Aku pernah. Dalam kata lain, biasa.
Tambah-tambah filem kita.
Semalam, tengok Polis Evo. Mintak Syahrul send ke phone supaya senang nak tengok bila-bila masa. Kalau nak tunggu mak-mak tengok movie 2 jam secara pegun, memang taklah..jadi, kalau dalam phone, sekejap-sekejap boleh pause, lepas tu, sambung balik..begitulah.
Pic : google |
Tapi..itulah..ekspektasi tinggi menggunung memang payah nak handle kekecewaan.
Okay, aku tak akan detail sangat sampai membunuh minat orang lain menonton. Cuma, next time, pleaselah..pleaseeee...janganlah nampak polis kita ni tak cerdik sangat, boleh? Aku sure polis kita jauh lagi cerdik dari apa yang filem ni tunjuk. Filem kita, wajah kita, tahu???
Contoh, waktu Inspektor dua orang tu dah terlepas dari penjahat semasa recce tempat pembuatan dadah tu, kenapa nak kena pergi balik ke tempat tu? Akal yang tak cerdik pun boleh fikir takkan penjahat tu nak stay kat tempat tu lagi kalau dah memang tau polis dah discover tempat tu?? Pergi dengan bawak truck polis, kereta peronda segala...like, seriously?
Itu belum lagi adegan-adegan lain yang tak masuk akal..
Tak pastilah sama ada filem-filem macam ini ada go thru PDRM dulu ke, untuk pengesahan. At least tak de la abang-abang, kakak-kakak polis kita tengok filem ni, rasa macam frust. Sebab tak menggambarkan aktiviti sebenar bidang kepolisan.
Macam kalau dulu-dulu, drama yang ada adegan doktor/ hospital, mesti kena komplen dengan ayah..eh, mana ada prosedur macam tu, kata ayah..salah tu..eh, mana boleh bedah orang pakai jam tangan, salah SOP tu..dan macam-macam lagi..
Lepas ini, tak tahulah aku nak lagi tak berekspektasi tinggi menonton filem. Impak kecewa ini mungkin lama.. (T__T)
No comments:
Post a Comment