Aku paling tak tahan kalau Sofea tarik-tarik tangan aku gi dapur pas tu tunjuk periuk/kuali atas dapur pas tu cakap "Mamam??".
Aku rasa bersalah dan loser sebab biarkan anak aku lapar.
Biasanya akan diakhiri dengan aktiviti menggoreng telur hancur (kadang-kadang sampai 3 biji) untuk anak dara aku sorang tu makan.
Rasa bersalah punya pasal... Isk.
Pas tu tiba-tiba rasa dihargai pulak bila Sofea makan telur hancur yang aku goreng dengan berselera dan cakap "Dap..dap.." sambil buat thumbs up. Hehehe..anak...oh anak..
No comments:
Post a Comment