Thursday, March 21, 2024

Vietnam - Catatan 3 hari lawatan rasmi (2023)

Ini throwback post. Lupa nak publish..huhu


Salam all,

Kurang sebulan lagi kita nak ke tahun 2024. Sis sempat bertugas lagi hujung2 tahun ni ke Hanoi.

Menginap di Melia Hotel, cuaca sejuk (18 - 24 degrees), tapi ada haze. Mula2 ingatkan kabus..haha

Ini saja nak share things about Hanoi/ Vietnam yang I pun baru tau:

1. Satu2nya negara yang berstatus rakan strategik Malaysia.

2. Hanoi adalah bandar ketiga yang mempunyai pencemaran udara paling tinggi di dunia, hence the haze.

3. Tak ramai pelancong melawat Hanoi sebab ia lebih kepada pusat pentadbiran. Ramai pelancong lebih berminat ke Ho Chi Minh.

4.    Bandar Hanoi boleh diibaratkan macam Kota Bharu, lebih tradisional.

5.    Trafic agak kurang bagus, banyak motor. Tapi jem masih tak seteruk Jakarta ya..Jakarta masih mendahului carta bandar yang paling jem yang sis pernah experience.

6.    Kalau diperhatikan nombor plat, ada beberapa warna latar. Kalau latar warna merah, maksudnya kenderaan milik tentera, kalau biru, milik jabatan kerajaan, kalau yang latar putih, kenderaan awam dan dah habis hutang bank. Yang plat latar kuning, juga milik orang awam tapi yang masih ada hutang bank. Bayangkan kalau kat Malaysia buat macam tu..berapa byk la yang plat kereta warna kuning kita boleh nampak?

7.       Makanan di Hanoi lebih dipengaruhi unsur-unsur makanan Chinese. Banyak yang bersup dan berkukus. Makanan yang paling popular adalah Pho (sebutan adalah Fer). Yang macam kita makan Vietnamese noodle di Secret Recepi, tapi lebih tawar seperti mana kebiasaan makanan Chinese. Vietnamese roll pun ada. Secara dasarnya makanan Vietnam adalah lebih sihat dan bagus untuk kesihatan dan diet. 

Hari last sebelum balik, kami lunch di Kedutaan Malaysia di Hanoi

Vietnam terkenal dengan kopinya sendiri, tapi teh pun ada juga..

Ini menu lunch di kedutaan

Ini dinner on our 1st day. DA bawa ke restoran Indonesia.

MOU signing. Nak kejarkan date nak siapkan MOU ni memang perit kalau diingatkan..huhu

Kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam

Kekacang dan kuih tradisional Vietnam semasa official dinner


Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. HOD pun happy. Mission accomplished.

Azizah Qistina goes to scholl!!

Being the last child, Azizah memang diketahui umum memang manja dan kami pun memang suka memanjakan dia.

She just turned 4 years old last January. Tapi masih pakai pampers, bercakap pun not so much lagi. Tapi kami decide untuk hantar je la Azizah ke sekolah, duduk rumah dengan bibik pun nanti menjadi-jadi manjanya.

So, setelah membuat timbang tara sana sini, kami dapatlah satu tadika dekat masjid yang terima student 4 tahun.




Ini semua gambar hari pertama nak ke sekolah. Ceria dan aman ya. Sebab seminggu sebelum itu dah bagitahu Azizah, nanti kat sekolah ramai kawan, boleh main..hehe

Delegasi (kemain delegasi..dah mcam VVIP dah..haha) yang hantar Azizah - ummi, bibik dan Kak Sofea. Masa kami babai tinggalkan dia, dia okay je. Later baru cikgu bagitau dia menangis sebab cari kami tak jumpa.


Tengok la cara dia pegang pensel warna tu..

Ini selepas seminggu gi sekolah. Masih menangis ya setiap kali bibik nak balik lepas hantar dia. #manja

Nampak juga perubahan Azizah sikit-sikit terutama dari segi usaha dia untuk bercakap.

Kami tak expect lebih pun. In fact, takde expectation pun.

Kita tengok la perubahan Azizah nanti dalam 2, 3 bulan ni. Kami pun amik trial class dulu, tengok keadaan Azizah boleh cope ke tidak..

We will see then..


Tuesday, January 23, 2024

My Mimpi Lately

Just wanted to register here..

Last week, I mimpi I washed my face. Cuci muka dengan cleanser.

Then last night, I mimpi mandikan Azizah. Mandikan dia bogel2 kat public dengan sabun sampai bersih.

I google juga maksud mimpi2 tu..Alhamdulillah yang baik2 je.

Tapi ntah la..




Duduk rumah, main dengan budak ni hari2..best,kan?

Tak yah kerja lah.

I need a break so badly

Assalamualaikum...

It has been few weeks..kot. Meronta-ronta hati ni nak cuti tanpa gaji.

Sebabnya? My work and responsibility now is sooooo damn stressful.

Too many in my plate, it spills.


Ini results my state of mental health last Friday. I did it online.

There are times, I had nightmares about my work..courtesy calls that went wrong la, undone paperwork la..haih..

Cemana ni? Nak kena CTG ke? Tapi komitmen banyak la pulak..huhu

On top of that, my bibik pulak dah nak habis kontrak dan passport pun dah nak mati next year..

Kesian memikirkan Azizah yang manja sangat dengan bibik satu hal..memikirkan kerja2 rumah yang I nak kena take over semula lagi, pikir sapa nak tgkkan urusan rumah bila I outstation..Eh, mencik la!!

Cemana ni??? Perlu ke I CTG. Tapi rasa dah nak buat surat permohonan dah ni..

Rasanya lepas raya ni nak CTG terus dah ni...

Please Ya Allah,give me guidance on this matter..huhu

Rasa helpless dah ni..

Tuesday, November 21, 2023

Recap Tahun 2023

Assalamualaikum and hello everybodieeehhh

Phew..it has been a year since my last posting.

So, jom recap sikit apa yang berlaku tahun 2023 nih.

Kerja la yang paling banyak menyumbang kepada challege tahun ini.

I dah tukar ke cawangan antarabangsa, kena buat unit bilateral unit untuk Asia Tenggara u olls.

Sebab bertukar? Sebab gaduh dengan bos cawangan lama..HAHAHAHA..sebelum I tukarkan dia, baik I yang bertukar keluar..boleh gitu??HAHAHA..

Unit ni cabarannya sangat luar biasa ya. Antaranya adalah..

i- Dah namanya cawangan antarabangsa,kan? Kena la guna BI dalam most of the medium of communication. English dah la lama tak guna sangat. Nak kena polish balik ni..huhu

ii- Bos sekarang ni boleh tahan perfectionist. Jenuh 3,4 kali keluar masuk surat/dokumen baru boleh puas hati dia..Tapi I okay jer..

iii- Workload yang sangat banyak yer..dan banyak yang adhoc. Terkejar-kejar. Terutama if ada lawatan PM/ Menteri ke negara2 Asia Tenggara, banyakkkk la perkara nak kena uruskan.

iv- Unit ini adalah unit yang paling kecil yang pernah I kerja. 1 x KPSU, 1 x PSU dan setengah PT(PO). Kenapa setengah? Sebab PT kena share dengan unit lain. Dah la kerja huru hara, nak delegate pun tak boleh sangat.Haha..nasib badan..

v - Banyak outstation. Terutama bila menteri baru. Kena banyak buat courtesy call untuk negara2 jiran.

However, I bersyukur sebab banyakkkk improvement dalam tahun ini. Terutama my networking dengan kementerian2 lain, agensi dan perkhidmatan dan make new friends with counterparts di dalam dan luar negara.

New knowledge memang agak banyak. Kena banyak membaca berkenaan dengan geopolitik, hubungan antarabangsa, Malaysian stance dalam current issues (Myanmar, Palestine, Laut China Selatan dll)

So far, tahun ini la paling banyak I keluar negara. I dah ke Singapore, Brunei dan Indonesia. In few weeks akan ke Vietnam pulak. Terisi la sikit my passport. Or else sendu je..kahkahkah..

Berkenaan family, my nukleus family, nothing much. Keluarga besar pulak, Amru dan Amiri dah balik dari Australia. Alhamdulillah..ibu la yang paling happy.

Kesihatan ibu ayah, mak dan abah alhamdulillah masih baik.

Mr Hubby masuk ward sebab batu karang. Sekarang undergo traditional treatment dulu. Selain itu, alhamdulillah masih sihat.

My kids - Aisyah dah makin pandai membaca, iqra' pun dah masuk iqra 5. Azizah masih belum boleh bercakap. Bahasa masih alien, ada terkeluar diddy, kakak, gert (nugget) dll..Sofea dah Form 1. Jalan kaki pergi balik sekolah. Not doing very ggod in her academic. Nak kena monitor. Imaan dan Hannah alhamdulillah doing very well at school.

Dah 2 month kot, kami dah mula konsisten baca taklim selepas maghrib. Doakan kami istiqamah.

Tahun ini pun, I dah cuba konsisten puasa Isnin, Khamis. Nak cuba upkan ke puasa hari putih juga. Mohon doakan.

Masih ada sebulan setengah lagi nak habis tahun 2023. 

Semoga 2024 mebih bersinar cerah untuk kita semua..InsyaAllah amiin..


Thursday, December 29, 2022

Houbi Scammer - Pengajaran Terbesar Tahun 2022

 Alkisah..post ini untuk pengajaran ya. Supaya tak terkena scam macam sis.😞

Aku ada la invest sedikit dalam kripto. Exchanger aku guna Luna dan Huobi. So, since kripto sendu, dan USD pun ada kenaikan sikit berbanding MYR, ingat nak cash out sikit dari aset Houbi. Dalam Houbi, kalau nak jual USDT, akan ada buyer dalam tu yang offer nak beli. Transaction biasanya straight forward dan terus masuk akaun. 

Untuk rekod, peristiwa ini berlaku pada 27 November 2022.

Nak dijadikan cerita, buyer ni bagitau dia dah bank in duit, siap bagi resit Maybank2u dari Singapore. Tapi bila cek dalam bank duit tak masuk lagi, aku tak de la nak tekan yang kita dah receive duit sehingga betul2 confirm duit masuk,kan? 

Di sini la bermula scammer buat kerja dia. 

Selepas beberapa jam, aku tak notify yang aku dah terima duit, dapat satu wassap dari satu nombor yang mengaku as Huobi Ombudsman. Nak selesaikan pertikaian antara buyer and seller katanya.

Malas nak taip banyak2, ini aku sertakan screen shot.






















Sampai la ke sudah duit aku tak masuk2 akaun ya. Huhuhu.😢

Sebab apa aku macam percaya je kat scammer ni? 

Pertama sebab aku naive. Tak expert sangat hal ehwal Houbi ni.

Kedua, sebab scammer ni convincing dan tak pushy. Faham tak? Gaya memang nak membantu menyelesaikan pertikaian. Mati2 la sis tertipu..

Korang bayangkan, sampai dah balik kerja pun, aku masih semak akaun, duit tak masuk2. Sampai nak tidur malam tu, baru realize yang aku dah kena scam.😞

So, esoknya aku mengadu dengan team member yang sama2 invest in kripto. Atas desakan dia, buat report polis untuk polis investigate.


Ini unit PDRM yang incharge berkenaan dengan scam kripto




So, ini adalah request dari polis untuk Houbi bekerjasama dalam siasatan.
Pegawai Penyiasat maklumkan, exchanger macam Houbi tak tertakluk pada mana2 undang2 untuk provide apa yang pihak polis mintak. So, susah sikit la. Lagipun, Houbi memang tak berdaftar dengan SC dan Bank Negara pun. Tak macam Luno.

After all, aku memang takde berharap sangat duit tu akan dapat balik. Kalau dapat, aku buat kenduri kambing wei😚..USD1.9k kot burn kat scammer.

Tapi ini adalah harga yang aku kena bayar la atas kenaifan aku sendiri.

Hopefully, takde sapa2 dah yang kena scam macam aku ya. Dan aku sumpah scammer tu dapat hidayah Allah, bertaubat dan menjadi daie hebat. Itu je doa aku.

Jamuan Birthday Aisyah ke 6 tahun


Syukur Alhamdulillah dah 6 tahun Aisyah pada 16 Disember 2022 lepas. Kami buat jamuan makan sikit jemput family members je on 18th December (Ahad).

Meriah la sebab budak2 ramai. Lama pulak tu tak berkumpul macam ni.


Aisyah yang pilih kek dia. Nak unicorn atau rainbow. Ok lah, nak.

Si kecik Azizah yang beria tgk hadiah kakak dia. Aisyah request nak pencil case ada gambar mermaid.

Kusyuk Azizah meneliti ya

Strudle sedap. Tempah dari isteri imam masjid.

Cream puff sedap. Dari isteri imam masjid jugak.

Bibik buatkan hotdogs ayam dan daging

Tempah laksa dengan mak kawan Imaan. Sedap.

All in all, syukur sebab anak2 happy, majlis berjalan lancar. 

Pagi tu sempat lagi kami pergi menonton Mechamato di Midvalley. Jamuan mula jam 3.00 petang. So, banyak masa nak prepare, lagipun byk makanan tempah je.

Yang paling meriah, sebab lantik Mama Nyoh untuk incharge game untuk budak2. Ya Allah, gegak gempita rumah😄

Apa pun, alhamdulillah semua ok. Cuma ada insiden pagi tu, masa balik dari wayang, Hannah misplaced handphone dia..ntah mana dia letak..frust jugak la..tapi dah tak de rezeki..bising pun tak guna..ye tak?