Monday, September 26, 2011

Makan-makan Aidilfitri 2011/1412H

Alhamdulillah...


Maka selesailah sudah acara makan-makan secara kecil-kecilan di rumah kecil kami pada 23 (Jumaat) dan 24 September 2011 (Sabtu). Sampai 2 hari ko....Meriahkan?


Actually, memandangkan famili kami ramai, tapi rumah kami 'comel', terpaksa la buat separate..
(Rumah kami tak sampai 900 sqf pun.. tapi nak juga meraikan tetamu walaupun tak seberapa...)

Itu pun kelam kabut mengalahkan orang mengahwinkan anak. Hari Jumaat lagi la haru sebab adik aku yang kat Melaka belum sampai, maka tak der la runner..


Mengah mak buyung turun naik tangga 2 tingkat - angkat ayam, kuew tiau, angkat satay, angkat nasi berlauk, angkat anakanda. Pas tu smbung kemas rumah susun-susun segala... Mr. Hubby keja. Nasib baik la ada ibu aku yang aku import dari Kelantan yang sudi membantu mak buyung-6-bulan-perut-bulat nih..


Petang kul 2.30 kena bergegas ke JPA sebab ada arahan hadir mesyuarat jam 3.00 petang. Tak cukup masa nak layan staf ofis datang beraya tengahari Jumaat tu, kena gi mesyuarat pulak.


Pendek nafas mak cik, nak....


Petang-petang sikit jiran Chinese rumah bawah datang ngan suami, anak dan cucu. Sempat la kenal-kenal. Pas tu member lama ngan dok Putrajaya datang 3 beranak.


Pas maghrib baru la rombongan adik beradik Sungai Buloh sampai.. Kul 10 lebih pulak bapak sedara dan sepupu sepapat Mr. Hubby di Cheras sampai.. Riuh la rumah kami sampai tengah malam.


Sebenarnya mak buyung pun dan mengantuk tahap dah tak boleh bukak mata..ngan Si Sofea pun ngantuk-tapi-nak-main-ngan-sepupu punya peel lagi.. Memang mencabar.


Nasib baik la jamuan hari Sabtu kami decide buat lepas Asar. Kalau buat pagi, memang lembik, okay..

Sabtu turn famili sepupu sepapat belah I pulak. Semalam belah Mr. Hubby. Tahun lepas pernah kami buat sekali gus..lastnya tak muat rumah sampai tetamu kena dok kat tangga apartment. So, lesson learned. Itu yang buat 2 hari..


Gambar satu hapa pun tak sempat amik..kamera elok je duduk dalam almari diam-diam..hehehe


Tak pe la. InsyaAllah, len kali kita tepek gambar banyak-banyak..okay?

No comments:

Post a Comment