Friday, January 10, 2014

Selamat Hari Lahir yang ke-2 tahun, Durratul Imaan.

10 Januari 2014. Dua tahun sudah anak ummi ni.
 

Kalau nak dibandingkan dengan Sofea, by this time Sofea dulu dah ada adik. Jadi proses kematangan Sofea memang cepat. Imaan ni kami masih nampak macam baby, despite of her bigger size..hehehe

Bercakap still yang basic macam 'daddy', 'pah' (opah), 'ngok' (tengok), 'jom', 'yak' (berak), 'kak' (kakak), 'wat' (orang ni buat - mengadulah ni), 'nak', 'tuuu', 'niii'..dan beberapa patah lagi.

Yang tak berapa best sebab Imaan tak pandai lagi paggil 'ummi'.. (-____-)" Ada la kot dia 'ter'panggil tapi mcm tak clear sgt. Ntah hapa yg dia sebut ntah..hehe







Imaan sukaaaa sangat berus gigi. Kalau Sofea dulu memang boleh bersilat nak suruh buka mulut berus gigi, tapi Imaan, kita sampai kena sorok berus gigi dari dia. Kalau dia nangis, hulur je berus gigi, terus diam..haih.
 
Suka sangat makan telur rebus. Tapi yang putih je, telur kuning dia tak suka.
 
Suka jugak dengan tembikai. Kalau tengah gaduh berebut barang dengan kakak dia, hulur je tembikai, terus mengalah sebab nakkan tembikai. Pisang pun Imaan suka.
 
Masih menyusu direct dengan ummi. Tapi botol susu, tak suka. Rela minum air masak je kat rumah pengasuh sampai ummi balik baru menyusu. Kalau nak menyusu, Imaan akan sebut, 'kuk'. Hahaha..ntah mana dia belajar tapi kalau dia data dekat, pas sebut 'kuk', itu nak menyusu la tu...
 

Imaan tak de masalah makan. Dia suka makan.



Kawan berebut dan bergaduh dengan kakak Sofea.




Ummi doakan anak ummi membesar jadi anak yang solehah, baik budi pekerti, cerdik, berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Amiin...
 
Ummi saaaayaaaaang Imaan. 
 

Thursday, January 9, 2014

Perjalanan untuk memiliki sebuah rumah idaman II

Sambungan daripada entry mengenai rumah idaman kami sebelum ini di sini, sekarang statusnya adalah dalam proses renovasi. Kami dapat kontraktor yang lain dari yang pernah aku maklumkan dalam entri tu. Alamdulillah, setakat ini rumah pun dalam seminggu dua lagi insyaAllah siap.
 
Jom tengok progress renovation. Proses reno ni start dari akhir bulan Nov 2013.
 
 
Ruang keluarga depan bilik master. Mungkin juga dijadikan dining area.

Bilik sebelah master. Pun kami besarkan sikit. Cadangnya mungkin buat bilik anak dara dua orang ni.

Bilik master yang kami besarkan dalam 5 kaki dari yang asal

Ruang tamu. Pandangan dari depan bilik master.

Bilik no. 2. Cadangnya nak dijadikan bilik tetamu.

Bilik kedua pandangan dari porch.

Dari luar pagar

Porch

Sebelah pagar kami cadang nak bercucuk tanam sikit. So, tak nak tile kawasan antara tepi tiang dan pagar tu.

Dari luar pagar
 
 
Mengikut kata Amir, kontraktor yang reno rumah ni, dalam akhir bulan Jan ni InsyaAllah dah boleh pindah..insyaAllah..

Hye, 2014. Let's talk about resolution.

Tahun 2013 punya azam were these..
 

1/ Learn how to sew. At least do some curtain projects for my home.
2/ Read at least a book a month.
3/ No procrastination in doing assignments
4/ Doubled my savings
5/ Sell something. Either pre-loved items of mine, or some jewelleries, may be..I'm targetting at least 5 items.
6/ Try the most to perform dhuha prayer everyday
7/ To get landed house for our family

 
Post moterm sikit.. I just manage to accomplished item no. 4, 5, 6 and 7.
 
Yang 3 kat atas fail sikit. Huhuhu.. so, macam biasa, kita carry forward ke tahun 2014.
 
Alasan tak berjaya sebab yg no. 1 tu tak beli mesin jahit lagi. Kenapa tak beli? Sebab tunggu masuk rumah baru, baru beli. Yg no. 2 sebab aku sibuk. Just manage baca buku pelajaran je..(propa sangat,kan?) Yg ke3, pun sebab aku bizi. Apa yang disibukkan pun aku sendiri tak berapa pasti. Itu memang penyakit. Penyakit suka menangguh. Contoh terdekat ialah macam update blog ni. Dah masuk minggu kedua tahun 2014, baru nak berazam. (-___-)''
 
Jadi, untuk tahun 2014, azam aku adalah...*drum roll*
 
1/ Learn how to sew.
2/ Read at least a book a month.
3/ No procrastination in doing assignments
4/ Triple my savings
5/ Try the most to perform dhuha prayer everyday
6/ Baca Al-Kahfi setiap Jumaat
7/ Belajar untuk melabur dalam saham
 
No. 1 - 5 adalah carry forward dari tahun lepas..ngeh..ngeh..cuma tang savings kena bersungguh-sungguh sikit. Kena kawal nafsu lebih sikit. Sebab savings tahun lepas yang konon dah double tu abis untuk renovate rumah..Huhuhuhu...
 
 
 
Ini untuk meralisasikan azam no. 7. Baru dapat semalam. CDS akaun pun baru nak bukak. Tak pe, kita take one step at a time. Ok lah ni..Rather than not taking any step,kan?
 
Btw, I have a bigger and better dream. Kind of long term objective.
 
I want to be a FULLTIME HOUSEWIFE.
 
So, sesambil membesarkan anak-anak, boleh la kita accumulate wealth by invest in saham. Ni sesambil duduk kat rumah pun boleh.
 
InsyaAllah...amin.