Saturday, December 21, 2019

2020 is coming!! Persediaan sekolah dan persediaan menyambut baby tahun baru

Hi semua!!

Kurang sebulan lagi dah nak masuk tahun baru 2020. InsyaAllah everything will be getting better for all of us next year. InsyaAllah..

Macam mana persediaan sekolah anak2 tahun depan?

Sofea dan Imaan



Baju sekolah dan kasut sekolah Sofea dan Imaan insyaAllah dah settle. Beli kat Hari-hari je pun. Tapi daddy nak kena bayar RM600++ jugak. #berpeluh

Itu baru 2 orang anak ya. Itu pun baju sekolah yang masih elok recycle pakai balik. Cuma kena beli kalau dah ketat atau lusuh. Imaan memang membesar dengan jayanya sekarang. Memang kena beli lain. Tambah-tambah dilantik jadi pengawas untuk darjah 2. Pengawas sekolah agama dan sekolah kebangsaan. So, semua berganti baru.

Sofea ada certain baju dibeli masa pertengahan tahun 2019, so ada yang masih elok. Top up mana yang patut je la.

Hannah




Hannah pulak masih tadika di tempat yang sama. Baru je transfer yuran segala bagai dekat tadika dia. Burn RM1000++. 

Bonus kerajaan bagi RM500, tak sempat nak merasa, habis untuk anak2 je. Hehe..

Dah memang tertulis begitu rezekinya..ye tak? Tanggungjawab kita jugak membesarkan anak2.

Aisyah

Budak kecik ni baru masuk 3 tahun 16 Disember yang lepas. Kalau ikutkan tahun, 2020 dah masuk 4 tahun. Tapi hold la dulu masuk sekolah. 2021 baru kita gi sekolah ya, Aisyah.





Baby

Keperluan baby alhamdulillah hampir siap. Recycle baju baby dari Ufairah, sepupu dia. Barut bedung semua. Siap kena beli drawer baru. Yelah, mana nak sumbat segala keperluan,kan?

Jom kita list sikit keperluan baby:

Checklist keperluan baby (preparation at least sebulan sebelum):

1) Diapers Newborn 1pax
2) Baju baby saiz 3-6 bulan (siang) - 5 pasang
3) Babu baby saiz 3-6 bulan (malam) - 5 pasang
4) Barut perut - 8 helai
5) Tempat mandi baby - 1
6) Tilam/ bantal kekabu baby - 1 set
7) Sarung tilam/ bantal - 2 set
8) Minyak telon 
9) Baby wipes (dah ada)
10) Mandian baby
11) Bedung baby - 3 helai
12) Mitten dan booties - 10 pasang
13) Penggantung baju baby
14) Sabun basuh baju baby
15) Sabun cuci botol
16) Playpen/ katil baby (basuh dan jemur)
17) Topi baby
18) Changing mat
19) Botol susu
20) Plastik simpan susu
21) Pump susu (basuh dan sterilize)

Itu baru baby, yang mak baby pulak..

Checklist hospital dan berpantang:
1) Buku pink
2) Charger handphone
3) Minyak Herbanika
4) Kurma
5) Biskut Hup Seng
6) Milo 3in 1
7) Bengkung zap on
8) Stokin 2 pasang
9) Selipar toilet
10) Milk collector
11) Kain batik 1 helai
12) Baju lengan panjang 1 helai
13) Sweater 1 helai
14) Tudung sarung 2 helai
15) Toileteries 
16) Scrub / Lulur
17) Baby wipes
18) Disposable panties
19) Nursing bra - 2 helai
20) Breast pad
21) Telekung solat
22) Kopi O tanpa gula
23) Crispy garlic
24) Lada hitam kisar
25) Ikan-ikan untuk pantang

Haha..tepek semua kat sini senang. Yang kain batik, baju sehelai je tu untuk beg hospital. Untuk baju balik je tu. Yang stay hospital, hospital yang sediakan.

Macam Hannah dan Aisyah, aku masih setia bersalin dengan Doktor Wan Ratna di Putra Medical Centre, Sungai Buloh. Dekat, selesa dan menyenangkan. InsyaAllah, Allah permudahkan lah hendaknya.


Thursday, December 19, 2019

8 bulan


Ini gambar 3D masa 6 ke 7 bulan.

Sekarang dah 8 bulan, contraction dah datang now and then.

Berat baby on 36th week was 2.6kg. Berat ummi 71kg. Hampir 20kg kenaikan dari sebelum bersalin..huhu

Bercakap pasal contraction, semalam kat pejabat was the worst. Sampai tak boleh jalan. Keluar jugak air mata menahan sakit. Kelam kabut jugak kawan2 pejabat nak panggil driver hantarkan balik..nak tolong callkan husband. Sweet betul.

Tapi once dah duduk di kerusi, sakit makin kurang. So, aku tau bukan contraction sebenar. Acah-acah je dulu. 

Acah-acah pun dah sakit macam ni..(T______T) Yang betul2 cemana?????

Btw, sebab rasanya ini anak last, so kali ni nak mintak epidural dengan doktor. Trauma sakit bersalinkan Aisyah pun tak hilang lagi walau dah 3 tahun berlalu..Harap2 kali ini dapat bersalin dengan tenang dan fokus.

Pantang kali ini pun dah booking dengan Fazrina Postnatal Care. InsyaAllah nak amik yang pakej 21 hari. Lagi 21 hari sambung pakej helper dalam pantang. Pun dengan provider yang sama.

Ini pakej helper masa pantang
Since anak dah nak masuk 5, 2 orang pulak kena hantar pengasuh. So ada jugak cadangkan pada Encik Suami untuk amik maid. Yelah, hantar pengasuh 2 orang dah RM700. Tambah lagi few hundred dah dapat maid sorang.

Tapi itulah, Encik Suami tak setuju pulak. Huhu. Mohon doakan husband saya terbuka hati amik maid ya..Rasanya sebab utama dia tak suka 'orang luar' ada dalam rumah kot.

Ini pakej pantang yang aku nak amik nanti
Berkenaan pakej pantang, aku dah book dalam bulan Ogos lagi. Sebab risau fully booked. Yelah, nanti siapa nak jaga? Ibu dah tak sihat, mak pun mata tak berapa nampak sangat dah.

So, memang berhabis sikit la kali ni..Konsepnya biar hati tenang dan senang. Duit kita kumpul lagi nanti. InsyaAllah, ada la rezeki anak2 nanti.


Friday, August 16, 2019

Mambo Number 5!!! - pengalaman mengandung kali kelima

Kod risiko dah ye..sebab mengadung kali keenam dan faktor umur 


Yep, kali kelima..walaupun perancangan awal, Aisyah adalah anak bongsu kami..tapi Allah has a better plan for us. Sampaikan baju mengandung, baju dan kelengkapan baby, semua aku dah bagi orang..haha....jenuh nak kena beli baru semua sekali. Dah la kali ni kelayakan cuti bersalin tinggal tak sampai 3 bulan dah..huhuhu    #nangis

Dah ada empat anak perempuan, kami berdoa semoga kali ini adalah dapat hero sorang buat peneman daddy.

As for today, kandungan dah nak masuk 19 weeks. Berbeza tak dengan last 4 pregnancies? Jawapannya berbezaaaaaa sangat.

Meh nak listkan perbezaan mengandung kali kelima ni..

1) Masih boleh menumis dan memasak seperti biasa

Kalau yang sebelum2 ni, jangan harap la aku nak masuk dapur untuk masak ya..Bau orang menumis pun aku boleh pening loya bagai. Tapi kali ni, goreng ikan masin aku on lagi..Dari awal tahu pregnant sampai sekarang..

2) Selera haywire

Tak selera sangat. Tak de nafsu pun tengok makanan. Even durian yang memang aku hantu sangat2 tu pun..tengok then makan seulas buat syarat, dah. Suami kalau tanya aku nak makan apa, memang susah nak jawab. Cuma kena paksa la jugak makan, sebab hari tu cek BP low sebab tak makan. Doktor suggest makan setiap dua jam..hadoooiiiii..stress sebab kena paksa makan..hahaha

3) Muntah2 di trimester kedua

Kalau yang sebelum-sebelum ini, aku akan lembik dan pening pada trimester pertama dan bertukar menjadi superwomen di trimester kedua dan ketiga. Tapi kali ini, trimester pertama masih steady, cuma cepat penat tapi takde muntah2. Masuk trimester kedua, kepala asyik pening, makan tak selera, makan dan kemudian muntah balik...doktor dah remind, kalau berterusan, kena masuk air melalui drip..eh, takpe Doc, saya cuba paksa makan dulu ya..kalau dah memang tak terkawal baru nak serah diri untuk drip. 

4) Suka makan yang masin-masin

Suka buah potong, lepas tu cicah garam..jambu ke, pear ke, apple ke, semua cicah garam. Rasa kalau tak cicah garam, tak sempurna rasa buah tu..haha..cuma belum la buang tebiat makan tembikai dengan garam lagi..kakakaka

5) Tiada perubahan warna kulit

Ini antara yang patut disyukuri jugak. Kalau tak , trimester pertama dah berubah gelap warna kulit sana sini, kat tengkuk antara yang tak boleh blah sebab kalau nak amik amir semayang kan kena bukak tudung kat toilet..mmg ketara warna gelap macam berdaki..jenuhsental pun memang tak jalan weh..masa berpantang nanti baru nak kena berscrub, berlulur baru slowly cerah balik..


So far ini je la kot yang aku perasan beza this pregnancy dengan last pregnancies. Doakan semoga dipermudahkan pregnancy journey, kelahiran, berpantang dan proses jaga baby nanti..InsyaAllah..

Thursday, January 3, 2019

Here comes 2019 - Daftar Sekolah

Salam Tahun Baru 2019 untuk semua.

Marilah sama-sama kita mencipta memori yang indah bagi hari-hari mendatang.

Cerita Masuk Sekolah 2019

Sofea dan masuk darjah 3. Penolong Ketua Pengawas di Sekolah Agama. Sedang usaha untuk guide dia turunkan berat badan..












Imaan dah melangkah ke darjah satu di sekolah arus perdana. Imaan mudah berkawan dan confident level tinggi. So, tak perlu risaukan dia sangat.







Hannah baru masuk tadika. Sepelaung je dari rumah atok opah. Cerita semalam, sebelum sepupu-sepupu dia sampai (anak Cho dan anak Pina), memang sedih betul mukanya. Nak berkawan, tak pandai lagi, merenung colour sheet yang cikgu bagi dengan pensil warna di tangan. Tapi bila geng dah sampai, terus ceria lupa dunia. Tadika tu dah jadi macam rumah opah gayanya. Colour pun sambil baring you.. (^___^)







Banyak yang perlu improve untuk tahun 2019 ini. Takpe, lets create beautiful memories together..☺☺