Tuesday, October 4, 2011

Petua #1 : Penjagaan batu-batu di kerongsang


Semua perempuan tentu pernah merasa kecewa bila kerongsang atau perhiasan lain yang mempunyai batu-batu ala-ala permata jatuh atau hilang dari kerongsang,kan?



Kerongsang yang lawa, tapi kalau dah satu batunya hilang, terus hilang 'seri'nya.

Jadi, meh nak bagi tau petua supaya lain kali kita boleh menjaga perhiasan-perhiasan tersebut dengan baik. Tahan lama pulak tu..



Okay, sebaik sahaja kita beli korongsang atau perhiasan yang ada batu, oleskan atas batu-batu tersebut pengilat kuku atau nail coat. Contohnya macam di bawah ni. Amik yang transparent, ya. Jgn la mentang-mentang mak cik suka warna pink, abih batu-batu warna biru hijau jadi bertukar colour.

Tunggu kering dulu. Baru boleh simpan bersama adik beradik kerongsang yang lain.


Tak perlu beli yang mahal. Beli yang harga bawah RM10 pun okay. Kat booth kecantikan ada, kat farmasi ada.. senang je nak cari.

~Pic credit to google~


No comments:

Post a Comment