Wednesday, November 23, 2011

Maal Hijrah Trip to Penang..Yeay!!

Tak sabar nak tunggu this coming weekend.
Walaupun sarat 8 bulan, Mak Buyung tetap gigih nak berjalan-jalan.
Ya la..nanti kalau dah ada baby kecik, agak susah nak kilik sana-sini. Kesian kat budak lagi..(Alasan..lalallala)

Lagi pun, Cik Imi (adik ai) ada kat Penang. So, terlebih teruja bila dia ajak piknik pagi Sabtu.
hehehe..

So, antara checklist adalah baju mandi Mr hubby dan Cik Sofea, sunblocks, topi, sunshades dan list of places to go at Penang. Hari-hari gigih google sana-sini.

Doakan semuanya berjalan lancar,kay... (^_____^)

Wednesday, November 16, 2011

Tak Tahan

Aku paling tak tahan kalau Sofea tarik-tarik tangan aku gi dapur pas tu tunjuk periuk/kuali atas dapur pas tu cakap "Mamam??".

Aku rasa bersalah dan loser sebab biarkan anak aku lapar.

Biasanya akan diakhiri dengan aktiviti menggoreng telur hancur (kadang-kadang sampai 3 biji) untuk anak dara aku sorang tu makan.

Rasa bersalah punya pasal... Isk.

Pas tu tiba-tiba rasa dihargai pulak bila Sofea makan telur hancur yang aku goreng dengan berselera dan cakap "Dap..dap.." sambil buat thumbs up. Hehehe..anak...oh anak..

Wednesday, November 2, 2011

M.A.L.A.S

Tak balik tengahri ni ke rumah konon-konon nak buat claim dan isi borang cuti untuk cuti esok.
Tapi sibuk wat benda lain, surfing sana sini, baca blog orang sana sini..

Duit claim, nak. Nak buat claim yang malas..Adooii...

Petang ni mesyuarat penting pulak.

Tuesday, November 1, 2011

Auuwww..romantik sampai tua..



Gambar ni aku capture dalam flight tahun 2009 masa balik dari kursus di Kota Kinabalu. Chinese couple sebelah aku ni dah tua. Baya nenek dan atuk kita. Tapi..korang tengok lah...tido pun berpegang tangan. Seronok aku tengok.Auuuwww...