Friday, September 30, 2011

Sepak Kang!

Sofea baru setahun 6 bulan. Tapi dah pandai cakap perkataan di atas. Juga perkataan "Babab, kang!"

Haih..

Bukan itu je, tapi siap dengan angkat-angkat tangan/kaki nak sepak/babab orang.
Tegur sikit je, terus dia, "Sepak, kang!"

Ikutkan hati aku, rasa nak jentik-jentik je kaki/tangan dia. Tapi takut pulak dia ikut perangai nak jentik-jentik orang.

Macam mana nak buat eh?

Tuesday, September 27, 2011

7 kilo

Bukan kilometer. Tapi kilogram.

Itu jumlah kenaikan berat badan aku lebih kurang sejak sebulan lepas.
Terkejut juga misi yang jaga mesin timbang tu.

Aku relaks je. Masa mengandung Sofea pun aku naik banyak juga.

Tapi yang tak bestnya, minggu depan kena datang balik check-up dan buat MGTT a.k.a minum air gula.

Tapi aku tak serik pun.. Lepas balik klinik, terus ajak Mr. Hubby makan spaghethi dulu.

Hari ni pulak, sarapan - nasi lemak, lunch - KFC (dengan cheesy wedges) + snickers + air 100 plus. Nyum..nyum..

Tengah pikir malam ni nak makan apa eh?

Monday, September 26, 2011

Makan-makan Aidilfitri 2011/1412H

Alhamdulillah...


Maka selesailah sudah acara makan-makan secara kecil-kecilan di rumah kecil kami pada 23 (Jumaat) dan 24 September 2011 (Sabtu). Sampai 2 hari ko....Meriahkan?


Actually, memandangkan famili kami ramai, tapi rumah kami 'comel', terpaksa la buat separate..
(Rumah kami tak sampai 900 sqf pun.. tapi nak juga meraikan tetamu walaupun tak seberapa...)

Itu pun kelam kabut mengalahkan orang mengahwinkan anak. Hari Jumaat lagi la haru sebab adik aku yang kat Melaka belum sampai, maka tak der la runner..


Mengah mak buyung turun naik tangga 2 tingkat - angkat ayam, kuew tiau, angkat satay, angkat nasi berlauk, angkat anakanda. Pas tu smbung kemas rumah susun-susun segala... Mr. Hubby keja. Nasib baik la ada ibu aku yang aku import dari Kelantan yang sudi membantu mak buyung-6-bulan-perut-bulat nih..


Petang kul 2.30 kena bergegas ke JPA sebab ada arahan hadir mesyuarat jam 3.00 petang. Tak cukup masa nak layan staf ofis datang beraya tengahari Jumaat tu, kena gi mesyuarat pulak.


Pendek nafas mak cik, nak....


Petang-petang sikit jiran Chinese rumah bawah datang ngan suami, anak dan cucu. Sempat la kenal-kenal. Pas tu member lama ngan dok Putrajaya datang 3 beranak.


Pas maghrib baru la rombongan adik beradik Sungai Buloh sampai.. Kul 10 lebih pulak bapak sedara dan sepupu sepapat Mr. Hubby di Cheras sampai.. Riuh la rumah kami sampai tengah malam.


Sebenarnya mak buyung pun dan mengantuk tahap dah tak boleh bukak mata..ngan Si Sofea pun ngantuk-tapi-nak-main-ngan-sepupu punya peel lagi.. Memang mencabar.


Nasib baik la jamuan hari Sabtu kami decide buat lepas Asar. Kalau buat pagi, memang lembik, okay..

Sabtu turn famili sepupu sepapat belah I pulak. Semalam belah Mr. Hubby. Tahun lepas pernah kami buat sekali gus..lastnya tak muat rumah sampai tetamu kena dok kat tangga apartment. So, lesson learned. Itu yang buat 2 hari..


Gambar satu hapa pun tak sempat amik..kamera elok je duduk dalam almari diam-diam..hehehe


Tak pe la. InsyaAllah, len kali kita tepek gambar banyak-banyak..okay?

Thursday, September 22, 2011

Hari Tanpa Kereta?

Pejabat aku lebih kurang 5 km je dari rumah. Heaven,kan?

Masuk 7.30pagi, kul 7.00 baru keluar beli makanan, hantar Sofea dan baru gi kerja.

Tapi walau pun dekat, aku tak dapat la join kempen hari tanpa keta ni.. nak bawak anak lagi, bawak perut lagi, bawak lemak lagi..eh..

Tapi serius kempen ni bagus dan aku memang sokong.

Cuma tak tau la orang Malaysia yang lain repon cemana..kalau bagus, lengang la KL hari ni..

Thursday, September 15, 2011

At Last...

Hasil kecewa sebab friendster delete blog aku, aku bukak blog lain..haha *motif gelak?

Blog ini akan dikemaskini mengikut sesukahati tuan punya. Boleh gitu?

Berkisar tentang kesukaan, kesedihan, kesukaran, kemenyampahan, kekaguman dan macam-macam pandangan aku tentang dunia dan seisinya. Juga tentang Sofea dan adik Sofea yang masih berada dalam perut buat masa ini.

Begitulah adanya...

Masih banyak yang perlu ditulis. Juga untuk tatapan Sofea dan adik-adik Sofea pada masa akan datang. Masih banyak yang perlu aku belajar. Nak godek2 features pun tak sempat lagi.

Oh, aku juga serius dengan nama blog ini. Setelah baca buku dari Amy Tan being a tiger mother, I've decided that's really not me. May be I'm a Cat Mom. Meow....