Satu tab opah, satu tab daddy |
Lagi seminggu dari tarikh hari ini, Imaan akan mencapai umur setahun. Setakat ini,
1/ Imaan masih meniti..dah boleh berdiri sendiri dari duduk, tapi masih belum berani melangkah..(note: milestene Imaan dari merangkak ke meniti adalah kurang seminggu. Time raya mula merangkak, belum pertengahan Syawal, Imaan dah meniti)
2/ Masih belum pandai panggil ummi atau daddy. Yang dia pandai adalah 'opah'..dan 'ta..ta..ta..'
3/ Semalam, 30 Dis, dah pandai turun katil sendiri. Sekali ajar je, terus boleh buat. Bagus..
4/ Sangat suka senyum
5/ Senang dijaga berbanding kakaknya. Tidur awal, kurang bangun malam, menangis pun sangat jarang.Alhamdulillah..
6/ Suka joget bila dengar kita nyanyi
7/ Pandai lambai 'hai' atau 'bye bye'
8/ Pandai tepuk dan hi five
Setakat ni ummi belum plan apa-apa lagi untuk birthday Imaan.. Tengokla cemana nanti..Kalau tak,kita beli kek, makan2 umah opah dah lah ye, sayang..
No comments:
Post a Comment