Dah lebih kurang 2 minggu cubaan Sofea untuk tidur tanpa diaper. Few nights went successfully..(kadang2 ada jugak terkucil, tambah2 kalau time lupa nak suruh dia kosongkan bladder sebelum tidur..)
Until..last night.
Dah mintak dia kencing (pardon the word, please) dulu sebelum tido. Done.
Dalam jam 2 pagi, dia bangun lagi untuk ke tandas. Fine.
Aku dah macam, yay!! Dah tak perlu tukar cadar selang sehari.. Tapi itu hanyalah ilusi, ya puan-puan...
Boleh pulak time kejutkan dia pagi ni, ada some sort of 'peta' around her..hehe
Gelak je la yang aku mampu. Hey, kan dah ke toilet 2 kali??? takkan minum banyak sangat sampai boleh terkucil lagi atas katil?
So, dengan susah payahlah masukkan cadar n duvet cover sebelum keluar rumah pagi ni. Kalau tak, memang 'harum' la seluruh rumah.
Friday, November 20, 2015
Monday, November 9, 2015
Pernah tengok filem dengan satu ekspektasi yang tinggi, kemudian ekspektasi itu hancur?
Aku pernah. Dalam kata lain, biasa.
Tambah-tambah filem kita.
Semalam, tengok Polis Evo. Mintak Syahrul send ke phone supaya senang nak tengok bila-bila masa. Kalau nak tunggu mak-mak tengok movie 2 jam secara pegun, memang taklah..jadi, kalau dalam phone, sekejap-sekejap boleh pause, lepas tu, sambung balik..begitulah.
Pic : google |
Tapi..itulah..ekspektasi tinggi menggunung memang payah nak handle kekecewaan.
Okay, aku tak akan detail sangat sampai membunuh minat orang lain menonton. Cuma, next time, pleaselah..pleaseeee...janganlah nampak polis kita ni tak cerdik sangat, boleh? Aku sure polis kita jauh lagi cerdik dari apa yang filem ni tunjuk. Filem kita, wajah kita, tahu???
Contoh, waktu Inspektor dua orang tu dah terlepas dari penjahat semasa recce tempat pembuatan dadah tu, kenapa nak kena pergi balik ke tempat tu? Akal yang tak cerdik pun boleh fikir takkan penjahat tu nak stay kat tempat tu lagi kalau dah memang tau polis dah discover tempat tu?? Pergi dengan bawak truck polis, kereta peronda segala...like, seriously?
Itu belum lagi adegan-adegan lain yang tak masuk akal..
Tak pastilah sama ada filem-filem macam ini ada go thru PDRM dulu ke, untuk pengesahan. At least tak de la abang-abang, kakak-kakak polis kita tengok filem ni, rasa macam frust. Sebab tak menggambarkan aktiviti sebenar bidang kepolisan.
Macam kalau dulu-dulu, drama yang ada adegan doktor/ hospital, mesti kena komplen dengan ayah..eh, mana ada prosedur macam tu, kata ayah..salah tu..eh, mana boleh bedah orang pakai jam tangan, salah SOP tu..dan macam-macam lagi..
Lepas ini, tak tahulah aku nak lagi tak berekspektasi tinggi menonton filem. Impak kecewa ini mungkin lama.. (T__T)
Masalah jadi anak tengah
Imaan demam dari malam tadi.
Bangun pagi ni, tak nak mandi. Nak Milo. Bergegas Ummi ke dapur buatkan. Syukur sekurang-kurangnya Imaan masih lalu nak minum. Lagipun muka tetap senyum walaupun badan panas.
Boleh tahan suka melawa |
Imaan anak tengah. Jadi, perangai Imaan ni macam tersepit. Sama ada nak jadi manja macam adik-adik, dia sendiri pun ada Hannah. Nak jadi berdikari sangat macam kakak-kakak, dia pun ada Kak Sofea (Kak Chocha, ikut pelat Imaan). Jadi Imaan ni macam confius kot.
Dengan Daddy, Imaan agak 'panas' sikit. Sebab Imaan sukaaaaa sangat menjawab Daddynya.
Contoh, Hannah tengah merangkak pelan-pelan. Sampai dekat kaki Imaan, dia pijak jari tangan Hannah dengan kaki dia. Bila kita tegur kenapa pijak tangan adik?, Imaan akan jawab, "Imaan bukan pijak, Imaan cuma macam ni jer..."Sambil aksi pijak lagi tangan Hannah. Kalau tak kuat iman, memang rasa nak piat...
Contoh kedua, Daddy dia tengah baring terlentang sambil tengok tivi. Imaan datang nak hempas badan atas perut Daddy, macam biasa.
Daddynya larang, "Imaan, jangan lompat atas Daddy tau..Daddy nak tengok tivi jap.."
"Okay, Daddy.." Pooommm..terus lompat atas badan Daddy. Memang tak makan saman.
Hobi Imaan sekarang ialah dukung Hannah. Tak kiralah Hannah tengah merangkak, tengah meniti tepi meja, tengah khusyuk main, tengah apa-apa pun, Imaan suka sangat nak dukung. Jenis dukung letak tangan bawah ketiak. Kadang-kadang main sempat dia je angkat bawah dagu. Terjerit-jerit aku suruh letak balik..(T__T)
Banding dengan Sofea, Imaan jauh lebih peramah. Pergi mana-mana, jumpa sapa-sapa pun, dia cepat je "Hai!" senyum sambil lambai2. Petang-petang kadang-kadang sesambil dukung Hannah di kawasan perumahan tu, Imaan akan ikut sambil hai-hai sana-sini.. Kalau yang sporting memang akan balas hai dia balik.Siap ada yang ajak masuk rumah.. Yang kurang sporting akan jeling-jeling macamkan anak aku nak tebas pokok bunga dia..hahaha..
Lagi satu, walaupun lasak, Imaan suka pakai baju 'pusing' aka baju gown. Kalau dia malas mandi pagi, umpan je dengan baju pusing, terus senyum simpul nak mandi.
Boss (es) |
Main kat ofis ummi |
Bila sesekali dia demam macam hari ni, macam ada perasaan sayu dalam hati. Sebab dia bukan jenis mengada-ngada. Nasib baiklah esok cuti sempena Deepavali. Boleh la nak layan kalau dia request nak makan apa-apa..
Ini bukan gambar demam. Ini gambar Imaan 'pengsan' sebab penat mandi kat Tambun Waterpark.. :) |
Wednesday, November 4, 2015
Cantik Luar, cantik dalam ..semua kita nak.
Salam semua..
Hari ini nak sembang pasal kecantikan lahiriah sikit, boleh? Kecantikan rohaniah kita cerita lain kali,deh..hihi
Kalau orang yang kenal aku, memang faham yang aku takkan berkongsi benda yang aku tak pakai. Kalau aku pakai pun, pas tu aku tak suka, pun aku tak akan suggest orang pakai.
So, ini nak share pasal produk yang hari-hari kita (yang pompuan) pakai. Ini pasal BB Cream yang OHSEM. *mata bersinar-sinar teruja*
Biasanya, sebelum kita tepek mekap, kita tepek dulu BB Cream (Blemish Balm Cream) or foundation, kan. Baru kulit lebih nampak sekata dan flawless..gituu..
Eh, sebelum itu, apa beza foundation dengan BB Cream? Bukan ke sama je ke? Eh, takkkk okayyy..
Sebelum ni, memang banyak jenis cream yang aku guna. , tak semua cream sesuai dengan kulit muka kita. Kadang2 cream dah ok, warna pulak bercapuk-capuk. Dah macam tepung gomak..mencik.
So, meh rapat sikit nak citer pasal BB Cream dari Seqy Beauty yang besh nih.
Apa yang best sangat? Apa yang beza dengan BB Cream lain?
Biasanya, sebelum kita tepek mekap, kita tepek dulu BB Cream (Blemish Balm Cream) or foundation, kan. Baru kulit lebih nampak sekata dan flawless..gituu..
Eh, sebelum itu, apa beza foundation dengan BB Cream? Bukan ke sama je ke? Eh, takkkk okayyy..
- Basically, tekstur foundation adalah lebih berat daripada BB Cream. Melalui pengalaman, pemakaian foundation akan membuatkan kita rasa sedikit cakey kat muka. So, kalau untuk pemakaian hari2 adalah lebih baik pakai BB Cream. Kalau untuk function ke, dinner ke, majlis kahwin ke, baru disarankan pakai foundation.
- BB Cream pulak bertindak lebih dari untuk cover kulit wajah yang sekata. All in one sebagai moisturiser, sun block, foundation dan anti-aging. Senang,kan? Sekali harung je.
Sebelum ni, memang banyak jenis cream yang aku guna. , tak semua cream sesuai dengan kulit muka kita. Kadang2 cream dah ok, warna pulak bercapuk-capuk. Dah macam tepung gomak..mencik.
So, meh rapat sikit nak citer pasal BB Cream dari Seqy Beauty yang besh nih.
Apa yang best sangat? Apa yang beza dengan BB Cream lain?
- Bezanya, PERTAMA, dari segi kualiti creamnya yang senang rata dan meresap elok kat kulit muka. Kalau biasa dengan pemakain foundation, kita akan rasa flaky dan cakey je muka, ye dok? Tapi BB Cream Seqy Beauty ni memang ringan dan smooth. Calit2 sikit dan ratakan..terus muka jadi berseri2..serius..tak tipu..aku dah botol kedua dah ni..hehe
Gambar last week dengan Hannah. Pakai BB Cream je. Malas nak mekap..huhu |
Hari lain tapi tudung sama..haha |
- KEDUA, botolnya slim melim boleh menyelit je kat mana2 beg. Beg mekap takkan jadi segedebuk besar. Tak pun, selit je dalam handbeg. Besr sikit je dari pen marker saiznya. Tapi, kecik2 cili padi..aauummmm.. Walaupun kicik, tapi tahan lama. Sebotol yang aku dok pakai hari2 pegi kerja, pegi berjalan..tahan dalam 2,3 bulan.
- KETIGA, foundernya, Zuhana aka Sepet adalah pharmacist yang tahu hal ehwal chemical yang buat ubat ni semua..so, lagilah aku confident,kan? Dan, BB Cream Seqy Beauty ni ada kelulusan KKM. So, insyaAllah tak de side effect. Yang effect ialah muka kita akan lebih glowy dan bersinar-sinar..chewaaahh..
Cara nak guna BB Cream ni senang jer..lepas cuci muka pagi-pagi, lap sampai kering. Lepas tu apply toner, then serum (kalau ada). Dah kering serum tu, picit je BB Cream kat tangan, then dab and apply secara menyeluruh kat muka. Aku kan lebihkan sikit part2 yang bermasalah macam bawah mata dan tempat-tepmat parut jerawat.
Lepas tu, boleh la apply compact powder dan mekap macam biasa. Mekap kita jugak akan tahan lebih lama sebab krim ini tak berminyak. Best, kan??
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal BB Cream ni, boleh la jenguk blog pengasas Seqy Beauty ni di link berikut. Testimoni gempak2 pun ada...
Berminat? Kalau nak dapatkan BB Cream ni, ada pelbagai cara. Kalau nak tahu study lagi pasal produk ni, boleh ke http://seqybeauty.blogspot.my/.
Kalau nak beli secara online, uols boleh ke http://seqybeauty.shoppy.my/.
Dan follow ig Seqy Beauty untuk tahu info semasa tentang produk di https://instagram.com/seqybeauty.
Tak pun, kalau susah sangat Whats App je terus ke 011-2107 6726.
Dalam website, senarai agen berdekatan pun ada. Aku hari tu, order dengan agen je, berdesup terus sampai depan rumah..hehehe..
Produk bagus, servis bagus. Takkan tak promote, ye dok?
Kalau nak beli secara online, uols boleh ke http://seqybeauty.shoppy.my/.
Dan follow ig Seqy Beauty untuk tahu info semasa tentang produk di https://instagram.com/seqybeauty.
Tak pun, kalau susah sangat Whats App je terus ke 011-2107 6726.
Dalam website, senarai agen berdekatan pun ada. Aku hari tu, order dengan agen je, berdesup terus sampai depan rumah..hehehe..
Produk bagus, servis bagus. Takkan tak promote, ye dok?
Subscribe to:
Posts (Atom)