Setinggi-tinggi syukur atas nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada kami sekeluarga.
Oktober setiap tahun adalah celebration month. Anniversary kami, birthday Hannah dan birthday iols.
So, usah bercakap tentang diet dan pamakanan sihat ya pada bulan ini..Hahaha.
4 Oktober, anniversary perkahwinan yang ke 13. Syukur atas semua nikmat kurniaan. Susah senang selama ini, semua ada hikmah dari Allah, tinggal kita sahaja yang perlu berfikir.
Suami beli satay, kot untuk kami makan sekeluarga. Tak ingat.haha. Kek order dari Mamasab. Senang sekarang ni, scroll, pilih, order. Sedia duit je..kikiki
Sis jarang dapat bunga, so kasi can la sis up ya.. |
Top celebration dah tentu la birthday Hannah..Budak,kan..sure la menghitung hari nak berkumpul ramai2 jadi centre of attention.
Untuk majlis birthday Hannah ni, kami jemput family Sungai Buloh je. Buat majlis pagi, so order nasi berlauk dari kawan ofis, Siti. Yang lain, order dari IG oven dan loyang, orang Paya Jaras je. So, senang. Kek order dari sepupu, ejen Mamasab. Yang mana kita boleh support, kita support.Kan?
Nyoh pulak belanja nasi arab untuk makan tengahari. So, bersandar kekenyangan semua sampai malam..haha
Aisyah peratiiii je..Birthday dia Disember. Siap la kalau tak buat majlis untuk dia jugak.. |
Kek birthday |
Belum tiup lilin kek, tapi dah berlemuih dah birthday girl |
Cantik dan teliti hiasan kek |
Deko majlis pun buat sendiri. Syukur buat majlis hari Ahad, at least Sabtu boleh gi sana-sini beli barang, arrange perabot dan porch, susun jadual kerja anak2 - sapa tiup belon, sapa gantung banner, sapa bentang tikar, sapa susun pinggan mangkuk..Haa, gitu mengarah anak..
Hannah pun happy, dapat hadiah, dapat main, paling best ibu (Cho) buat kejutan hantar jambangan coklat kat dia masa tengah majlis..Senyum sampai telinga anak kita, sis.
Surprise dari staf cawangan. Terharu. |
Last but not least, birthday sendiri. Jauh sudut hati, rasa dah tak nak sambut birthday, boleh gitu? Rasa tak de keperluan pun..haha
Tapi dah orang raikan dan tanda berterima kasih atas ingatan, kita terima je la..
Syukur juga dapat hadiah seutas rantai tangan dari suami. Tak pernah2 belikan isteri hadiah birthday semahal tahun ini..Moga makin murah rezeki suami, boleh beli hadiah lagi mahal tahun depan. Eh.
No comments:
Post a Comment