Wednesday, July 30, 2014

Ujian Ramadhan 2014M/1435H

Alhamdulillah..Berjaya jugak bertemu dengan Ramadhan tahun ini..Ramadhan tahun depan masih belum tentu..

Pun begitu memang puasa tahun ini sangat mencabar mental dan fizikal..

Pertama, cuaca. Memang 'ramadh' (panas) dalam erti kata yang sebenar. Terik dan berbahang. Jemur kain memang garing. Silap2 jemur karpet tebal pun boleh kering. Crispy gitu..

Kedua, keadaan badan yang sedang mengandung. Memang letih, lesu, penat, asyik nak tidur, nak duduk dalam bilik ekon je memanjang. Memang mengada. Huh! Dengan sarat 6,7 bulan mengandung, memang asyik nak terkucil jer. Minum masa sahur bukanlah bergelen2..tapi kalau dah asyik terkucil memang lgi kering la rasa badan.

Ketiga, assignment dan study yang perlu focus. Serius aku rasa angkat laptop ke hulu hilir dengan buku2 teks adalah sangat menyeksakan. Rasa nak upah orang je tolong angkutkan bagi pihak. Huhuhu..sadis. Lagi2 kalau nak kena gi library,kena naik tangga.Bertangga2. Memang cramp pinggang. Exacly lepas raya pulak ada proposal defence di UUM. Presentation tak payah cakap la..memang berderet. A week after minggu di UUM terus exam final 2 paper. Biol sekejap.

Keempat, kami dah pindah masuk rumah baru. Finally..Alhamdulillah. 1st Ramadhan sewa lori 5 tan angkut semua barang. Itupun lepas berdebat dengan Mr Hubby yang beria tak nak sewa lori. konon nak angkat sikit2 dengan van lama abah. Hoii..dia ingat kerja senang? Dengan peti ais, mesin basuh, meja makan 8 kerusi, almari segala..dengan puasa lagi..bila nak abis? Aku rela la bayar RM500 kat orang lori dengan 2 orang pekerja dia. Asal sekali gus boleh pindah. Nak kemas pun senang. Itupun ada ke dia nak nego mlm sebelum pindah tu nak guna lori 1 tan jer..beria cakap, "barang I tak banyak pun, boss..sikit saja..satu tan pun sudah cukup.." Sekali kaauuu..dah la 5 tan penuh, itupun dah byk giler barang2 berkotak2 yang dah angkut runcit sebelum tu. Kat rumah lama pun ada lagi barang2 kecik macam bangku2, tong2 sampah, jam2 dinding, mainan anak2 sikit2..

Kelima, factor kewangan. Dah la renovation dah berhabis banyak. Cerita pindah pun berhabis jugak. Dah masuk rumah pun, nak pasang kipas2, aircond2, cabinet dapur, hood, hub, dapur masak segala...memang botak. Tambah lagi nak raya..huhuhu..itupun aku dok menahan je nafsu nak membeli karpet, set sofa, katil king semua..walaupun sale memanggil2 di sana sini...(T__________T)
Sanggup la kami anak beranak menonton tv kat lantai je, tido pun bentang toto je dulu. Dah tak nak berhutang kekdahnya. Sebenarnya set sofa dengan set bilik tidur semua kami tinggal kat rumah lama. Memang bercadang nak beli baru. Cuma kena sabaaaaarrrr la sekarang ni dengan kewangan yang terhad. Mr Hubby pun tak sampai 3 bulan bekerja di tempat baru. Dengan check up mengandung lagi di PMC. Eh, memang ujian la. Nak kena sabaaarrr betul tahun ini. Adalah hikmahnya di mana2..





Teaser umah baru..Mr Hubby tgh pasang kipas kat ruang tamu..

Pasal rumah kena cerita entry lain.. (^___^)V









Tuesday, May 6, 2014

Wean off Imaan

Ini pun cerita bulan lepas....nggeeeee...aptb..
 
Kiranya dah sebulan lebih dah Imaan officially bercerai susu dengan ummi. Start je tahu aku mengandung, dah berazam kena wean off cepat. lagi pun kawan dah 2 tahun Januari lepas. Dah terlebih dah minum susu ummi ni.
 
Sebelum April dah ada hint2 bagitau, Imaan dah besar...dah tak payah susu ngan ummi lagi..tapi biasanya tak berjaya sebab aku cepat kesian..
 
Tapi dah lama2 susu pun dah takder, setiap kali dia menyusu, memang rasa sakit sangat...so, awal April, start serius. Mula2 memamg melalak..for surelah kan..tapi keraskan hati jugak..popok2 bontot..last2 tertidur balik kepenatan...
 
Dah 3,4 hari, Imaan langsung dah tak terjaga mintak 'kuk' di tengah malam. Oh, lagi satu, aku avoid eye contact time dia mintak 'kuk' tu. Nanti aku kesian. Aku pandang tempat lain like telefon ke, tivi ke...sambil geleng2 cakap 'NO' firmly.
 
So, Alhamdulillah berjaya. Tak perlu asam jawa, lipstick merah, bawang putih semua..Allah mudahkan wean off Imaan ni..
 
Imaan Ummi

Permata hati Ummi
 

Sofea ke tadika

Hoi..dah bulan Mei kooottt.....baru nak up cerita Sofea masuk sekolah..Hahaha..kelembapan apakah ini??? Orang lain berpusu-pusu up cerita hari pertama lagi..
 
Tak per..better late than never katanya..muahaha
 
Okay, 2014 Sofea masuk 4 tahun. Daripada duduk melnagut tengok tv je kat umah opah, moh la hantar sekolah. Sama sekolah dengan sepupu2nya- Kak Chik, 5 tahun ngan Abang Naufal, 6 tahun.
 
Senang sekali harung atuk amik tiga2 sekali. Nama tadikanya Mayang Sari Montessari kat Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
 
 
 
 
 
Hari pertama sekolah.Berbeza dengan time hantar pagi tu, balik dua2 ceria buat artwork kat sekolah.

Imaan pun nak nyibuk main kat playground sekolah Kak Sofea. Ni hari kedua.



Salah satu tarikan budak2 nak gi sekolah. Ada pool.

Area sekolah

Artwork budak2

Ini pun hari kedua. Mula2 ok lagi..Pas tu, uwaaaa.....anak sapa lah ni..huhu
Ini masa breakfast kat mamak hari pertama sebelum masuk sekolah. Tak nak pakai baju sekolah. Tengok Kak Chik pakai, baru tukar dalam kereta...(-_-)"
 
Setakat ini Sofea seronok dah sekolah. Nak2 time ada main air kat sekolah. Akademik pun okay. Dah banyak yang tahu. Walaupun aku tak nak stresskan budak2 besar ni dengan akademik sangat.

 
Ada sekali Mak Cho dia bagi laporan yang Teacher Joyce cakap yang Sofea masih tak kenal huruf F sampai M...Aku dah macam..what the heck?? Biar la...tu baru 3 bulan masuk sekolah koottt...daripada sebelum sekolah satu patah huruf pun tak kenal.
 
Aku lagi suka sekolah tekankan pasal social skill ke, perkembangan motor skill, manners, how to appreciate people etc2...
 
Itu aku la..anak tak sekolah pun aku tak de lah menggelabah sangat..kalu dah Ahad tu malam baru balik bercuti, dah sure la budak tu penat. Tak nak la aku nak memaksa2. Tambah2 bila aku cuti belajar ni...memang nak sangat anak ada kat umah ngan aku time aku tak de kelas..Heh...
 
Ntah aku sorang yang macam ni..aku pun tak tau. Lain parents, lain caranya..terpulanglah pada kesesuaian masing2. Gitteewww...
 
 
 

Friday, January 10, 2014

Selamat Hari Lahir yang ke-2 tahun, Durratul Imaan.

10 Januari 2014. Dua tahun sudah anak ummi ni.
 

Kalau nak dibandingkan dengan Sofea, by this time Sofea dulu dah ada adik. Jadi proses kematangan Sofea memang cepat. Imaan ni kami masih nampak macam baby, despite of her bigger size..hehehe

Bercakap still yang basic macam 'daddy', 'pah' (opah), 'ngok' (tengok), 'jom', 'yak' (berak), 'kak' (kakak), 'wat' (orang ni buat - mengadulah ni), 'nak', 'tuuu', 'niii'..dan beberapa patah lagi.

Yang tak berapa best sebab Imaan tak pandai lagi paggil 'ummi'.. (-____-)" Ada la kot dia 'ter'panggil tapi mcm tak clear sgt. Ntah hapa yg dia sebut ntah..hehe







Imaan sukaaaa sangat berus gigi. Kalau Sofea dulu memang boleh bersilat nak suruh buka mulut berus gigi, tapi Imaan, kita sampai kena sorok berus gigi dari dia. Kalau dia nangis, hulur je berus gigi, terus diam..haih.
 
Suka sangat makan telur rebus. Tapi yang putih je, telur kuning dia tak suka.
 
Suka jugak dengan tembikai. Kalau tengah gaduh berebut barang dengan kakak dia, hulur je tembikai, terus mengalah sebab nakkan tembikai. Pisang pun Imaan suka.
 
Masih menyusu direct dengan ummi. Tapi botol susu, tak suka. Rela minum air masak je kat rumah pengasuh sampai ummi balik baru menyusu. Kalau nak menyusu, Imaan akan sebut, 'kuk'. Hahaha..ntah mana dia belajar tapi kalau dia data dekat, pas sebut 'kuk', itu nak menyusu la tu...
 

Imaan tak de masalah makan. Dia suka makan.



Kawan berebut dan bergaduh dengan kakak Sofea.




Ummi doakan anak ummi membesar jadi anak yang solehah, baik budi pekerti, cerdik, berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Amiin...
 
Ummi saaaayaaaaang Imaan. 
 

Thursday, January 9, 2014

Perjalanan untuk memiliki sebuah rumah idaman II

Sambungan daripada entry mengenai rumah idaman kami sebelum ini di sini, sekarang statusnya adalah dalam proses renovasi. Kami dapat kontraktor yang lain dari yang pernah aku maklumkan dalam entri tu. Alamdulillah, setakat ini rumah pun dalam seminggu dua lagi insyaAllah siap.
 
Jom tengok progress renovation. Proses reno ni start dari akhir bulan Nov 2013.
 
 
Ruang keluarga depan bilik master. Mungkin juga dijadikan dining area.

Bilik sebelah master. Pun kami besarkan sikit. Cadangnya mungkin buat bilik anak dara dua orang ni.

Bilik master yang kami besarkan dalam 5 kaki dari yang asal

Ruang tamu. Pandangan dari depan bilik master.

Bilik no. 2. Cadangnya nak dijadikan bilik tetamu.

Bilik kedua pandangan dari porch.

Dari luar pagar

Porch

Sebelah pagar kami cadang nak bercucuk tanam sikit. So, tak nak tile kawasan antara tepi tiang dan pagar tu.

Dari luar pagar
 
 
Mengikut kata Amir, kontraktor yang reno rumah ni, dalam akhir bulan Jan ni InsyaAllah dah boleh pindah..insyaAllah..

Hye, 2014. Let's talk about resolution.

Tahun 2013 punya azam were these..
 

1/ Learn how to sew. At least do some curtain projects for my home.
2/ Read at least a book a month.
3/ No procrastination in doing assignments
4/ Doubled my savings
5/ Sell something. Either pre-loved items of mine, or some jewelleries, may be..I'm targetting at least 5 items.
6/ Try the most to perform dhuha prayer everyday
7/ To get landed house for our family

 
Post moterm sikit.. I just manage to accomplished item no. 4, 5, 6 and 7.
 
Yang 3 kat atas fail sikit. Huhuhu.. so, macam biasa, kita carry forward ke tahun 2014.
 
Alasan tak berjaya sebab yg no. 1 tu tak beli mesin jahit lagi. Kenapa tak beli? Sebab tunggu masuk rumah baru, baru beli. Yg no. 2 sebab aku sibuk. Just manage baca buku pelajaran je..(propa sangat,kan?) Yg ke3, pun sebab aku bizi. Apa yang disibukkan pun aku sendiri tak berapa pasti. Itu memang penyakit. Penyakit suka menangguh. Contoh terdekat ialah macam update blog ni. Dah masuk minggu kedua tahun 2014, baru nak berazam. (-___-)''
 
Jadi, untuk tahun 2014, azam aku adalah...*drum roll*
 
1/ Learn how to sew.
2/ Read at least a book a month.
3/ No procrastination in doing assignments
4/ Triple my savings
5/ Try the most to perform dhuha prayer everyday
6/ Baca Al-Kahfi setiap Jumaat
7/ Belajar untuk melabur dalam saham
 
No. 1 - 5 adalah carry forward dari tahun lepas..ngeh..ngeh..cuma tang savings kena bersungguh-sungguh sikit. Kena kawal nafsu lebih sikit. Sebab savings tahun lepas yang konon dah double tu abis untuk renovate rumah..Huhuhuhu...
 
 
 
Ini untuk meralisasikan azam no. 7. Baru dapat semalam. CDS akaun pun baru nak bukak. Tak pe, kita take one step at a time. Ok lah ni..Rather than not taking any step,kan?
 
Btw, I have a bigger and better dream. Kind of long term objective.
 
I want to be a FULLTIME HOUSEWIFE.
 
So, sesambil membesarkan anak-anak, boleh la kita accumulate wealth by invest in saham. Ni sesambil duduk kat rumah pun boleh.
 
InsyaAllah...amin.