Tuesday, July 12, 2022

Glorious December 2021

**Entry ni baru publish dah tengah tahun 2022..punya la lama throwbacknya..**


Glorious lah sangat ...sebab bercuti di Penang kaw2 dari 25 Disember 2021 sampailah membawak ke tahun baru, 1 Januari 2022.

Alhamdulillah, happy betul anak2 semua..setiap hari ada je aktiviti.

25.12.2021

Bergerak dari rumah dalam jam 8.30 pagi, sampai jam 11 pagi lebih..smooth je perjalanan. Tak berhenti makan pun, bawak bekal roti2 je untuk anak2. Ingatkan nak brunch nasi kandar ke..sekali Cik Mimiey dah siapkan makan tengahari..apa lagi, surrrr...

26.12.2021

Jam 2.30 petang, kami ke kolam renang kat kelab golf kat Bertam. Tak ingat bayarannya. Budak dalam RM7 macam tu, dewasa RM11. Dewasa kalau tak mandi, RM3 je. Happy la budak2 dapat berkubang. Dah la cuaca petang tu panas berdenting. Berkilat kulit masing2.

27.12.2021

Pagi2 sebelum jam 8 pagi, kami bergerak ke Uzeer Puteh Campsite, Batu Kurau, Perak. Dalam jam 10 pagi dah sampai. Kami book 2 khemah besar yg muat 8 orang, tapi pihak camp bagi 3 khemah - 2 yang muat 5 orang, 1 yang muat 3 orang. Ok lah..Lagi pun dah siap2 pasang. Sampai terus bentang toto,campak beg je dalam tu. Selesai.

Area camp site bersih. Ada satu khemah terbuka utk duduk2 lepak. Kami set sebagai tempat masak. Letak tikar, rice cooker, kipas, extension untuk charger handphone (penting ya..haha), keropok2, jajan2, air masak semua. Toilet pun tak jauh, ada dua tandas duduk. Ada open shower jugak untuk bilas2 lepas mandi sungai. Fridge pun ada kalau nak tumpang letak barang2 basah macam ayam atau daging.

Anak2 macam biasa, nampak sungai, terus berzikir nak mandi.

Paksa semua makan nasi lemak dulu kenyang2. Then, baru gi bawak sungai. Sejuk dan nyaman.





Ada pengalaman Hani hampir lemas pada petang masa mandi kali kedua tu. Pengalaman tu membuatkan kami jadi lebih berhati2 dan anak2 pun tak de la terlebih excited. 

Malam pulak kami takde aktiviti apa2 sangat pun..Uwais mula nak demam, Fairuz dan Mimiey bawak gi klinik. Malam tu,  tido dalam khemas panas sikit..haha..semua dah biasa tido berhawa dingin..tapi sekali sekala expose benda2 susah kat anak2. Syukur ada kipas, kami hala terus masuk dalam khemah. Menjelang pagi, baru kesejukan masing2.







28.12.2021

Bangun pagi, settle breakfast, anak2 sambung mandi sungai. Kali ni dengan lebih berhati2 sebab semalam dah ada kejadian hampir lemas tu. Sesambil anak2 mandi, bibik dah kemas2, kumpul sampah2. Tengahari, kami gerak balik lepas solat Zohor.

Sampai Sungai Dua, dah buang sampah bagai, ingat nak singgah makan mana2..tapi anak2 dah ketiduran dah semua dalam kereta. Tak sampai hati nak kejut, so Fairuz dan Mimie gi singgah beli lunch, kami terus balik dan tunggu makanan kat rumah.







31 Disember 2021

Hari last sebelum kami pulang ke pangkal jalan, kami ke Laman Mandi di Sungai Petani. Kat belakang Hotel Seri Malaysia Sungai Petani je tempat nya. Bersih, kemudahan lengkap dan murah. Dekat dengan pasar pulak tu..senang cari makanan.








Kami berkampung di rumah Mimiey dalam seminggu jugak la..seronok betul anak2..(dan mak bapak pun..hahah)

Tuan rumah pun rajin melayan kami, bawak explore makan sana  sini..lagi la best..











Alhamdulillah syukur dengan peluang yang Allah berikan. Anak2 happy, dapat new experience lagi..InsyaAllah next time kita boleh repeat tempat lain pulak..




No comments:

Post a Comment