Dah seminggu dalam tahun baru 2012. Dah seminggu juga Ummi Sofea dah mula cuti bersalin. Cuti awal untuk prepare apa-apa yang patut di kampung. Bidan dah tempah, pembantu ibu dah ada calon, dah buat check up dua kali di An-nisaa', barang2 baby dah complete, playpan dah pasang, Mr Hubby dah approve cuti seminggu...pendek kata sedang tunggu babynya keluar jer...
Baru-baru ini masa gi cek di An-Nisaa, doc inform air ketuban dah kurang. Kalau boleh kena admitted dan bersalin hari tu jugak (masa tu 2 Jan). Ummi dah gelabah sebab ingat nak cek up jer. Belum bersedia untuk bersalin lagi sebab EDD 9 Jan. So, mintak tangguh dulu dengan doc. Doc kata ok tapi lagi 2 hari kena datang cek lagi just in case air ketuban kurang sangat kena bersalin jugak,takut baby lemas.
So, dua harikemudian, Ummi gi dulu KK Pengkalan Chepa. Sambil-sambil Mimiey pun nak check up. Bila doc scan, doc ckp betul air ketuban dah border line. So kena refer ke HKB. So, merasa la Ummi naik ambulan gov.
Di triage wad bersalin HKB, cek CTG, ok. Tapi doc HKB cakap air ketuban Ummi ok pulak. Bacaan 8.7. Kalau oligo (air ketuban kurang), bacaan bawah 8. So, boleh la balik dulu.
Ummi dan Mr Hubby jadi tak puas hati pulak. Kejap doc ckp air cukup, kejap cakap tak. So, kami decide gi cek up sekali lagi di An-Nisaa. Alhamdulillah,doc cakap air cukup pulak. Walaupun Ummi dan Daddy dah bersedia sekiranya doc cakap kena induce hari yang sama, perasaan lega tetap ada. Hehe.
So, moral of the story, walau apa pundoktor cakap mengenai apa-apa penyakit kita,better get second opnion dari doktor lain. Jangan main percaya dah berserah jer. Sebab doktor pun manusia biasa, ada buat silap dan diagnos pada satu-satu masa tak semestinya tepat dan jitu. Sekian pesanan khidmat masyarakat untuk pembukaan tahun 2012. Daa...
No comments:
Post a Comment