Hoi..dah bulan Mei kooottt.....baru nak up cerita Sofea masuk sekolah..Hahaha..kelembapan apakah ini??? Orang lain berpusu-pusu up cerita hari pertama lagi..
Tak per..better late than never katanya..muahaha
Okay, 2014 Sofea masuk 4 tahun. Daripada duduk melnagut tengok tv je kat umah opah, moh la hantar sekolah. Sama sekolah dengan sepupu2nya- Kak Chik, 5 tahun ngan Abang Naufal, 6 tahun.
Senang sekali harung atuk amik tiga2 sekali. Nama tadikanya Mayang Sari Montessari kat Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
Hari pertama sekolah.Berbeza dengan time hantar pagi tu, balik dua2 ceria buat artwork kat sekolah. |
Imaan pun nak nyibuk main kat playground sekolah Kak Sofea. Ni hari kedua. |
Salah satu tarikan budak2 nak gi sekolah. Ada pool. |
Area sekolah |
Artwork budak2 |
Ini pun hari kedua. Mula2 ok lagi..Pas tu, uwaaaa.....anak sapa lah ni..huhu |
Ini masa breakfast kat mamak hari pertama sebelum masuk sekolah. Tak nak pakai baju sekolah. Tengok Kak Chik pakai, baru tukar dalam kereta...(-_-)" |
Setakat ini Sofea seronok dah sekolah. Nak2 time ada main air kat sekolah. Akademik pun okay. Dah banyak yang tahu. Walaupun aku tak nak stresskan budak2 besar ni dengan akademik sangat.
Ada sekali Mak Cho dia bagi laporan yang Teacher Joyce cakap yang Sofea masih tak kenal huruf F sampai M...Aku dah macam..what the heck?? Biar la...tu baru 3 bulan masuk sekolah koottt...daripada sebelum sekolah satu patah huruf pun tak kenal.
Aku lagi suka sekolah tekankan pasal social skill ke, perkembangan motor skill, manners, how to appreciate people etc2...
Itu aku la..anak tak sekolah pun aku tak de lah menggelabah sangat..kalu dah Ahad tu malam baru balik bercuti, dah sure la budak tu penat. Tak nak la aku nak memaksa2. Tambah2 bila aku cuti belajar ni...memang nak sangat anak ada kat umah ngan aku time aku tak de kelas..Heh...
Ntah aku sorang yang macam ni..aku pun tak tau. Lain parents, lain caranya..terpulanglah pada kesesuaian masing2. Gitteewww...
No comments:
Post a Comment