Thursday, September 27, 2012

D'Aura Spa - (return) customer review

Jadi mak-mak ni, standard la kalau tak cukup tido, tak cukup rehat, rasa stress. Tambah-tambah kerja kat rumah sama banyak dengan kerja kat opis. Ye dak?

Tak sempat buat hari biasa atau weekend, terpaksa amik cuti semata-mata nak mengerjakan rumah. Nak sental- sental daki badan pun tak sempat kalau hari biasa. Boleh bayangkan betapa masa menyemburui kami golongan mak-mak ni?

Jadi, sekali sekala meh la kita manjakan diri sendiri (dengan duit suami. eh.)

Pandangan depan spa

Tempat rekleksologi

Tak sempat amik gambar sebab nak kena masuk ofis semula. Lagi pun nak capture dalam bilik urut tu, tak nampak, dia pasang dim light je. Romantik gitu...

Tukang urut aku namanya Mira. Masa call buat appointment pun aku dah request nak urut tradisional. Urut-urut ala2 usap mengusap ni tak mainlah. Kalau boleh yang pandai tekan urat, buang angin, lagi best. So far, Mira ni ok. Tak lembut sangat dan tak kuat sangat. Lagi best bila kita boleh instruct kat mana kita nak dia urut lebih. Biasa aku akan mintak urut pinggang dengan belakang lama sikit. Mak kan hari-hari dukung anak. Memang lenguh pinggang abis.

Lepas tu, aku memang tak suka dengna tukang urut yang cakap banyak. Ada satu tukang urut yang pernah mengurut aku tu, kerjanya mengata oraaaaanggg je. Orang tu tak kena, orang ni kedekut, cerita rumahtangga orang, mengumpat suami sendiri...eh, tak suka la aku. Nak tegur direct, orang tua. Terpaksa aku buat-buat tukar topik. So, kat D'Aura Spa ni memang ada etika tukang urut yang bagus. Kalau kita tanya, dia jawab, kalau tak dia tak akan bercerita. Baru kita boleh relaks. Dalam website dia pun ada bagitau tentang etika-etika ni. Profesional betul.

Ada lagi satu cawangan kat Putrajaya. Tapi yours truly tak pernah pergi. So, tak boleh nak komen.

Time gaji ni, meh la kita ke spa lagi..kalau boleh amik cuti pas tu amik package scrub, facial semua pun best ni..hehe (berangan)

Monday, September 24, 2012

Kopi Mahkota Dewa - memang marvelous!!

Sesapa yang suka minum kopi, meh aku nak share kopi yang best. Dulu aku adalah peminum nescafe yang tegar. Kiranya tak lengkaplah hidup sehari tak minum walau segelas. Macam addicted pun ada...

Tapi bila dah try Kopi Mahkota Dewa ni, memang dah bertukar seleralah.. Dah senang nak bancuh, sedap pulak tu. Kalau nescafe, silap bancuh memang hampeh la..dia punya 3 in 1 aku memang la tak masuk sangat. Baik buat sendiri..

Kalau nak minum ni, better waktu pagi. Kalau minum malam, memang mata segar bugar berbuntang la jawabnya sampai pagi. Aku pernah minum kopi ni waktu malam masa berpantangkan si Imaan. Baby, tau sajalah. Time malam la dia nak tersengeh-sengeh ajak main. Mula-mula memang nangis la nak menahan mata. Tapi once dah kena kopi ni, sama naik la ngan Imaan time waktu malam. Siang, bila siap urut bertungku, baru aku tido. Pun sama ngan Imaan.

Mesti orang bertanya ada tak effect pada baby? So far, pada aku tak ada. Maksudnya tak de la bila minum kopi ni, mata anak pun susah nak tido jugak. Imaan sekarang memang tidur soundly waktu malam. Nap siang pun boleh sampai 2-3 jam sekali nap.

Lupa nak bagi tau, kopi ni setakat ni tak de pulak jual kat kedai. Kena beli dengan ejen. Siba baik my Ibu jadi ejen. Hehehe..setiap kali Ibu nak datang rumah, mesti kirim 2-3 kotak. Tak nak stok putus. Sekotak harga RM 28.00. Ada 20 sachet x 30g.

Kalau nak, sila la call my mom - 0199402196. Tapi Ibu kat Kelantan la. Kalau area-area Putrajaya ke, Serdang ke, Seri Kembangan ke, may be aku boleh tolong kot. Kalau ada stok lebih la...hehehe


Separuh mug baru nak capture gambar..Dap..dap..

Sekotak kena standby kat pejabat

Tuesday, September 18, 2012

Jamuan Raya Opis 2012

Nom..nom..

Meja VIP ada lebih..so, kita serbuuu..tak yah beratur amik buffet..hehe

Acik dapat cabutan bertuah okay..sila kagum.


12 September 2012, Opis aku - Satu majlis jamuan raya telah diadakan di lobi opis dihadiri oleh tetamu jemputan dari kementerian, jabatan-jabatan adik beradik dan staf pejabat. Tema adalah hari raya. (Abis tu? takkan nak gong xi fa cai plak kan?)

Bestnya jamuan raya tahun ini sebab AKRAB ada buat game 'ketupat beracun'. Ha, opis ko ado? Pas tu, ada lagi cabutan bertuah. Dah la dapat makan, bleh main game, dapat pulak hadiah lagi..waaahhh...leh propose untuk tahun depan ni.

Btw, jamuan hari ni menteri tak dapat datang. KSU pun tak dapat datang. Tapi tak pe, kami tetap lah happy macam biasa. Kurnag la sikit protokol,kan?

Saya suka..saya sukaaa!!!!(gaya Mei Mei Upin Ipin)


Thursday, September 13, 2012

owh, patutlah

Banyak sangat hal-hal duniawi yang aku nak dalam kepala otak aku  ni..Tapi belum dapat. Kepala asyik pikir-pikir. Patutlah aku asyik serabut.

Kalau banyak fikir akhirat, tentu tak serabut kepala aku ni. (-_-)"

Monday, September 3, 2012

Macam-macam cerita..

1.Umrah

Teringin nak menunaikan umrah bersama-sama Mr Hubby. tapi akaun TH Mr Hubby ada lam RM400++ jer. Huhuhu...So, tiba-tiba datang idea bernas..Ting!!!(Mentol menyala)

Aku nak cadangkan untuk buat akaun bersama dalam Bank Islam. Setiap bulan setiap orang perlu contribute sejumlah wang. Aku nak namakan Dana Umrah Ummi Daddy. Boleh?

2.Sit Up

Dah dekat seminggu aku berjaya buat sit up dan push up sebanyak 25 kali setiap satu. Ini adalah cara untuk menten kurus tanpa perlu berlapar. Nanti kita tengok macam mana hasilnya..Hari Sabtu lepas (1.9.2012), aku adalah seringan seberat 53.5kg (mengikut timbangan digital rumah cho).

3. Empat batang

Gigi Imaan dah empat batang. Mula-mula tumbuh gigi bawah, pas tu gigi atas, pas tu bawah balik, then atas. Tak ingat pulak berapa bulan time mula-mula tumbuh tu. Masa enam bulan rasanya. Sebab masa puasa gigi dia mmg dah ada 4. Yang aku sure dia start meniarap lima bulan. Lambat. Tapi tujuh bulan - raya to be exact - Imaan dah merangkak. Kita perhati pulak bila dia nak meniti dan berjalan.


3 polkadots







Penimbang Beg



Kalau kita yang kenis kena travel selalu, dan memang jenis suka shopping dan mula menggelabah bila exceed baggage limit, this is a must, okaay..

Aku dah nampak benda alah ni sebelum gi Sabah hari tu lagi.(28 - 30 Jun). Tapi konon-kononnya bajet best,kan, tak perlu beli lagi kononnya.. Sekali...baggage aku dan ibu ngam-ngam je 40kg. Itu pun last minit aku upkan limit via online. Kalau tak, masak la nak bayar. Sekilo RM25 kalau tak silap.

So, kita belajar dari pengalaman. Meh beli ni. Aku beli dari Groupon. Dari RM149.00, dapat harga RM35.00 sahaja. Terbaekkk..

Ingat atau ada?

Sikit tandanya ingat...

Banyak tandanya ada
Lelaki memang macam tu,kan?

Nak kita terhegeh-hegeh cakap kita nak hadiah lah, nak bunga lah..baruuuu nak beli.

Cer kalau kita buat tak tahu? Nan adoooo...

Eh, isteri ni bukannya nak hadiah sangat pun, tau.. tapi tanda ingatan tu yang penting.

Tapi, My Hubby ni tak de la teruk sangat pon. Sebagi tanda ingat, selalu dia belikan kittew cheezzy wedges kalau dia belikan Kay Ep Cee. Okay la tu,kan?

Tapi ni semalam, masa hantar Uwis Si Bongsu kat KLIA, lalu depan Famos Amos, terus Mak Cik Japirah tersengeh-sengeh pandang Mr Hubby. 

"Naper? Nak biskut ker?"

"Eh, tak der la..." - ayat mengada. Padahalll.....

"Yelah, jom."

Waaah..lebar senyum Mak Cik Japirah.

Masa tengah timbang biskut, achik usha-usha la benda lain dalam kedai tu..terus...

"Daddy tak pernah pun nak belikan Ummi benda-benda sweet mcm tuuu..." muncung tunjuk kat goodies-goodies yang nomey dalam kedai.

"Ummi nak yang mana?"

Sengih.

"Mana-mana pun tak per.." - ngada. macam nak lempang,kan?

Mr Hubby amikkan tin yang bentuk love. Dalam ada coklat ferrero roche.

"Tak nak coklat. Nak tin yang macam tu, tapi nak isi biskut dalam dia.."- serius mintak pelempang pompuan ni.
Nak tak nak, Mr Hubby ikutkan je la...terus sayang naik 5%.
Ngeh..ngeh.. sekali sekala, kan? Bukannya emas di Habib Jewel poon....eh.