Thursday, January 9, 2014

Perjalanan untuk memiliki sebuah rumah idaman II

Sambungan daripada entry mengenai rumah idaman kami sebelum ini di sini, sekarang statusnya adalah dalam proses renovasi. Kami dapat kontraktor yang lain dari yang pernah aku maklumkan dalam entri tu. Alamdulillah, setakat ini rumah pun dalam seminggu dua lagi insyaAllah siap.
 
Jom tengok progress renovation. Proses reno ni start dari akhir bulan Nov 2013.
 
 
Ruang keluarga depan bilik master. Mungkin juga dijadikan dining area.

Bilik sebelah master. Pun kami besarkan sikit. Cadangnya mungkin buat bilik anak dara dua orang ni.

Bilik master yang kami besarkan dalam 5 kaki dari yang asal

Ruang tamu. Pandangan dari depan bilik master.

Bilik no. 2. Cadangnya nak dijadikan bilik tetamu.

Bilik kedua pandangan dari porch.

Dari luar pagar

Porch

Sebelah pagar kami cadang nak bercucuk tanam sikit. So, tak nak tile kawasan antara tepi tiang dan pagar tu.

Dari luar pagar
 
 
Mengikut kata Amir, kontraktor yang reno rumah ni, dalam akhir bulan Jan ni InsyaAllah dah boleh pindah..insyaAllah..

No comments:

Post a Comment