Tuesday, December 31, 2013

Belasungkawa : Selamat tinggal adikku, Muhammad Uwis bin Mohd Mansor



27 November 2013.

Tarikh yang kami sekeluarga takkan lupa.

Kurang lebih jam 3 pagi, Ibu menerima panggilan daripada ustaz di Mesir, mengkhabarkan berita duka tentang pemergiaan adinda bongsu kami.

SMS dari ibu hanya aku baca pada jam 5.00 pagi.

"INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN."

"Al fatihah untk ank bongsuku mohd uwis, semoga rohnya ditempatkn org2 yg beriman"

Terasa gugur jantung. Terus telefon ibu. Manalah tahu ibu bermimpi.

Hakikatnya, memang Allah lebih menyayangi adikku.

Allahu Rabbi...sedihnya hanya Allah yang tahu.

Arwah meninggal semasa masih berjihad menghabiskan pengajian perubatan di tahun ke 5, Universiti Mausoura, Mesir. Laporan post moterm melaporkan arwah mengalami masalah pernafasan.

Sepanjang 24 hidup arwah memang menjadi penghibur kami sekeluarga. Periang, suka melawak.
Jarang, malah mungkin tak pernah aku tengok arwah bersedih.

 
Cuma semasa cuti selepas hari raya, arwah betul2 berubah. Tak happy. Langsung tak melawak. Sempat juga aku bawak arwah ikut ke Kedah sama-sama menginap di hotel sama-sama dengan Mimi sekeluarga. Arwah asyik cakap nak balik Kelantan cepat-cepat. Nak jumpa ibu. Rindu, katanya.

Semasa di rumah aku pun, arwah ada sekali dua bagitau yang dia rasa tak nak sambung dah. Tak nak menyusahkan ibu ayah cari duit untuk dia belajar lagi.. Arwah anak yang baik, taat ibu ayah.

Ayah sampai langsung tak boleh dengar nama arwah sejak arwah pergi. Memang ayah akan menangis teresak-esak. Arwah memang kesayangan kami.

Ya Allah, ampunilah segala dosa adikku. Tempatkanlah dia  di kalangan hambuMu yang Engkau cintai. Wahai para malaikat, hiburkanlah adikku di sana. Semoga dapat kami bertemu lagi di Syurga nanti.....

No comments:

Post a Comment