Tuesday, April 13, 2021

Saya maafkan awak, pencuri


Salam Ramadhan semua..

Ini adalah entry throwback. 

Tahun 2017..few weeks before Raya Haji. Rumah kami kena pecah semasa kami satu family takde. Mr. Daddy outstation. Aku pun outstation di Melaka, bawa sekali anak2 dan ibu. Masa ni, baru 4 orang. Aisyah pun still baby.

So, here goes the pictures hasil sepah yang pencuri tu berjaya hasilkan..*sigh


Guest room. Biasa ibu ayah akan duduk bilik ni kalau bertandang. Takde apa pun sebenarnya bilik ni..tapi dia punggah jugak..huhu

Almari guest room biasa banyak letak selimut/ cadar..semua kena selongkar

Rak tv

Jackpot bagi pencuri adalah di sini. Semua barang kemas dan tabung duit lima ringgit

Bilik anak2
Beg coklat-cream tu aku simpan baju mengandung. Simpan kat compartment yang tinggi atas almari. Pun dia punggah keluar.

Laci bilik anak2

Wardrobe bilik master

Sedih dan pedih

Keadaan haru biru master bedroom
Grill yang diumpil dari tingkap bilik kami

Kesan umpilan

Kalau selak langsir tu, memang akan terbuka luas la tingkap tu. Tingkap jenis memanjang ke bawah. Boleh langkah je terus kalau takde grill.

Hampir 4 tahun berlalu, tapi sakitnya masih terasa. Tambah pulak ada barangan kemas milik anak2 yang opah atuk diorang bagi..isk..isk..

Anggaran kasar semua barang kemas yang kena curi ada la dalam RM40k kot. Nak jadi cerita, seminggu before tu, aku ada tebus barang kat Arrahnu dengan nilai RM5k..Ingat nak buat pakai time raya haji..Tapi memang bukan rezeki kami.

Selain tu, lap top, kamera DSLR pun kena amik jugak.

Walau apapun, syukurnya kami sekeluarga takde kat rumah. Tak dapat bayangkan kalau pencuri tu hunus pisau ke, parang ke dekat kami sebabkan nak barang2 kemas. Nauzubillah..

Pedih tetaplah pedih, tapi aku percaya Allah nak gantikan berlipat ganda kalau kita sabar. Yang paling penting, aku maafkan pencuri (atau pencuri-pencuri) tu. 

Dalam keberkatan Ramadhan ni, aku doakan pencuri tu dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat dan mendekat diri dengan Allah. Semoga hasil curian barang di rumah kami tu, dapat hilangkan kelaparan anak2nya, diberikan kesembuhan penyakit2nya, dilangsaikan hutang piutangnya, membantu dia membina keluarga yang baik, membantu untuk anak2nya belajar, membantu ibu ayahnya yang mungkin kesusahan..Semoga pencuri itu insaf dan menjadi daie dan insan yang hebat..InsyaAllah..

Amiin Ya Rabbal Alamiin..