Friday, November 20, 2015

Diaper (less)

Dah lebih kurang 2 minggu cubaan Sofea untuk tidur tanpa diaper. Few nights went successfully..(kadang2 ada jugak terkucil, tambah2 kalau time lupa nak suruh dia kosongkan bladder sebelum tidur..)

Until..last night

Dah mintak dia kencing (pardon the word, please) dulu sebelum tido. Done.

Dalam jam 2 pagi, dia bangun lagi untuk ke tandas. Fine.

Aku dah macam, yay!! Dah tak perlu tukar cadar selang sehari.. Tapi itu hanyalah ilusi, ya puan-puan... 

Boleh pulak time kejutkan dia pagi ni, ada some sort of 'peta' around her..hehe

Gelak je la yang aku mampu. Hey, kan dah ke toilet 2 kali??? takkan minum banyak sangat sampai boleh terkucil lagi atas katil?

So, dengan susah payahlah masukkan cadar n duvet cover sebelum keluar rumah pagi ni. Kalau tak, memang 'harum' la seluruh rumah.

Monday, November 9, 2015

Pernah tengok filem dengan satu ekspektasi yang tinggi, kemudian ekspektasi itu hancur?


Aku pernah. Dalam kata lain, biasa.

Tambah-tambah filem kita.

Semalam, tengok Polis Evo. Mintak Syahrul send ke phone supaya senang nak tengok bila-bila masa. Kalau nak tunggu mak-mak tengok movie 2 jam secara pegun, memang taklah..jadi, kalau dalam phone, sekejap-sekejap boleh pause, lepas tu, sambung balik..begitulah.

Pic : google

Tapi..itulah..ekspektasi tinggi menggunung memang payah nak handle kekecewaan.

Okay, aku tak akan detail sangat sampai membunuh minat orang lain menonton. Cuma, next time, pleaselah..pleaseeee...janganlah nampak polis kita ni tak cerdik sangat, boleh? Aku sure polis kita jauh lagi cerdik dari apa yang filem ni tunjuk. Filem kita, wajah kita, tahu???

Contoh, waktu Inspektor dua orang tu dah terlepas dari penjahat semasa recce tempat pembuatan dadah tu, kenapa nak kena pergi balik ke tempat tu? Akal yang tak cerdik pun boleh fikir takkan penjahat tu nak stay kat tempat tu lagi kalau dah memang tau polis dah discover tempat tu?? Pergi dengan bawak truck polis, kereta peronda segala...like, seriously

Itu belum lagi adegan-adegan lain yang tak masuk akal..

Tak pastilah sama ada filem-filem macam ini ada go thru PDRM dulu ke, untuk pengesahan. At least tak de la abang-abang, kakak-kakak polis kita tengok filem ni, rasa macam frust. Sebab tak menggambarkan aktiviti sebenar bidang kepolisan.

Macam kalau dulu-dulu, drama yang ada adegan doktor/ hospital, mesti kena komplen dengan ayah..eh, mana ada prosedur macam tu, kata ayah..salah tu..eh, mana boleh bedah orang pakai jam tangan, salah SOP tu..dan macam-macam lagi..

Lepas ini, tak tahulah aku nak lagi tak berekspektasi tinggi menonton filem. Impak kecewa ini mungkin lama.. (T__T)


Masalah jadi anak tengah

Imaan demam dari malam tadi.

Bangun pagi ni, tak nak mandi. Nak Milo. Bergegas Ummi ke dapur buatkan. Syukur sekurang-kurangnya Imaan masih lalu nak minum. Lagipun muka tetap senyum walaupun badan panas.

Boleh tahan suka melawa

Imaan anak tengah. Jadi, perangai Imaan ni macam tersepit. Sama ada nak jadi manja macam adik-adik, dia sendiri pun ada Hannah. Nak jadi berdikari sangat macam kakak-kakak, dia pun ada Kak Sofea (Kak Chocha, ikut pelat Imaan). Jadi Imaan ni macam confius kot.

Dengan Daddy, Imaan agak 'panas' sikit. Sebab Imaan sukaaaaa sangat menjawab Daddynya.

Contoh, Hannah tengah merangkak pelan-pelan. Sampai dekat kaki Imaan, dia pijak jari tangan Hannah dengan kaki dia. Bila kita tegur kenapa pijak tangan adik?, Imaan akan jawab, "Imaan bukan pijak, Imaan cuma macam ni jer..."Sambil aksi pijak lagi tangan Hannah. Kalau tak kuat iman, memang rasa nak piat... 

Contoh kedua, Daddy dia tengah baring terlentang sambil tengok tivi. Imaan datang nak hempas badan atas perut Daddy, macam biasa. 

Daddynya larang, "Imaan, jangan lompat atas Daddy tau..Daddy nak tengok tivi jap.."

"Okay, Daddy.." Pooommm..terus lompat atas badan Daddy. Memang tak makan saman.

Hobi Imaan sekarang ialah dukung Hannah. Tak kiralah Hannah tengah merangkak, tengah meniti tepi meja, tengah khusyuk main, tengah apa-apa pun, Imaan suka sangat nak dukung. Jenis dukung letak tangan bawah ketiak. Kadang-kadang main sempat dia je angkat bawah dagu. Terjerit-jerit aku suruh letak balik..(T__T)

Banding dengan Sofea, Imaan jauh lebih peramah. Pergi mana-mana, jumpa sapa-sapa pun, dia cepat je "Hai!" senyum sambil lambai2. Petang-petang kadang-kadang sesambil dukung Hannah di kawasan perumahan tu, Imaan akan ikut sambil hai-hai sana-sini.. Kalau yang sporting memang akan balas hai dia balik.Siap ada yang ajak masuk rumah.. Yang kurang sporting akan jeling-jeling macamkan anak aku nak tebas pokok bunga dia..hahaha..

Lagi satu, walaupun lasak, Imaan suka pakai baju 'pusing' aka baju gown. Kalau dia malas mandi pagi, umpan je dengan baju pusing, terus senyum simpul nak mandi.




Boss (es)

Main kat ofis ummi

Bila sesekali dia demam macam hari ni, macam ada perasaan sayu dalam hati. Sebab dia bukan jenis mengada-ngada. Nasib baiklah esok cuti sempena Deepavali. Boleh la nak layan kalau dia request nak makan apa-apa..

Ini bukan gambar demam. Ini gambar Imaan 'pengsan' sebab penat mandi kat Tambun Waterpark.. :)


Wednesday, November 4, 2015

Cantik Luar, cantik dalam ..semua kita nak.

Salam semua..

Hari ini nak sembang pasal kecantikan lahiriah sikit, boleh? Kecantikan rohaniah kita cerita lain kali,deh..hihi

Kalau orang yang kenal aku, memang faham yang aku takkan berkongsi benda yang aku tak pakai. Kalau aku pakai pun, pas tu aku tak suka, pun aku tak akan suggest orang pakai.

So, ini nak share pasal produk yang hari-hari kita (yang pompuan) pakai. Ini pasal BB Cream yang OHSEM. *mata bersinar-sinar teruja*

Biasanya, sebelum kita tepek mekap, kita tepek dulu BB Cream (Blemish Balm Cream) or foundation, kan. Baru kulit lebih nampak sekata dan flawless..gituu..

Eh, sebelum itu, apa beza foundation dengan BB Cream? Bukan ke sama je ke? Eh, takkkk okayyy..


  • Basically, tekstur foundation adalah lebih berat daripada BB Cream. Melalui pengalaman, pemakaian foundation akan membuatkan kita rasa sedikit cakey kat muka. So, kalau untuk pemakaian hari2 adalah lebih baik pakai BB Cream. Kalau untuk function ke, dinner ke, majlis kahwin ke, baru disarankan pakai foundation
  • BB Cream pulak bertindak lebih dari untuk cover kulit wajah yang sekata. All in one sebagai moisturiser, sun block, foundation dan anti-aging. Senang,kan? Sekali harung je.

Sebelum ni, memang banyak jenis cream yang aku guna. , tak semua cream sesuai dengan kulit muka kita. Kadang2 cream dah ok, warna pulak bercapuk-capuk. Dah macam tepung gomak..mencik.

So, meh rapat sikit nak citer pasal BB Cream dari Seqy Beauty yang besh nih.




Apa yang best sangat? Apa yang beza dengan BB Cream lain?


  • Bezanya, PERTAMA, dari segi kualiti creamnya yang senang rata dan meresap elok kat kulit muka. Kalau biasa dengan pemakain foundation, kita akan rasa flaky dan cakey je muka, ye dok? Tapi BB Cream Seqy Beauty ni memang ringan dan smooth. Calit2 sikit dan ratakan..terus muka jadi berseri2..serius..tak tipu..aku dah botol kedua dah ni..hehe

Gambar last week dengan Hannah. Pakai BB Cream je. Malas nak mekap..huhu

Hari lain tapi tudung sama..haha



  • KEDUA, botolnya slim melim boleh menyelit je kat mana2 beg. Beg mekap takkan jadi segedebuk besar. Tak pun, selit je dalam handbeg. Besr sikit je dari pen marker saiznya. Tapi, kecik2 cili padi..aauummmm.. Walaupun kicik, tapi tahan lama. Sebotol yang aku dok pakai hari2 pegi kerja, pegi berjalan..tahan dalam 2,3 bulan.

Slim

  • KETIGA, foundernya, Zuhana aka Sepet adalah pharmacist yang tahu hal ehwal chemical yang buat ubat ni semua..so, lagilah aku confident,kan? Dan, BB Cream Seqy Beauty ni ada kelulusan KKM. So, insyaAllah tak de side effect. Yang effect ialah muka kita akan lebih glowy dan bersinar-sinar..chewaaahh..

Cara nak guna BB Cream ni senang jer..lepas cuci muka pagi-pagi, lap sampai kering. Lepas tu apply toner, then serum (kalau ada). Dah kering serum tu, picit je BB Cream kat tangan, then dab and apply secara menyeluruh kat muka. Aku kan lebihkan sikit part2 yang bermasalah macam bawah mata dan tempat-tepmat parut jerawat.

Lepas tu, boleh la apply compact powder dan mekap macam biasa. Mekap kita jugak akan tahan lebih lama sebab krim ini tak berminyak. Best, kan??

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal BB Cream ni, boleh la jenguk blog pengasas Seqy Beauty ni di link berikut. Testimoni gempak2 pun ada...




Berminat? Kalau nak dapatkan BB Cream ni, ada pelbagai cara. Kalau nak tahu study lagi pasal produk ni, boleh ke http://seqybeauty.blogspot.my/.

Kalau nak beli secara online, uols boleh ke http://seqybeauty.shoppy.my/.

Dan follow ig Seqy Beauty untuk tahu info semasa tentang produk di https://instagram.com/seqybeauty.

Tak pun, kalau susah sangat Whats App je terus ke 011-2107 6726.

Dalam website, senarai agen berdekatan pun ada. Aku hari tu, order dengan agen je, berdesup terus sampai depan rumah..hehehe..

Produk bagus, servis bagus. Takkan tak promote, ye dok?

Yang kanan tu yang lama. Abis tanggal cover dengan penutup anak-anak kerjakan..redho je lah..




Friday, October 30, 2015

Penyakit Suka Membanding-banding

Salam Semua...sihat ke hari Jumaat ni?

Sumber : Google

Perasan tak, punca ketidak bahagiaan kita biasanya disebabkan perangai kita yang suka benar nak banding-bandingkan hidup dengan orang lain. Dengan kata lain, too busy counting other people's blessings

Tambah-tambah dengan teknologi sekarang, semua berupdate... Orang bercuti keluar negara, kita bandingkan dengan diri kita yang pasport pun tak pernah ada.. Orang share pasal anak, kita kawin pun belum, orang makan mewah2 sedap2, kita sakit tekak pulak, orang pakai kereta Rolls Royce, kita cuma ada motor cabuk je, orang selfie muka lawa, kita bandingkan dengan hidung kita pesek..dan senarainya berterusan..semua benda kita rasa orang lain lagi bagus daripada kita.

Kalau dah semua benda kita nampak orang lain lebih, kita secara autobot eh, automatiknya kita akan jadi down. Dah..tak pasal2 muka monyok muncung. Pasal? Sebab tadi tengok orang tu share husband dia kasik cincin diamond besar segedabak seberat 2 kilogram. Kita jeles. So, terus bandingkan dengan husband sendiri yang anniversary kawin pun kita kena whatsapp ingatkan..haha

Sudah sudah lah tu..syukur lah kita dengan apa adanya. Kalau nak berbanding bertanding, sampai bila nak habis? Nafsu kita takkan pernah puas.

Another thing, jangan tertipu sangat dengan madah berhelah di laman sosial ni. Yang ditunjukkan ialah apa yang mereka nak orang fikir pasal hidup mereka. Entahkan yang dapat cincin tu baru setengah mati bergaduh sampai baling2 periuk? Ada dia cerita?? Tak de, okay.

So, jangan susah hati fikirkan apa yang kita tak ada. Cherish what we have, instead.


Thursday, October 29, 2015

Meroyan / Post-Natal Depression : Pengalaman sendiri

Salam semua,

Sejak sehari dua ni, newsfeed pasal meroyan ni banyak betul kat FB. Sejak ada kes yang ibu yang baru 10 hari lahirkan anak, terjun bunuh diri dari tingkat 26 apartment


Ini perkongsian daripada Norfaradina Ab Ghafar's post which I think is very true.

Meroyan adalah universal, bukan mitos orang Melayu sahaja
Saya lahirkan Aminah pertengahan musim luruh, dan Zainab, penghujung musim luruh, transition antara musim luruh ke musim sejuk. Jadi waktu tersebut jangan kata hati muram, hari pun suram. Siang lebih pendek, dedaunan kekuningan berguguran jatuh ke bumi. Duduk di tepi tingkap rumah pandang ke pokok-pokok yang semakin botak, hati rasa sayu tiba-tiba bercampur baur tak tau hendak kata macam mana. Saya berpantang sendirian cuma ditemani anak-anak dan suami. Tiada mandi air akar kayu, tungku herba, ikan haruan, barut bagai yang ada cuma sebuah harapan kalaulah Malaysia dengan UK tu dekat. Urut pun sendiri-sendiri je kirim minyak afiat dekat orang yang balik Malaysia, suami saya urutkan mana yang dia reti.
Dipendekkan cerita, semasa saya lahirkan Aminah pada 2012, dan Zainab pada 2014 health visitor (pelawat kesihatan NHS yang akan pergi ke rumah untuk memantau keadaan ibu dan bayi sebaik discharge daripada perkhidmatan midwives) berkata bahawa saya seperti ada menunjukkan simptom 'on the edge of post natal depression'. Walaupun saya menafikan sekeras-kerasnya dan bertegas bahawa saya merasa gembira. Pada kelahiran Zainab health visitor saya siap hantar surat kepada GP dan pusat kesihatan daerah untuk terapi dan group discussion di Westminster and Chelsea Hospital. Dalam kedua-dua insiden, bila health visitor pergi, saya selami dalam diri dan memang benar, saya dapat merasakan seolah ada satu kekosongan dalam hati yang di luar kawalan saya, membuatkan saya rasa seperti ingin menangis, tapi tak tahu kenapa.
Faktor penyumbang? Bukan pengabaian oleh sesiapa (suami, keluarga, jiran, pihak berkuasa ke) bukan juga stress sebab tak dapat bagi susu badan (alhamdulillah saya susukan anak-anak saya dari lepas lahir sehingga 2 tahun), bukan stress sebab letih dengan anak-anak yang lebih besar. Tapi sebab hati. Dalam hati ini ada macam satu rasa kosong. Orang mengandung, selama sembilan bulan tu badan mereka mengalami banyak perubahan hormon, kimia dan bentuk. Bila bayi dah selamat keluar, segala hormon dan kimia yang dah bertapa dalam badannya akan berubah rentak secara tiba-tiba. Bayangkan di saat badan dia dah lali dah biasa dengan perubahan hormon dan kimia tu, tiba-tiba ia perlu ditukar lagi. Mesti lah huru-hara sedikit rasa sedih, sayu, touching. Hormone dan kimia dalam badan kita ini bukan macam channel astro tau, tekan remote boleh ditukar-tukar. Ianya adalah satu proses yang rumit.
Health visitor mencadangkan saya supaya buat apa yang saya suka, dan berbanggalah dengan hasilnya, orang putih panggil 'take pride'. Jangan bermuram durja. Dia suruh saya overcome.
Perlahan-lahan saya isi kekosongan dalam hati, rasa nak menangis rasa murung tu dengan sesuatu yang lain. Saya take pride dengan anak-anak. Tengok bagaimana anak-anak yang lebih tua belajar menerima kehadiran adik mereka, siapkan anak-anak hari-hari, catat setiap perkembangan mereka, ambil gambar, share gambar tersebut dan perkembangan mereka dalam FB misalnya dengan sesiapa yang boleh buka hatinya untuk baca dan tahu. Kalau dia tak suka dia boleh padamkan dari ingatan, kalau dia suka gambar yang dia tengok, apa yang dia baca, dia boleh selitkan doa yang baik. Kalau dia baca tanpa perasaan, dia boleh abaikan seperti angin lalu.
Orang 'take pride' ke atas sesuatu perkara dalam hidup mereka untuk overcome perkara lain yang membuatkan mereka bersedih, murung, rindu, kehilangan, tekanan, rasa nak membunuh dan lain-lain perkara yang negatif. Ada juga yang berkongsi apa yang mereka 'take pride' ini di laman sosial misalnya sebagai satu cara untuk mendapatkan sokongan, kata-kata yang baik, doa, nasihat dan mungkin juga sebagai cara untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan yang memahami dan 'sekapal'. Bukan sebab nak riak, nak buat orang lain tertekan, nak bagi orang lain cemburu, atau nak sakitkan hati orang lain. Setiap orang ada bahagian masing-masing, ada minat masing-masing. Ada benda yang dia suka, dia 'take pride in one particular thing'.
Apa kepentingan mengisi kekosongan hati yang dirasai selepas bersalin ini? Ia untuk mengelak kita daripada merasa murung dan kosong. Apabila perasaan murung, hati rasa kosong, idea yang negatif mudah hadir. Di UK dan US memang ada kes ibu yang baru lepas melahirkan bunuh anak yang baru dilahirkan. Atau bunuh anak yang lebih tua dengan cara lemaskan dalam bath tub. Atau abaikan anak sehingga kebuluran. Nauzubillah min zalik kita tidak mahu itu semua berlaku pada kita.
Saya rasa ramai orang yang ambil tindakan ini, take pride in something to overcome. Ada yang take pride dengan keletah anak-anak untuk overcome masalah kewangan contohnya. Ada yang take pride dengan hasil masakan untuk overcome masalah kerja, ada yang take pride dengan ebm yang penuh sepeti, susu badan pekat melimpah sebab nak overcome rasa trauma akibat prolonged labour atau anak yang prolonged jaundice atau anak ada birth defect.
Dan take pride to overcome juga bukan hanya untuk wanita selepas bersalin dan mempunyai anak, tapi juga berkesan kepada wanita sama ada bujang atau berkahwin, dan juga orang lelaki. Wanita bujang misalnya ada yang take pride dengan melancong ke banyak tempat, atau sambung belajar ke peringkat lebih tinggi untuk overcome jodoh yang belum sampai. Ada wanita berkahwin yang take pride dengan layanan romantis suami kepada isteri untuk overcome kesedihan sebab belum ada rezeki anak, ada juga lelaki yang rapat dengan emak, bila emaknya meninggal dunia, dia take pride dengan work out, pergi gym. Bukan untuk berlagak badan sado ke, tapi untuk overcome kesedihan dan kehilangan. Memang badan sado tak mampu menggantikan emaknya tapi sedikit-sedikit bila dia buat sesuatu yang dia suka ia boleh bantu dia atasi rasa murung dan sedih.
Memetik kata health visitor saya (saya terjemah ke Bahasa Melayu) " Pentingnya untuk kamu buat (do) sesuatu yang kamu suka dan kamu rasa gembira, senang hati
dan berbangga bila melihat hasilnya (take pride) walau bagaimanapun hasilnya supaya kamu dapat mengatasi (overcome) rasa sedih, hiba dan murung yang ada dalam hati kamu ".
Do
Take Pride
Overcome
Suami-suami kalau isteri murung lepas bersalin jangan pandai-pandai nak kata isteri awak tu lembik, pandai-pandai suruh isteri tengok orang putih kuat je lepas bersalin boleh pakai jeans bagai. Ini saya bagitau, saya pernah bersalin dekat negara orang putih lebih dari sekali dan saya tahu orang putih pun ada yang meroyan. Malah lebih teruk daripada orang kita.
Masalah meroyan, post natal depression bukan masalah terpencil, bukan hanya mitos orang Melayu. Tapi ia wujud di seluruh dunia. Dalam kalangan orang putih pun. Jika tidak masakan kerajaan Britain melalui agensi kesihatannya, NHS menubuhkan unit khas dan kempen rasmi untuk membantu menangani post natal depression. Para health visitor dilatih untuk mengesan simptom post natal depression ke atas para ibu yang baru melahirkan tanpa mengira usia ibu, proses kelahiran yang dilalui ataupun bangsa dan negara asal. Post natal depression adalah masalah universal. Ia benar-benar terjadi bukan kisah dongeng.


Alhamdulillah dulu ibu betul2 jaga masa dalam pantang. Stress memang stress. Paling stress masa Sofea. Sebab anak pertama jadi banyak benda yang kita tak tahu. Penjagaan luka bersalin (scarrryyyyyy..rasa nak menangis kalau diingat), penjagaan makan, breastfeed anak, penat, keliru, tak cukup tidur..husband pulak kerja di KL. Berpantang dengan keluarga di Kelantan. Masa Sofea, lahir kat Sungai Buloh. Lepas seminggu, travel balik ke KB.

Masa Imaan lupa berpantang macam mana. Yang ingat bersalin di An-Nisa', pantang di KB.

Masa Hannah bersalin di Sungai Buloh (PMC) dan berpantang di rumah sendiri. Ibu datang jaga. Time Hannah mencabar sebab masa ni tengah siapkan dissertation master. Bab 4 dan 5. Buat analisis data dan penulisan. Memang membongkok je mengadap lap top. Dah la nak dapatkan borang kaji selidik susah. Memang stress bila dikenangkan. Huhuhu..

Ada sekali tu, aku rasa macam diri ini adalah pokok. Dan ada ulat dok menempel di badan. Rupa-rupanya baby tengah menyusu. Gila,kan? Hahaha.. Itu memang terjadi sebab terlalu penat dan tak cukup tidur. Sikit lagi nak angkat 'ulat' tu letak kat depan pintu bilik. Cepat-cepat istighfar. Hoi, anak la tu..bukan ulat yang menempel..wakaka..

Tapi aku tak cakap la kat sapa-sapa pasal kejadian 'ulat' tu. Sebab rasa masih boleh handle diri sendiri. Masa tu tak tau pun itu mungkin tanda-tanda depression. Hehehe..sadis.

Syukur rezeki ada ibu dan mak (mertua) yang sangat memahami dan tahu tentang penjagaan berpantang ni. Banyak sangat terhutang budi pada ibu dan mak.

InsyaAllah kalau panjang umur, aku nak jaga anak-anak dan menantu (kalau ada anak lelaki la..haha) masa mereka berpantang nanti. Eh, lagi 20 tahun kurang-kurang tu..hehehe..tak pe. Niat tu yang penting.

Tuesday, October 27, 2015

Konvokesyen Sarjana Sains Pengurusan UUM

Salam semua..

Hari ni ada konvokesyen master aku kat UUM. Tapi aku sekarang kat ofis..Haha..

Kawan2 lain semua dah excited pergi konvo..semua benda berupdate dalam whatsapp group kelas kami. Start keta, update. Singgah RnR, update. Singgah makan, update. Dah cek in hotel, update. Amik jubah, update siap selfie. Dah tu, buat pulak reunion ramai2 kat Jo Cendol kat Changlun tu..Yang ni mmg update secara berjemaah la jawabnya..sabo je la menengoknya.

Alah..it's just a ceremony...not a big deal lah..(ayat penyedap hati..huhuhu..)

Daripada 31 orang, 4 tak dapat hadir. Hidayah sebab tengah berpantang. Yang aku, En Is dan Aidil tak pergi atas dasar tanggungjawab terhadap tugas. Okay, sila muntah.. Haha

Dah tu pulak, hari ini datang pejabat, lupa bawak handphone. Haih..malas nak salahkan sesapa..memang dah diri sendiri careless..

Tahniah lah kepada semua penerima ijazah pada tahun ini. Terutama pada kawan2 iols yang berjimba2 atas pentas konvo..Ingat, jangan selfie dgn Tunku Canselor pulak..nanti tak pasal2 viral lagi. Hehe

Tuesday, September 1, 2015

Too Much Too Soon

4 bulan since the last post..hehe

Memang tiada alasan untuk itu. Memang MALAS. huahaha

Masa datang dan berlalu. Bulan puasa, hari raya (manage untuk balik PC this year, hurray!!), program-program berkaitan kerja, birhday En Asben, Tok meninggal on 12th August (manage to get back to kiss her for the last time..), and Merdeka Day yesterday.

Semua pun memori indah untuk dikenang satu masa nanti. InsyaAllah..

Meh nak share sikit aktiviti terbaru kami anak beranak..bercucuk tanam mengerjakan tanah sekangkang kera di tepi rumah, boleh juga mengajar Sofea tentang tanaman. Excited betul dia bila daun bawang yang dia tanam dah mula meninggi..hehe

Baru beli di nursery. Pokok limau purut, limau nipis dan limau kasturi dan pokok cili.

Sementara tengah semangat, kita layankan.

Bersusun sampai hujung pagar

Pokok pandan, buluh (tanam untuk rebungnya), pokok kari, pokok serai

Trim sikit..kalau tak semak ya ampun..

Pokok cili di rumah baru

Tepi2 pokok cili, daun bawang dah nampak

Ini hari pertama. Lusanya dah sejengkal naik. Seronok betul Sofea.

Hannah yang seksi tak berbaju

Pembantu. Dah 5 tahun ni, banyak dah boleh diharap.
Sesambil berbudi pada tanah, boleh la tuai apa yang patut..setakat nak pakai sikit2 tak perlu la membeli. Macam daun kari, serai, daun pandan...nak pakai sikit sangat sekali masak..tapi nak membelinya, beria nak ke pasar bagai..

Kalau menjadi, nak tanam juga kunyit untuk daunnya, bunga kantan ke, daun kesum ke..nak merendang, nak buat asam pedas senang la sikit..hehe

Friday, May 29, 2015

Masih dalam fasa adaptasi dengan perubahan hidup..hehe

Salam semua,

Pejam celik pejam celik dah dua bulan setengah bekerja di tempat baru selepas habis master.

A lot of things happened.

Tak pernah-pernah jadi emcee majlis, dah kena.




Tak pernah ada pengalaman jadi pelapor, dah jadi.

Kenal orang baru, cara kerja baru, bidang tugas baru.

Cuma...belum ada keberanian lagi nak mengajar. Yup. Kat sini pegawai kena mengajar, which memang aku tak reti.. (T.T)
Dan tak confident sebab berada di kluster yang bukan kepakaran akau sangat pun..huhu

Sekarang pegi kerja merempit dengan Encik Asben. Lebih jimat masa, jimat minyak, jimat tol...masa hujan basah kuyup sama-sama..gitteww..

Anak2 pun makin membesar. Makin cerdik. Makin pandai menjawab..haha..ikut perangai sapa lah agaknya..











Wednesday, February 4, 2015

Pengalaman bersalinkan Nurul Hannah, our 3rd Edition

Its been four months since I safely delivered our pretty 3rd daughter, Nurul Hannah bt Syahrul Nizam. Lama giler, dowh..itu kata orang2 muda sekarang..hehe

Alhamdulillah..syukur sangat sebab pengalaman bersalinkan Hannah adalah yang paling cepat. Bersalin di Putra Medical Centre, Sungai Buloh. Tak sampai 5 minit dari rumah. Jom kita review balik pengalaman bersalinkan Hannah.

5 Oktober 2014

Dah ada show mucus yang keluar. Mula-mula memang takut2..eh, dah memang nak bersalin ke? Tapi bila google, benda tu biasanya ambil masa jugak untuk bersalin, so aku hold dulu. Serraaaammmm kot nak bersalin, even dah no, 3..huhuhu

7 Oktober 2014

Due date jangkaan sebenarnya on 10th Oct. Tapi sebab ada check up on 7th, pergi je la jumpa doc Wan Ratna. Tapi lepas cek air ketuban dah kurang banyak, doctor terpaksa tahan untuk bersalin hari yang sama. Lagipun bukaan dah 3-4 cm. Itupun sempat aku merayu nak ke kelas statistik dulu esoknya (8 okt), lepas kelas baru nak dtg bersalin..boleh gitu? Tapi Dr. Ratna tak galakkan sebab risau baby lemas. So, that's how things went. Masuk wad jam 1.00 lebih kurang..jam 4.30 ptg Hannah dah menjenguk dunia.

Mak mertua (mak) orang yang paling awal sampai bila dapat tau aku kena tahan wad. Tak sampai setengah jam lepas call rumah bagitau mak, tetiba2 eh..dah sampai. Semoga Allah balas segala kebaikan mak dan berikan kesihatan yang baik..amiin.

Mr Hubby sempat masuk ke labor room sama-sama. Siap potongkan tali pusat baby..hehe..which I know dia seram sikit dengan benda2 macam ni..tengok darah ke, tengok luka ke..even potong kuku anak2 pun dia seram..hehe. kelakar. So, bila berjaya potong tali pusat anak was an achievement for him..Syabas, dear.

Ibu sampai hari esoknya dari Melaka. Lepas dah discharge, mak temankan kat rumah sekejap dengan anak2 saudara Mr Hubby berseronok berlari2 kat rumah. 








Btw, memang best bersalin kat PMC ni..ipar2 aku pun semua pakat bersalin kat sini. Dekat dengan rumah mak, harga reasonable and gynea n staff pun baik dan helpful.

Balik tu dapat goodies banyak giler kot..siap ada sejambak bunga untuk every mommies yang bersalin kat sana. Baby siap dapat baju sepasang siap mitten n booties. Susu untuk ibu menyusu, susu formula untuk baby, diapers 3,4 pack, nappy rash creams..eh..banyak lagi kot..aku yang tak ingat.

Apa reaction kakak2 Nurul Hannah? Sofea yang paling gembira. Sebab hari2 kot dok tanya bila baby nak keluar. Sofea suka cium2 Hannah, nak pangku atas riba. Imaan? Indifferent. Mula2 memang Imaan tak der perasaan apa2 pun. Tak jeles, tak juga teruja. Ada adik dengan tak de, sama je..haha..yang jelas, malam mesti nak tido dengan ummi.

Apa2 pun, yang paling ketara ialah penat beranak tiga. Selang 2 tahun pulak tu. Belum lagi cerita aku berpantang dengan beban menyiapkan research paper master lagi..memang mencabar. Orang lain berpantang boleh golek2 atas katil dengan baby. Aku terbongkok2 menaip dan buat analisis. 

Tapi Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Perancangan Allah is always the best,kan??







Baru

Yeah..tahun baru.

Sedang settle down dengan new routine. Phew..

Baru masuk kerja. Tempat kerja baru. Baby baru. Rumah baru. Masih adjusting. Penat kot.

Ingat nak review pasal 2014. Kompilasi 2014 kekdahnya. Nantilah..hehe

Dah jadi kakak dak Imaan ni..