Semenjak 2 menjak ini aku memang obses mengenai pencarian rumah yang lebih selesa untuk keluarga kecil kami.
Setiap kali waktu luang, aku akan lihat semua laman web lelong dan laman berkaitan jual-beli rumah.
Jadi boleh dikatakan setiap masa aku akan berfikir mengenai R.U.M.A.H.
Nak dijadikan cerita, 2-3 lepas aku ternampak iklan lelong rumah teres corner lot dengan harga RM200k sahaja. Aku ulang - rumah corner lot, RM200k. Maka bermulalah angau aku sejak itu...Tambah-tambah rumah tu tak jauh dari rumah aku sekarang. So, persekitarannya aku tahu sangat. Lagi, rumah tu
walking distance sahaja dari surau, dari
shop lot, 7-E dan rumah pengasuh Sofea. Maka, kegedikan aku untuk memiliki rumah itu berganda-ganda.
Jadi, semalam aku bermimpi pasal rumah igauan aku itu. Aku ceritakan pasal nak beli rumah pada Farah aka Pa'a (kawan lama masa UPM) yang sekarang ni mengajar dan menetap di Bentong, Pahang. Tup-tup lepas aku cerita, dia pulak nak beli juga rumah yang sama. Wah...bengang aku sekejap. Dah bertambah
competitor aku ni.. Lagi pun Pa'a dok kat Pahang apa kejadah nak beli kat SK nih?
Lepas tu, kami berjalan-jalan lagi, singgah satu rumah yang berdekatan dengan rumah igauan. Pakcik pemilik rumah ni nama dia Mahazan kalau tak silap aku.. Dia ajak kami minum-minum. So, aku tanya la pasal rumah yang aku berkenan sangat tu.
Pakcik Mahazan siap cakap - "Oh, rumah tu.. ramai minat nak beli tu.. ada orang dari Perak pun nak masuk
bidding nanti."
Cisss...apa kena ngan semua orang ni? Kalau orang-orang Putrajaya ker, Puchong ker, Serdang ker aku leh terima la...apsal pulak dari puncak Pahang dan Perak semua nak beli rumah yang sama ni?
So. pagi ni aku dah amik nombor telefon ejen lelong tu...nanti karang aku nak
call. Tengok betul ke tidak mimpi aku nih. Kalau ada rezeki, aku memang betul-betul nakkan rumah tu..
Doakan, please....???