Friday, November 11, 2022

Kereta untuk ibu ayah

 

Kami adik beradik dah sepakat sejak dari tahun 2021 (time ni masih pandemik) untuk belikan ibu ayah kereta sebab kereta Proton Neo Amru tu dah uzur sangat dah untuk ayah bawak. Lagipun kereta tu manual. Kudrat orang tua, mana larat nak guna manual lagi.

So, sepakat punya sepakat, kami decide untuk belikan kereta Perodua Bezza yang baharu. Perbincangan ni kami buat secara video call dan melalui whatsapp group adik beradik. Sebabnya Amru dan Amiri masih di Australia, aku dan Mimi je kat Malaysia.

Bayar booking RM500 dalam bulan Januari 2022, kat outlet Perodua kat Penang. Punya la jenuh menunggu kereta. Seller cakap akan ada delay 2,3 bulan sebab ramai yang queue untuk dapatkan kereta jugak. Kami book Bezza 1.3 warna coklat.

Tapi last2 sampai bulan Oktober, seller cakap ada kereta yang orang cancel booking, tapi warna silver. Memandangkan dah lama sangat menunggu, kami sepakat terima je la kereta tu.

Kebetulan Mimi dan Fairuz akan berangkat menunaikan umrah pada 2 November, so ajak ibu ayah ke Penang untuk tolong jagakan anak2 Mimi sementara diorang takde.

Pada 27 Oktober 2022. bayaran semua dah settle (kami pakat2 adik beradik bayar cash terus), Mimi dan Fairuz gi amik kereta dan serahkan pada ibu ayah pada hari yang sama.


Kerja Mimi la ni..siap belikan reben besar letak atas kereta..hehe


Alhamdulillah..syukur sangat2 Allah bagi kami adik beradik berbakti pada ibu ayah.

Ibu dan ayah berkali2 call ucap terima kasih. Macam mimpi katanya dapat kereta baru..

Huwaaa..taip ni pun rasa sedih sayu..apalah sangat kereta tu berbanding apa yang ibu ayah dah korbankan pada kami dari kecik sampai kami semua besar macam ni..

Semoga Allah berikan keberkatan umur kepada kedua orang tua kami, kurniakan mereka kesihatan dan kebahagiaan..Amiinnn..

No comments:

Post a Comment