Setelah sekian lama hasrat nak menaiki keretapi dengan anak-anak, akhirnya tertunai jua. Tapi ditemani opahnya, bukan daddy sebab daddy kena balik awal dari kampung atas urusan kerja.
Jadi bercutilah seminggu ummi dan anak-anak di kampung. Sorgaaa....hahaha. Orang kata alang-alang dah balik kannn... Takkan duduk sehari dua je. Sakit-sakit badan pun tak sempat habis lagi.
So, berbalik kepada cerita asal, cerita kami anak beranak naik keretapi kelas pertama..
Kalau diikutkan, tiket semua dah tak de dah. Masa aku tanya pada 13 Nov (Hari Deepavali), tiket yang available hanya pada 21 Nov. Almaklumlah cuti sekolah. Tapi ntah macam mana rezeki memang nak dapat, terselitlah jugak satu cabin yang available (dengan bantuan pak cik aku). Maka bergeraklah kami berempat pada 16 Nov pada jam 7.00 petang menaiki Cabin No. 1 Gerabak No. 1.
Cerita pasal cabin pun satu hal. Sepatutnya cabin kami No. 8, tapi tak de pun di tiket tulis no cabin, so ibu aku main belasah je masuk cabin 1. Nasib baik tak de orang duduk cabin tu... (-_____-)''
Berlengas menunggu keretapi. Pakai pun baju biasa je. Esok nak jumpa daddy, baru tukar baju semenggah sikit. |
Imaan yang sabar menunggu Ummi melayan kerenah kakaknya. Nampak deretan gula-gula kat belakang? 2,3 kali Ummi kena pau dengan Sofea. Termasuklah mainan kat tangan Imaan tu pun Sofea punya. (T__T) |
Gerabak keretapi akan betul-betul berhenti kat no gerabak yang ditetapkan. |
Menunggu train |
Dua berth untuk tido. Kalau tido sorang satu, memang selesa habis. Tapi kami dengan anak2 kecik, banyak kena consider keselesaan anak-anak. |
Ada tivi (tapi kami tak bukak pun), ada sinki (yang bertutup aku letak wallet tu), ada kerusi. |
The verdict? Okaylah..kalau orang mengharapkan selesa macam first class kapal terbang, memang kecewalah. Sebab KTM ni barang macam old school sikit. Dan rasanya servis pun tak de berapa bagus sangat. Dan bising gerabak memang tak boleh blah. Pas tu kalau ketapi dah berhenti, dia nak start bergerak tu, macam terkejut sikit. Macam keretapi terbatuk-batuk tua gitu...hehehe. Metafora tak nak kalah, okay.
Kalau senyap dan laju macam ERL tu, baru okay. Tapi tak tahu la zaman bila nak dapat. Kena tukar management dulu kot KTM ni baru ada perubahan.
Perjalanan kami amik masa dalam 15 jam lebih kurang. Jam 10 pagi baru sampai KL Sentral. Pengsan kalau tunggu. Ini sebab utama Mr Hubby kurengg sikit nak naik keretapi. Dia tak sanggup travel lama-lama. Padahal okay je aku rasa. Sekurang-kurangnya boleh rehat dan tak stress melayan 'kebuasan' anak-anak di dalam kereta.
Dah naik keretapi, bukan main lagi aku mintak Mr Hubby tunggu jam 7.00 esok pagi. Ingatkan 12 jam je. Sekali bangun Subuh jam 6.30 pagi, baru kat Gemas. Terus whatsapp soh datang lambat sikit. Tapi anak-anak tido dengan tidak berketik. Mungkin sebab siang dah letih, mungkin sebab kenyang, atau mungkin jugak sebab best dengan 'goyangan' keretapi.
Untuk kabin ni, kami bayar dengan harga RM176.00. Itu pun sebab ibu dapat potongan 40% sebab pesara. Untuk info detail mengenai tambnag perjalanan sila ke http://www.ktmb.com.my/images/pdf/fare_table.pdf.
Atau detail semua pasal perkhidmatan KTM sila ke http://www.ktmb.com.my/.
Budak-budak tu tambang free ke?
ReplyDeleteSeingat saya budak umur bawah 3 tahun, free..
DeletePintu kabin die cmne, boleh lock ke..
ReplyDeleteboleh lock, no prob.. :)
Deletesorry lambat giler reply..huhu
macam mana nak dpt tiket tren? saya pergi ktmb dia kata dah habis sampai bln depan...tolong sayaaaaa :'(
ReplyDeletesorry lambat reply..
Deletehuhu..tak dapek nak nolong..ada time mmg laju cam goreng pisang panas la tiket ketapi ni..