Tapi marilah kita melihat dari sudut pelaburan aka investment untuk mengurangkan rasa 'mak cik' itu..
Harga emas tahun 2005 hingga 2010 adalah meningkat sehingga 250%. Maksudnya secara purata, keuntungan emas adalah 50% setahun.
All this while, Mok Cik telah meletakkan pelaburan/simpanan di dalam TH sahaja.
Dan keuntungan setiap tahun adalah 8% - 10% sahaja. Fine. (T_______T)
Lihat tak betapa rugi sekiranya kita tak berilmu? Sedih, okay???
So, langkah pertama mok cik adalah....
Seutas rantai tangan dan sepasang subang. Dapat pulak casing yang cantik. Happy mak cik pepagi hari. |
Alololo...comeynya dapat dengan beg sekali..Pas ni sure kena rembat ngan Sofea ni..(-__-) |
Barangnya tak sempat snap. tapi item adalah tiga utas rantai tangan. Dua baru beli (sbb tu ada tag), satu lagi sedia ada dlm simpanan. |
Mak cik ingat nak beli lagi..sementara duit ada belum dihabiskan dengan perkara lain yang kurang faedahnya. Seperti membeli tudung baru (lagi..) (-____-)''
Nampak tak pusingannya?
Beli emas ----> gadaikan di Arrahnu -----> beli emas lagi (emas baru yang dibeli ini sama ada boleh digadai lagi, atau simpan elok-elok dalam peti besi)
Then, kalau harga emas naik, bawak surat gadaian ke Arrahnu yang kita gadai emas tu, bagitau nak buat penilaian semula (overlap). Setelah ditolak dengan kos upah, kita akan dapat cash lebihan dari harga emas semasa tolak harga emas lama (masa kita gadai)..
Agak-agak faham tak apa yang cuba disampaikan? Tak complicated sangat pun, may be cara penyampaian penulisan aku yang kurang bagus..Hahaha..
Apa-apa pun, nasihat dari mok cik yang baru celik ilmu sikit ni, daripada simpan duit dalam bank, lebih baik beli emas. Emas adalah pelindung nilai kepada inflasi.