Alkisah..post ini untuk pengajaran ya. Supaya tak terkena scam macam sis.😞
Aku ada la invest sedikit dalam kripto. Exchanger aku guna Luna dan Huobi. So, since kripto sendu, dan USD pun ada kenaikan sikit berbanding MYR, ingat nak cash out sikit dari aset Houbi. Dalam Houbi, kalau nak jual USDT, akan ada buyer dalam tu yang offer nak beli. Transaction biasanya straight forward dan terus masuk akaun.
Untuk rekod, peristiwa ini berlaku pada 27 November 2022.
Nak dijadikan cerita, buyer ni bagitau dia dah bank in duit, siap bagi resit Maybank2u dari Singapore. Tapi bila cek dalam bank duit tak masuk lagi, aku tak de la nak tekan yang kita dah receive duit sehingga betul2 confirm duit masuk,kan?
Di sini la bermula scammer buat kerja dia.
Selepas beberapa jam, aku tak notify yang aku dah terima duit, dapat satu wassap dari satu nombor yang mengaku as Huobi Ombudsman. Nak selesaikan pertikaian antara buyer and seller katanya.
Malas nak taip banyak2, ini aku sertakan screen shot.
Sampai la ke sudah duit aku tak masuk2 akaun ya. Huhuhu.😢
Sebab apa aku macam percaya je kat scammer ni?
Pertama sebab aku naive. Tak expert sangat hal ehwal Houbi ni.
Kedua, sebab scammer ni convincing dan tak pushy. Faham tak? Gaya memang nak membantu menyelesaikan pertikaian. Mati2 la sis tertipu..
Korang bayangkan, sampai dah balik kerja pun, aku masih semak akaun, duit tak masuk2. Sampai nak tidur malam tu, baru realize yang aku dah kena scam.😞
So, esoknya aku mengadu dengan team member yang sama2 invest in kripto. Atas desakan dia, buat report polis untuk polis investigate.
Ini unit PDRM yang incharge berkenaan dengan scam kripto |