Monday, September 24, 2012

Kopi Mahkota Dewa - memang marvelous!!

Sesapa yang suka minum kopi, meh aku nak share kopi yang best. Dulu aku adalah peminum nescafe yang tegar. Kiranya tak lengkaplah hidup sehari tak minum walau segelas. Macam addicted pun ada...

Tapi bila dah try Kopi Mahkota Dewa ni, memang dah bertukar seleralah.. Dah senang nak bancuh, sedap pulak tu. Kalau nescafe, silap bancuh memang hampeh la..dia punya 3 in 1 aku memang la tak masuk sangat. Baik buat sendiri..

Kalau nak minum ni, better waktu pagi. Kalau minum malam, memang mata segar bugar berbuntang la jawabnya sampai pagi. Aku pernah minum kopi ni waktu malam masa berpantangkan si Imaan. Baby, tau sajalah. Time malam la dia nak tersengeh-sengeh ajak main. Mula-mula memang nangis la nak menahan mata. Tapi once dah kena kopi ni, sama naik la ngan Imaan time waktu malam. Siang, bila siap urut bertungku, baru aku tido. Pun sama ngan Imaan.

Mesti orang bertanya ada tak effect pada baby? So far, pada aku tak ada. Maksudnya tak de la bila minum kopi ni, mata anak pun susah nak tido jugak. Imaan sekarang memang tidur soundly waktu malam. Nap siang pun boleh sampai 2-3 jam sekali nap.

Lupa nak bagi tau, kopi ni setakat ni tak de pulak jual kat kedai. Kena beli dengan ejen. Siba baik my Ibu jadi ejen. Hehehe..setiap kali Ibu nak datang rumah, mesti kirim 2-3 kotak. Tak nak stok putus. Sekotak harga RM 28.00. Ada 20 sachet x 30g.

Kalau nak, sila la call my mom - 0199402196. Tapi Ibu kat Kelantan la. Kalau area-area Putrajaya ke, Serdang ke, Seri Kembangan ke, may be aku boleh tolong kot. Kalau ada stok lebih la...hehehe


Separuh mug baru nak capture gambar..Dap..dap..

Sekotak kena standby kat pejabat

No comments:

Post a Comment