Dah nak masuk 37 minggu. Dah tak larat. Serius. Rasa nak basuh pinggan/ masak/ bancuh air..semua nak buat sambil duduk jer.
Mandikan dan basuh berak Sofea memang dah serah tender sepenuhnya pada Mr. Hubby. ~Semoga Allah kurniakan suamiku ganjaran setimpal disisiNya. InsyaAllah~
Lagi 2 minggu dah nak start cuti bersalin. Nak amik awal seminggu. Balik kampung, buat check up sekali dua dulu, tempah hospital bersalin dan rehat.
Friday, December 16, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Medical Leave Seminggu..Yeay!!
Time MC memang best. Tapi time sakit yang tak tahan. Seb baik ibu nak datang tolong jaga Sofea seminggu ni. 2 kali yaey di situ.
Ini MC sebab mak-buyung-35 minggu ni jatuh terlentang kat surau Petronas NKVE petang Jumaat 2 Disemeber hari tu. Terus berdesup Mr Hubby datang dengan kawan opis dia , Khairul bawa gi KPJ Damansara Speacialist. Warded sehari sampai tengahari 3 Disember 2011. Dah call ambulan pun lambat gila ko nak datangnya. Mr Hubby dari Ijok jugak yang sampai dulu.
Sepanjang warded dijaga sepenuhnya oleh Mr. Hubby. Terasa kasih sayang suami di situ. Auuwwww... Sampai mandi pagi pun, Mr. hubby mandikan sebab dia takut bini dia terlentang lagi. Haha.
So, alhamdulillah baby dalam perut tak der apa-apa. No bleeding, no spotting. Cuma ummi baby la sakit pinggang/hip belah kanan dan bengkak belakang kepala. Tapi as long as CTG tengok heartbeat baby ok, ok la.. Tapi doc tak scan pon..
Dalam tak scan tu pun, consultation fee doktor sampai RM200. Campur lagi dgn byrn doktor datang melawat kat wad pagi 3 hb tu, RM60 kalau tak silap. So total bil hospital adalah RM895.00. Insuran ada. Tapi tak cover maternity. So, bayar la dengan duit gaji bulanan ya.. (Peluh menitik di situ...)
Dah la doktor yang datang tu tak sentuh pun aku. Sentuh perut pun tak. Cuma tengok laporan CTG jer.
Eh, ni nak citer MC ker, nak citer pasal warded? belasah je la. sebab dua-dua pun berkait.
So, dapat la MC dari 4 - 10 Disember gitu..

Wednesday, November 23, 2011
Maal Hijrah Trip to Penang..Yeay!!
Tak sabar nak tunggu this coming weekend.
Walaupun sarat 8 bulan, Mak Buyung tetap gigih nak berjalan-jalan.
Ya la..nanti kalau dah ada baby kecik, agak susah nak kilik sana-sini. Kesian kat budak lagi..(Alasan..lalallala)
Lagi pun, Cik Imi (adik ai) ada kat Penang. So, terlebih teruja bila dia ajak piknik pagi Sabtu.
hehehe..
So, antara checklist adalah baju mandi Mr hubby dan Cik Sofea, sunblocks, topi, sunshades dan list of places to go at Penang. Hari-hari gigih google sana-sini.
Doakan semuanya berjalan lancar,kay... (^_____^)

Wednesday, November 16, 2011
Tak Tahan
Aku paling tak tahan kalau Sofea tarik-tarik tangan aku gi dapur pas tu tunjuk periuk/kuali atas dapur pas tu cakap "Mamam??".
Aku rasa bersalah dan loser sebab biarkan anak aku lapar.
Biasanya akan diakhiri dengan aktiviti menggoreng telur hancur (kadang-kadang sampai 3 biji) untuk anak dara aku sorang tu makan.
Rasa bersalah punya pasal... Isk.
Pas tu tiba-tiba rasa dihargai pulak bila Sofea makan telur hancur yang aku goreng dengan berselera dan cakap "Dap..dap.." sambil buat thumbs up. Hehehe..anak...oh anak..

Wednesday, November 2, 2011
M.A.L.A.S
Tak balik tengahri ni ke rumah konon-konon nak buat claim dan isi borang cuti untuk cuti esok.
Tapi sibuk wat benda lain, surfing sana sini, baca blog orang sana sini..
Duit claim, nak. Nak buat claim yang malas..Adooii...
Petang ni mesyuarat penting pulak.

Tuesday, November 1, 2011
Auuwww..romantik sampai tua..
Gambar ni aku capture dalam flight tahun 2009 masa balik dari kursus di Kota Kinabalu. Chinese couple sebelah aku ni dah tua. Baya nenek dan atuk kita. Tapi..korang tengok lah...tido pun berpegang tangan. Seronok aku tengok.Auuuwww...
Friday, October 21, 2011
Handbag & Wallet baru !!!
Seronok sebab dah lama teringin. Yang lama dah uzur benar. Ini Mr Hubby kata hadiah anniversary.
Bukti koyak. Kadang-kadang cari-cari duit kertas, terkeluar kertas keras dalam wallet tu. Haih.
Wallet ni beli tahun 2007. Dah 4 tahun guna. Jenama Alain Delon je.. Bukannya Coach pun...
Kesayangan baru dua beradik. Nak cari yang ada handbag dan wallet sama yang aku berkenan tu yang lama terpusing-pusing dalam Jusco tu.

Tuesday, October 18, 2011
Wednesday, October 5, 2011
Wishlist 2011
Wah...bulan Oktober,kan? haruslah ada wishlist...~macamlah ada orang nak pedulikan wishlist ko,kan?(-_-")~
Last but not least... I nak ni...
Sebuah rumah idaman kalbu.. Hari-hari pun mimpikan nak rumah..huhuhu~
Agak-agak mana satu yang Mr. Hubby nak kasik sempena besday I nanti eh?
Okay kita mulakan dari yang simple. Yang pertama, aku nak nursing chair, please. Bagi ibu-ibu yang menyusu, siapa yang tak pernah menyusu atau dodoikan anak dalam nursing chair, this is heaven okay?
Ini rupa yang dicilok dari Amazon.com.
Selepas tu, I nak Garmin. Sebab senang I nak gi mana-mana area KL tanpa sesat barat. Atau terpaksa park kat mana-mana stesen LRT/Komuter semata-mata tak nak sesat.
Last but not least... I nak ni...
Sebuah rumah idaman kalbu.. Hari-hari pun mimpikan nak rumah..huhuhu~
Agak-agak mana satu yang Mr. Hubby nak kasik sempena besday I nanti eh?
Tuesday, October 4, 2011
Petua #1 : Penjagaan batu-batu di kerongsang
Semua perempuan tentu pernah merasa kecewa bila kerongsang atau perhiasan lain yang mempunyai batu-batu ala-ala permata jatuh atau hilang dari kerongsang,kan?
Kerongsang yang lawa, tapi kalau dah satu batunya hilang, terus hilang 'seri'nya.
Jadi, meh nak bagi tau petua supaya lain kali kita boleh menjaga perhiasan-perhiasan tersebut dengan baik. Tahan lama pulak tu..
Okay, sebaik sahaja kita beli korongsang atau perhiasan yang ada batu, oleskan atas batu-batu tersebut pengilat kuku atau nail coat. Contohnya macam di bawah ni. Amik yang transparent, ya. Jgn la mentang-mentang mak cik suka warna pink, abih batu-batu warna biru hijau jadi bertukar colour.
Tunggu kering dulu. Baru boleh simpan bersama adik beradik kerongsang yang lain.
Tak perlu beli yang mahal. Beli yang harga bawah RM10 pun okay. Kat booth kecantikan ada, kat farmasi ada.. senang je nak cari.
~Pic credit to google~
Monday, October 3, 2011
Mimpi Malam 2 Oktober 2011
Semenjak 2 menjak ini aku memang obses mengenai pencarian rumah yang lebih selesa untuk keluarga kecil kami.
Setiap kali waktu luang, aku akan lihat semua laman web lelong dan laman berkaitan jual-beli rumah.
Jadi boleh dikatakan setiap masa aku akan berfikir mengenai R.U.M.A.H.
Nak dijadikan cerita, 2-3 lepas aku ternampak iklan lelong rumah teres corner lot dengan harga RM200k sahaja. Aku ulang - rumah corner lot, RM200k. Maka bermulalah angau aku sejak itu...Tambah-tambah rumah tu tak jauh dari rumah aku sekarang. So, persekitarannya aku tahu sangat. Lagi, rumah tu walking distance sahaja dari surau, dari shop lot, 7-E dan rumah pengasuh Sofea. Maka, kegedikan aku untuk memiliki rumah itu berganda-ganda.
Jadi, semalam aku bermimpi pasal rumah igauan aku itu. Aku ceritakan pasal nak beli rumah pada Farah aka Pa'a (kawan lama masa UPM) yang sekarang ni mengajar dan menetap di Bentong, Pahang. Tup-tup lepas aku cerita, dia pulak nak beli juga rumah yang sama. Wah...bengang aku sekejap. Dah bertambah competitor aku ni.. Lagi pun Pa'a dok kat Pahang apa kejadah nak beli kat SK nih?
Lepas tu, kami berjalan-jalan lagi, singgah satu rumah yang berdekatan dengan rumah igauan. Pakcik pemilik rumah ni nama dia Mahazan kalau tak silap aku.. Dia ajak kami minum-minum. So, aku tanya la pasal rumah yang aku berkenan sangat tu.
Pakcik Mahazan siap cakap - "Oh, rumah tu.. ramai minat nak beli tu.. ada orang dari Perak pun nak masuk bidding nanti."
Cisss...apa kena ngan semua orang ni? Kalau orang-orang Putrajaya ker, Puchong ker, Serdang ker aku leh terima la...apsal pulak dari puncak Pahang dan Perak semua nak beli rumah yang sama ni?
So. pagi ni aku dah amik nombor telefon ejen lelong tu...nanti karang aku nak call. Tengok betul ke tidak mimpi aku nih. Kalau ada rezeki, aku memang betul-betul nakkan rumah tu..
Doakan, please....???

Friday, September 30, 2011
Sepak Kang!
Sofea baru setahun 6 bulan. Tapi dah pandai cakap perkataan di atas. Juga perkataan "Babab, kang!"
Haih..
Bukan itu je, tapi siap dengan angkat-angkat tangan/kaki nak sepak/babab orang.
Tegur sikit je, terus dia, "Sepak, kang!"
Ikutkan hati aku, rasa nak jentik-jentik je kaki/tangan dia. Tapi takut pulak dia ikut perangai nak jentik-jentik orang.
Macam mana nak buat eh?

Tuesday, September 27, 2011
7 kilo
Bukan kilometer. Tapi kilogram.
Itu jumlah kenaikan berat badan aku lebih kurang sejak sebulan lepas.
Terkejut juga misi yang jaga mesin timbang tu.
Aku relaks je. Masa mengandung Sofea pun aku naik banyak juga.
Tapi yang tak bestnya, minggu depan kena datang balik check-up dan buat MGTT a.k.a minum air gula.
Tapi aku tak serik pun.. Lepas balik klinik, terus ajak Mr. Hubby makan spaghethi dulu.
Hari ni pulak, sarapan - nasi lemak, lunch - KFC (dengan cheesy wedges) + snickers + air 100 plus. Nyum..nyum..
Tengah pikir malam ni nak makan apa eh?

Monday, September 26, 2011
Makan-makan Aidilfitri 2011/1412H
Alhamdulillah...
Maka selesailah sudah acara makan-makan secara kecil-kecilan di rumah kecil kami pada 23 (Jumaat) dan 24 September 2011 (Sabtu). Sampai 2 hari ko....Meriahkan?
Actually, memandangkan famili kami ramai, tapi rumah kami 'comel', terpaksa la buat separate..
(Rumah kami tak sampai 900 sqf pun.. tapi nak juga meraikan tetamu walaupun tak seberapa...)
Itu pun kelam kabut mengalahkan orang mengahwinkan anak. Hari Jumaat lagi la haru sebab adik aku yang kat Melaka belum sampai, maka tak der la runner..
Mengah mak buyung turun naik tangga 2 tingkat - angkat ayam, kuew tiau, angkat satay, angkat nasi berlauk, angkat anakanda. Pas tu smbung kemas rumah susun-susun segala... Mr. Hubby keja. Nasib baik la ada ibu aku yang aku import dari Kelantan yang sudi membantu mak buyung-6-bulan-perut-bulat nih..
Petang kul 2.30 kena bergegas ke JPA sebab ada arahan hadir mesyuarat jam 3.00 petang. Tak cukup masa nak layan staf ofis datang beraya tengahari Jumaat tu, kena gi mesyuarat pulak.
Pendek nafas mak cik, nak....
Petang-petang sikit jiran Chinese rumah bawah datang ngan suami, anak dan cucu. Sempat la kenal-kenal. Pas tu member lama ngan dok Putrajaya datang 3 beranak.
Pas maghrib baru la rombongan adik beradik Sungai Buloh sampai.. Kul 10 lebih pulak bapak sedara dan sepupu sepapat Mr. Hubby di Cheras sampai.. Riuh la rumah kami sampai tengah malam.
Sebenarnya mak buyung pun dan mengantuk tahap dah tak boleh bukak mata..ngan Si Sofea pun ngantuk-tapi-nak-main-ngan-sepupu punya peel lagi.. Memang mencabar.
Nasib baik la jamuan hari Sabtu kami decide buat lepas Asar. Kalau buat pagi, memang lembik, okay..
Sabtu turn famili sepupu sepapat belah I pulak. Semalam belah Mr. Hubby. Tahun lepas pernah kami buat sekali gus..lastnya tak muat rumah sampai tetamu kena dok kat tangga apartment. So, lesson learned. Itu yang buat 2 hari..
Gambar satu hapa pun tak sempat amik..kamera elok je duduk dalam almari diam-diam..hehehe
Tak pe la. InsyaAllah, len kali kita tepek gambar banyak-banyak..okay?

Thursday, September 22, 2011
Hari Tanpa Kereta?
Pejabat aku lebih kurang 5 km je dari rumah. Heaven,kan?
Masuk 7.30pagi, kul 7.00 baru keluar beli makanan, hantar Sofea dan baru gi kerja.
Tapi walau pun dekat, aku tak dapat la join kempen hari tanpa keta ni.. nak bawak anak lagi, bawak perut lagi, bawak lemak lagi..eh..
Tapi serius kempen ni bagus dan aku memang sokong.
Cuma tak tau la orang Malaysia yang lain repon cemana..kalau bagus, lengang la KL hari ni..

Thursday, September 15, 2011
At Last...
Hasil kecewa sebab friendster delete blog aku, aku bukak blog lain..haha *motif gelak?
Blog ini akan dikemaskini mengikut sesukahati tuan punya. Boleh gitu?
Berkisar tentang kesukaan, kesedihan, kesukaran, kemenyampahan, kekaguman dan macam-macam pandangan aku tentang dunia dan seisinya. Juga tentang Sofea dan adik Sofea yang masih berada dalam perut buat masa ini.
Begitulah adanya...
Masih banyak yang perlu ditulis. Juga untuk tatapan Sofea dan adik-adik Sofea pada masa akan datang. Masih banyak yang perlu aku belajar. Nak godek2 features pun tak sempat lagi.
Oh, aku juga serius dengan nama blog ini. Setelah baca buku dari Amy Tan being a tiger mother, I've decided that's really not me. May be I'm a Cat Mom. Meow....

Subscribe to:
Posts (Atom)