Tuesday, November 21, 2023

Recap Tahun 2023

Assalamualaikum and hello everybodieeehhh

Phew..it has been a year since my last posting.

So, jom recap sikit apa yang berlaku tahun 2023 nih.

Kerja la yang paling banyak menyumbang kepada challege tahun ini.

I dah tukar ke cawangan antarabangsa, kena buat unit bilateral unit untuk Asia Tenggara u olls.

Sebab bertukar? Sebab gaduh dengan bos cawangan lama..HAHAHAHA..sebelum I tukarkan dia, baik I yang bertukar keluar..boleh gitu??HAHAHA..

Unit ni cabarannya sangat luar biasa ya. Antaranya adalah..

i- Dah namanya cawangan antarabangsa,kan? Kena la guna BI dalam most of the medium of communication. English dah la lama tak guna sangat. Nak kena polish balik ni..huhu

ii- Bos sekarang ni boleh tahan perfectionist. Jenuh 3,4 kali keluar masuk surat/dokumen baru boleh puas hati dia..Tapi I okay jer..

iii- Workload yang sangat banyak yer..dan banyak yang adhoc. Terkejar-kejar. Terutama if ada lawatan PM/ Menteri ke negara2 Asia Tenggara, banyakkkk la perkara nak kena uruskan.

iv- Unit ini adalah unit yang paling kecil yang pernah I kerja. 1 x KPSU, 1 x PSU dan setengah PT(PO). Kenapa setengah? Sebab PT kena share dengan unit lain. Dah la kerja huru hara, nak delegate pun tak boleh sangat.Haha..nasib badan..

v - Banyak outstation. Terutama bila menteri baru. Kena banyak buat courtesy call untuk negara2 jiran.

However, I bersyukur sebab banyakkkk improvement dalam tahun ini. Terutama my networking dengan kementerian2 lain, agensi dan perkhidmatan dan make new friends with counterparts di dalam dan luar negara.

New knowledge memang agak banyak. Kena banyak membaca berkenaan dengan geopolitik, hubungan antarabangsa, Malaysian stance dalam current issues (Myanmar, Palestine, Laut China Selatan dll)

So far, tahun ini la paling banyak I keluar negara. I dah ke Singapore, Brunei dan Indonesia. In few weeks akan ke Vietnam pulak. Terisi la sikit my passport. Or else sendu je..kahkahkah..

Berkenaan family, my nukleus family, nothing much. Keluarga besar pulak, Amru dan Amiri dah balik dari Australia. Alhamdulillah..ibu la yang paling happy.

Kesihatan ibu ayah, mak dan abah alhamdulillah masih baik.

Mr Hubby masuk ward sebab batu karang. Sekarang undergo traditional treatment dulu. Selain itu, alhamdulillah masih sihat.

My kids - Aisyah dah makin pandai membaca, iqra' pun dah masuk iqra 5. Azizah masih belum boleh bercakap. Bahasa masih alien, ada terkeluar diddy, kakak, gert (nugget) dll..Sofea dah Form 1. Jalan kaki pergi balik sekolah. Not doing very ggod in her academic. Nak kena monitor. Imaan dan Hannah alhamdulillah doing very well at school.

Dah 2 month kot, kami dah mula konsisten baca taklim selepas maghrib. Doakan kami istiqamah.

Tahun ini pun, I dah cuba konsisten puasa Isnin, Khamis. Nak cuba upkan ke puasa hari putih juga. Mohon doakan.

Masih ada sebulan setengah lagi nak habis tahun 2023. 

Semoga 2024 mebih bersinar cerah untuk kita semua..InsyaAllah amiin..


No comments:

Post a Comment