Selamat tinggal 2013.
Tahun yang paling kejam terhadap diri aku, tahun ini lah.
Bermacam dugaan, bermacam ujian.
Tahun yang paling banyak aku mengalirkan air mata.
Tahun aku belajar erti kesabaran yang sebenar. Tahun yang mengajar aku tentang erti kesakitan hati yang amat sangat. Tahun kehilangan adik aku yang bongsu, yang paling aku sayang, Muhammad Uwis bin Mohd Mansor.
Aku berharap sangat agar segalanya membentuk diri aku yang lebih kuat, lebih tabah. Walau tiada siapa dapat memastikan sama ada aku mampu bertahan seperti ini lagi sekiranya perkara yang sama berlaku.
Selamat datang tahun 2014, sila bersopan dan berlemah lembut dengan aku, ya... Aku sudah terlalu fragile untuk sakit lagi....
No comments:
Post a Comment