Thursday, December 19, 2019

8 bulan


Ini gambar 3D masa 6 ke 7 bulan.

Sekarang dah 8 bulan, contraction dah datang now and then.

Berat baby on 36th week was 2.6kg. Berat ummi 71kg. Hampir 20kg kenaikan dari sebelum bersalin..huhu

Bercakap pasal contraction, semalam kat pejabat was the worst. Sampai tak boleh jalan. Keluar jugak air mata menahan sakit. Kelam kabut jugak kawan2 pejabat nak panggil driver hantarkan balik..nak tolong callkan husband. Sweet betul.

Tapi once dah duduk di kerusi, sakit makin kurang. So, aku tau bukan contraction sebenar. Acah-acah je dulu. 

Acah-acah pun dah sakit macam ni..(T______T) Yang betul2 cemana?????

Btw, sebab rasanya ini anak last, so kali ni nak mintak epidural dengan doktor. Trauma sakit bersalinkan Aisyah pun tak hilang lagi walau dah 3 tahun berlalu..Harap2 kali ini dapat bersalin dengan tenang dan fokus.

Pantang kali ini pun dah booking dengan Fazrina Postnatal Care. InsyaAllah nak amik yang pakej 21 hari. Lagi 21 hari sambung pakej helper dalam pantang. Pun dengan provider yang sama.

Ini pakej helper masa pantang
Since anak dah nak masuk 5, 2 orang pulak kena hantar pengasuh. So ada jugak cadangkan pada Encik Suami untuk amik maid. Yelah, hantar pengasuh 2 orang dah RM700. Tambah lagi few hundred dah dapat maid sorang.

Tapi itulah, Encik Suami tak setuju pulak. Huhu. Mohon doakan husband saya terbuka hati amik maid ya..Rasanya sebab utama dia tak suka 'orang luar' ada dalam rumah kot.

Ini pakej pantang yang aku nak amik nanti
Berkenaan pakej pantang, aku dah book dalam bulan Ogos lagi. Sebab risau fully booked. Yelah, nanti siapa nak jaga? Ibu dah tak sihat, mak pun mata tak berapa nampak sangat dah.

So, memang berhabis sikit la kali ni..Konsepnya biar hati tenang dan senang. Duit kita kumpul lagi nanti. InsyaAllah, ada la rezeki anak2 nanti.


No comments:

Post a Comment