Thursday, March 21, 2024

Vietnam - Catatan 3 hari lawatan rasmi (2023)

Ini throwback post. Lupa nak publish..huhu


Salam all,

Kurang sebulan lagi kita nak ke tahun 2024. Sis sempat bertugas lagi hujung2 tahun ni ke Hanoi.

Menginap di Melia Hotel, cuaca sejuk (18 - 24 degrees), tapi ada haze. Mula2 ingatkan kabus..haha

Ini saja nak share things about Hanoi/ Vietnam yang I pun baru tau:

1. Satu2nya negara yang berstatus rakan strategik Malaysia.

2. Hanoi adalah bandar ketiga yang mempunyai pencemaran udara paling tinggi di dunia, hence the haze.

3. Tak ramai pelancong melawat Hanoi sebab ia lebih kepada pusat pentadbiran. Ramai pelancong lebih berminat ke Ho Chi Minh.

4.    Bandar Hanoi boleh diibaratkan macam Kota Bharu, lebih tradisional.

5.    Trafic agak kurang bagus, banyak motor. Tapi jem masih tak seteruk Jakarta ya..Jakarta masih mendahului carta bandar yang paling jem yang sis pernah experience.

6.    Kalau diperhatikan nombor plat, ada beberapa warna latar. Kalau latar warna merah, maksudnya kenderaan milik tentera, kalau biru, milik jabatan kerajaan, kalau yang latar putih, kenderaan awam dan dah habis hutang bank. Yang plat latar kuning, juga milik orang awam tapi yang masih ada hutang bank. Bayangkan kalau kat Malaysia buat macam tu..berapa byk la yang plat kereta warna kuning kita boleh nampak?

7.       Makanan di Hanoi lebih dipengaruhi unsur-unsur makanan Chinese. Banyak yang bersup dan berkukus. Makanan yang paling popular adalah Pho (sebutan adalah Fer). Yang macam kita makan Vietnamese noodle di Secret Recepi, tapi lebih tawar seperti mana kebiasaan makanan Chinese. Vietnamese roll pun ada. Secara dasarnya makanan Vietnam adalah lebih sihat dan bagus untuk kesihatan dan diet. 

Hari last sebelum balik, kami lunch di Kedutaan Malaysia di Hanoi

Vietnam terkenal dengan kopinya sendiri, tapi teh pun ada juga..

Ini menu lunch di kedutaan

Ini dinner on our 1st day. DA bawa ke restoran Indonesia.

MOU signing. Nak kejarkan date nak siapkan MOU ni memang perit kalau diingatkan..huhu

Kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam

Kekacang dan kuih tradisional Vietnam semasa official dinner


Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. HOD pun happy. Mission accomplished.

No comments:

Post a Comment