Thursday, December 29, 2022

Jamuan Birthday Aisyah ke 6 tahun


Syukur Alhamdulillah dah 6 tahun Aisyah pada 16 Disember 2022 lepas. Kami buat jamuan makan sikit jemput family members je on 18th December (Ahad).

Meriah la sebab budak2 ramai. Lama pulak tu tak berkumpul macam ni.


Aisyah yang pilih kek dia. Nak unicorn atau rainbow. Ok lah, nak.

Si kecik Azizah yang beria tgk hadiah kakak dia. Aisyah request nak pencil case ada gambar mermaid.

Kusyuk Azizah meneliti ya

Strudle sedap. Tempah dari isteri imam masjid.

Cream puff sedap. Dari isteri imam masjid jugak.

Bibik buatkan hotdogs ayam dan daging

Tempah laksa dengan mak kawan Imaan. Sedap.

All in all, syukur sebab anak2 happy, majlis berjalan lancar. 

Pagi tu sempat lagi kami pergi menonton Mechamato di Midvalley. Jamuan mula jam 3.00 petang. So, banyak masa nak prepare, lagipun byk makanan tempah je.

Yang paling meriah, sebab lantik Mama Nyoh untuk incharge game untuk budak2. Ya Allah, gegak gempita rumah😄

Apa pun, alhamdulillah semua ok. Cuma ada insiden pagi tu, masa balik dari wayang, Hannah misplaced handphone dia..ntah mana dia letak..frust jugak la..tapi dah tak de rezeki..bising pun tak guna..ye tak?

No comments:

Post a Comment