Syukurnya hidup di zaman moden sekarang. Semuanya mudah. Aku buat surprise delivery pada husband untuk birthday dia pada 7 Julai 2022, order hand bouquet and a box of chocolate dari FloryGift Florist sehari sebelum..cun sampai ke tangan husband pada esoknya.
Sis bukan jenis romantik sangat pun..sekali sekala geli2 macam ni boleh la..hahah
Husband sebenarnya kena ke site di Hulu Langat on his birthday. Sis dah menggelabah sebab dah order surprise delivery. Karang sapa nak terima kat ofis dia bunga dan coklat tu?
Sekali husband cakap, dia kena masuk meeting dulu pagi tu kat ofis. Lepas habis meeting, baru gerak ke site.
Terus laju2 wassap seller florist mintak awalkan delivery sebelum jam 12.00 tengahari..Alhamdulillah, seller pun accommodative sangat2. Selamatlah sampai delivery jam 11 pagi..
A day before, ofis husband buat surprise celebration untuk dia..Dapat baju batik, yang dia pakai terus untuk bergambar.
Baju batik yang sama jugak, bos dia suruh pakai on his birthday which is keesokan harinya..Menggelupur la basuh dan keringkan baju tu malam tu jugak..Pagi2 esoknya, iron dan pakai lagi..Haih, macam-macam...
Untuk rekod harga bunga dan coklat termasuk penghantaran tak sampai RM200. Kira ok la..dah tau servis ok, next time boleh order lagi..
No comments:
Post a Comment