RM300 satu malam. Kalau thru Agoda dalam RM230 je lebih kurang..total 2 bilik, 2 malam adalah RM1,200. Resort akan ambik deposit RM200 secara cash semasa check in. Masa check out akan dipulangkan kalau tiada apa2 deduction.

Sekian, laporan cuti2 kami setakat ini..kalau terpengaruh dengan Trip Advisor lagi, cuti2 lagi la lepas nih..(^_____^)