Monday, November 9, 2015

Masalah jadi anak tengah

Imaan demam dari malam tadi.

Bangun pagi ni, tak nak mandi. Nak Milo. Bergegas Ummi ke dapur buatkan. Syukur sekurang-kurangnya Imaan masih lalu nak minum. Lagipun muka tetap senyum walaupun badan panas.

Boleh tahan suka melawa

Imaan anak tengah. Jadi, perangai Imaan ni macam tersepit. Sama ada nak jadi manja macam adik-adik, dia sendiri pun ada Hannah. Nak jadi berdikari sangat macam kakak-kakak, dia pun ada Kak Sofea (Kak Chocha, ikut pelat Imaan). Jadi Imaan ni macam confius kot.

Dengan Daddy, Imaan agak 'panas' sikit. Sebab Imaan sukaaaaa sangat menjawab Daddynya.

Contoh, Hannah tengah merangkak pelan-pelan. Sampai dekat kaki Imaan, dia pijak jari tangan Hannah dengan kaki dia. Bila kita tegur kenapa pijak tangan adik?, Imaan akan jawab, "Imaan bukan pijak, Imaan cuma macam ni jer..."Sambil aksi pijak lagi tangan Hannah. Kalau tak kuat iman, memang rasa nak piat... 

Contoh kedua, Daddy dia tengah baring terlentang sambil tengok tivi. Imaan datang nak hempas badan atas perut Daddy, macam biasa. 

Daddynya larang, "Imaan, jangan lompat atas Daddy tau..Daddy nak tengok tivi jap.."

"Okay, Daddy.." Pooommm..terus lompat atas badan Daddy. Memang tak makan saman.

Hobi Imaan sekarang ialah dukung Hannah. Tak kiralah Hannah tengah merangkak, tengah meniti tepi meja, tengah khusyuk main, tengah apa-apa pun, Imaan suka sangat nak dukung. Jenis dukung letak tangan bawah ketiak. Kadang-kadang main sempat dia je angkat bawah dagu. Terjerit-jerit aku suruh letak balik..(T__T)

Banding dengan Sofea, Imaan jauh lebih peramah. Pergi mana-mana, jumpa sapa-sapa pun, dia cepat je "Hai!" senyum sambil lambai2. Petang-petang kadang-kadang sesambil dukung Hannah di kawasan perumahan tu, Imaan akan ikut sambil hai-hai sana-sini.. Kalau yang sporting memang akan balas hai dia balik.Siap ada yang ajak masuk rumah.. Yang kurang sporting akan jeling-jeling macamkan anak aku nak tebas pokok bunga dia..hahaha..

Lagi satu, walaupun lasak, Imaan suka pakai baju 'pusing' aka baju gown. Kalau dia malas mandi pagi, umpan je dengan baju pusing, terus senyum simpul nak mandi.




Boss (es)

Main kat ofis ummi

Bila sesekali dia demam macam hari ni, macam ada perasaan sayu dalam hati. Sebab dia bukan jenis mengada-ngada. Nasib baiklah esok cuti sempena Deepavali. Boleh la nak layan kalau dia request nak makan apa-apa..

Ini bukan gambar demam. Ini gambar Imaan 'pengsan' sebab penat mandi kat Tambun Waterpark.. :)


No comments:

Post a Comment