Monday, December 31, 2012

Imaan's Developments

Satu tab opah, satu tab daddy


Lagi seminggu dari tarikh hari ini, Imaan akan mencapai umur setahun. Setakat ini,

1/ Imaan masih meniti..dah boleh berdiri sendiri dari duduk, tapi masih belum berani melangkah..(note: milestene Imaan dari merangkak ke meniti adalah kurang seminggu. Time raya mula merangkak, belum pertengahan Syawal, Imaan dah meniti)

2/ Masih belum pandai panggil ummi atau daddy. Yang dia pandai adalah 'opah'..dan 'ta..ta..ta..'

3/ Semalam, 30 Dis, dah pandai turun katil sendiri. Sekali ajar je, terus boleh buat. Bagus..

4/ Sangat suka senyum

5/ Senang dijaga berbanding kakaknya. Tidur awal, kurang bangun malam, menangis pun sangat jarang.Alhamdulillah..

6/ Suka joget bila dengar kita nyanyi

7/ Pandai lambai 'hai' atau 'bye bye'

8/ Pandai tepuk dan hi five

Setakat ni ummi belum plan apa-apa lagi untuk birthday Imaan.. Tengokla cemana nanti..Kalau tak,kita beli kek, makan2 umah opah dah lah ye, sayang..


2012 cum 2013

Today is the last day of 2012..

Just some review of my achievements in this year..

1/ Welcomed Imaan in our family
2/ Got confirmed in my promotion grade
3/ Got the HLP (Hadiah Latihan Persekutuan) from gov starting 5 Dis 2012
4/ Mr Hubby got us new Exora Bold (eh, my achievement or his? hehe)

How ever, still haven't achieve one of my main resolution for 2012 which was to learn how to sew. Sob..sob.. I thought of asking Mr. Hubby for sewing machine for my 31st birthday. But he hadn't even ask what I wanted then..Double sobs..

Okay, lets do some new resolutions for 2013

1/ Learn how to sew. At least do some curtain projects for my home.
2/ Read at least a book a month.
3/ No procrastination in doing assignments
4/ Doubled my savings
5/ Sell something. Either pre-loved items of mine, or some jewelleries, may be..I'm targetting at least 5 items.
6/ Try the most to perform dhuha prayer everyday
7/ To get landed house for our family

That's what I got in my mind for now.. The list may change without prior notice. Ngeee.... (^_____^)

Till next time, Happy New Year,everybody!!!!








Monday, November 26, 2012

New Passion - GOLD!!!

Very the mak cik,kan???(-______-)

Tapi marilah kita melihat dari sudut pelaburan aka investment untuk mengurangkan rasa 'mak cik' itu..

Harga emas tahun 2005 hingga 2010 adalah  meningkat sehingga 250%. Maksudnya secara purata, keuntungan emas adalah 50% setahun.

All this while, Mok Cik telah meletakkan pelaburan/simpanan di dalam TH sahaja.
Dan keuntungan setiap tahun adalah 8% - 10% sahaja. Fine. (T_______T)

Lihat tak betapa rugi sekiranya kita tak berilmu? Sedih, okay???

So, langkah pertama mok cik adalah....

Seutas rantai tangan dan sepasang subang. Dapat pulak casing yang cantik. Happy mak cik pepagi hari.
 Beli emas!!!!! Jangan tunggu lama-lama..nanti lama-lama harga emas makin naik..(ikut lagu Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang..)


Alololo...comeynya dapat dengan beg sekali..Pas ni sure kena rembat ngan Sofea ni..(-__-)
Tapi ini dibeli dengan duit yang dapat dari hasil pajakan barang kemas dalam simpanan..

Barangnya tak sempat snap. tapi item adalah tiga utas rantai tangan. Dua baru beli (sbb tu ada tag), satu lagi sedia ada dlm simpanan.

Mak cik ingat nak beli lagi..sementara duit ada belum dihabiskan dengan perkara lain yang kurang faedahnya. Seperti membeli tudung baru (lagi..) (-____-)''

Nampak tak pusingannya?

Beli emas ----> gadaikan di Arrahnu -----> beli emas lagi (emas baru yang dibeli ini sama ada boleh digadai lagi, atau simpan elok-elok dalam peti besi)

Then, kalau harga emas naik, bawak surat gadaian ke Arrahnu yang kita gadai emas tu, bagitau nak buat penilaian semula (overlap). Setelah ditolak dengan kos upah, kita akan dapat cash lebihan dari harga emas semasa tolak harga emas lama (masa kita gadai)..

Agak-agak faham tak apa yang cuba disampaikan? Tak complicated sangat pun, may be cara penyampaian penulisan aku yang kurang bagus..Hahaha..

Apa-apa pun, nasihat dari mok cik yang baru celik ilmu sikit ni, daripada simpan duit dalam bank, lebih baik beli emas. Emas adalah pelindung nilai kepada inflasi.



Monday, November 19, 2012

Pengalaman menaiki cabin KTM (Wakaf Bharu - KL Sentral)

Setelah sekian lama hasrat nak menaiki keretapi dengan anak-anak, akhirnya tertunai jua. Tapi ditemani opahnya, bukan daddy sebab daddy kena balik awal dari kampung atas urusan kerja.

Jadi bercutilah seminggu ummi dan anak-anak di kampung. Sorgaaa....hahaha. Orang kata alang-alang dah balik kannn... Takkan duduk sehari dua je. Sakit-sakit badan pun tak sempat habis lagi.

So, berbalik kepada cerita asal, cerita kami anak beranak naik keretapi kelas pertama..

Kalau diikutkan, tiket semua dah tak de dah. Masa aku tanya pada 13 Nov (Hari Deepavali), tiket yang available hanya pada 21 Nov. Almaklumlah cuti sekolah. Tapi ntah macam mana rezeki memang nak dapat, terselitlah jugak satu cabin yang available (dengan bantuan pak cik aku). Maka bergeraklah kami berempat pada 16 Nov pada jam 7.00 petang menaiki Cabin No. 1 Gerabak No. 1. 

Cerita pasal cabin pun satu hal. Sepatutnya cabin kami No. 8, tapi tak de pun di tiket tulis no cabin, so ibu aku main belasah je masuk cabin 1. Nasib baik tak de orang duduk cabin tu... (-_____-)''

Berlengas menunggu keretapi. Pakai pun baju biasa je. Esok nak jumpa daddy, baru tukar baju semenggah sikit.

Imaan yang sabar menunggu Ummi melayan kerenah kakaknya. Nampak deretan gula-gula kat belakang? 2,3 kali Ummi kena pau dengan Sofea. Termasuklah mainan kat tangan Imaan tu pun Sofea punya. (T__T)

Gerabak keretapi akan betul-betul berhenti kat no gerabak yang ditetapkan.

Menunggu train

Dua berth untuk tido. Kalau tido sorang satu, memang selesa habis. Tapi kami dengan anak2 kecik, banyak kena consider keselesaan anak-anak.

Ada tivi (tapi kami tak bukak pun), ada sinki (yang bertutup aku letak wallet tu), ada kerusi.
The verdict? Okaylah..kalau orang mengharapkan selesa macam first class kapal terbang, memang kecewalah. Sebab KTM ni barang macam old school sikit. Dan rasanya servis pun tak de berapa bagus sangat. Dan bising gerabak memang tak boleh blah. Pas tu kalau ketapi dah berhenti, dia nak start bergerak tu, macam terkejut sikit. Macam keretapi terbatuk-batuk tua gitu...hehehe. Metafora tak nak kalah, okay.

Kalau senyap dan laju macam ERL tu, baru okay. Tapi tak tahu la zaman bila nak dapat. Kena tukar management dulu kot KTM ni baru ada perubahan.

Perjalanan kami amik masa dalam 15 jam lebih kurang. Jam 10 pagi baru sampai KL Sentral. Pengsan kalau tunggu. Ini sebab utama Mr Hubby kurengg sikit nak naik keretapi. Dia tak sanggup travel lama-lama. Padahal okay je aku rasa. Sekurang-kurangnya boleh rehat dan tak stress melayan 'kebuasan' anak-anak di dalam kereta.

Dah naik keretapi, bukan main lagi aku mintak Mr Hubby tunggu jam 7.00 esok pagi. Ingatkan 12 jam je. Sekali bangun Subuh jam 6.30 pagi, baru kat Gemas. Terus whatsapp soh datang lambat sikit. Tapi anak-anak tido dengan tidak berketik. Mungkin sebab siang dah letih, mungkin sebab kenyang, atau mungkin jugak sebab best dengan 'goyangan' keretapi.

Untuk kabin ni, kami bayar dengan harga RM176.00. Itu pun sebab ibu dapat potongan 40% sebab pesara. Untuk info detail mengenai tambnag perjalanan sila ke http://www.ktmb.com.my/images/pdf/fare_table.pdf.
Atau detail semua pasal perkhidmatan KTM sila ke http://www.ktmb.com.my/.





Thursday, November 15, 2012

Cuti panjang yang puas

Mau tak puas?

Dari minggu lepas, teambuilding di Morib sampai hari Rabu, sambung pulak kursus TNA di Ipoh sampai Jumaat.

Sabtu balik Kelantan. Sampai hari Jumaat. Cukup seminggu. Hari- hari melantak nasi berlauk, laksam special..haha.

Esok petang baru nak gerak balik.

Ini baru cuti namanya.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, October 31, 2012

Lagu Yang Tiada Nilai Moral

Berikut disenaraikan beberapa contoh lagu yang pada aku bukan setakat tiada nilai moral, tapi lirik yang tidak bagus langsung untuk diikut.

Tapi kekadang lagu-lagu ni semuanya catchy. Sampai aku pun terhumming sama. Ciiss..


Contoh 1

Lagu : Pudar

Penyanyi : Rossa

Sedutan Lirik : ...Bagaimana kalau ku selingkuh saja, Ku punya banyak teman lelaki .....

Komen : Chooiii!!!...weh, banyak cantik muka kau nak main selingkuh-selingkuh...dengan banyak teman lelaki pulak tu.. Maruah jangan letak di tapak kaki boleh tak? Macamana la laki bini tak bercerai berai sekarang ni? Dok ulang-ulang lirik tak bagus macam ni. Macam menggalakkan pulak. Like - "let's selingkuh ramai-ramai.."

Contoh 2

Lagu : Hey Ladies

Penyanyi : Rossa

Sedutan Lirik : ....Hey ladies jangan mau di bilang lemah, Kita juga bisa menipu dan menduakan, Bila wanita sudah beraksi dunia hancur....

Komen : Ni lagi satu lagu Rossa ajak perempuan curang. Macam, "eh, kalau orang lelaki boleh curang, kita pun boleh curang apa..." Puuuiiiiii!!! Kalau dah lelaki tu dah berdosa, apasal la pulak ko nak berdosa sama? Serius macam tak de akal.


Contoh 3

Lagu: Ku Menunggu

Penyanyi : Rossa

Sedutan lirik : "Ku menunggu..ku menunggu kau putus dengan kekasihmu..."

Komen : Ini lagi satu. Apa pasal Si Rossa ni suka sangat nak nyanyi lagu yang lirik nak amik hak orang, aku pun naik heran. Bagus sangat eh lelaki tu sampai kau sanggup tunggu orang tu putus? Rasa nak lepuk-lepuk sikit kepala orang macam ni. Nak bagi kesedaran sikit. Kononnya macam cinta suci sangat la. Tak nak ngan orang lain, nak ngan lelaki tuuuu jugak. Hak tuuuiii!!! Ko belum kawin, memang la semua nampak macam bagus. Dah kawin esok, baru ko nampak buruk busuk semuanya.. Time tu, baru la ko nak menyesal tunggu orang tu putus. Dah tak boleh nak cakap apa dah. Yang boleh cakap ialah PADAN MUKA.


Contoh 3

Lagu : Ku tunggu Jandamu

Penyanyi : Irwansyah

Sedutan lirik : "Lalu kuputuskan.. kuputuskan kutunggu jandamu.."

Komen : Dalam dunia ni, bunga bukan sekuntum dik.. Yang sekuntum yang kau puja-puja, belum tentu wangi. Belum tentu manis madunya.. Sudahlah tu..janganlah didoakan orang bercerai berai. Anak dara ramai lagi yang cantik-cantik, beriman, terpelajar, baik akhlak. Janganlah buta hati sangat..Tsk..tsk..*geleng kepala*

P/S : Memang kebetulan kot lagu-lagu yang tersenarai ni lagu-lagu seberang. No offence. Lain-lain lagu Indonesia aku suka. Macam Letto. Lembut dan damai je lagu dan liriknya.

Tuesday, October 30, 2012

Lagu yang Perempuan suka ^_^

Banyaaakk lagu-lagu sekarang yang best-best.. Tapi kita hendak bincang pasal lagu yang sweet yang perempuan suka. Eh, may be bukan semua perempuan, may be perempuan yang sama macam aku (kot).

Untuk Dia - Sleek feat. Najwa Latif

Selain rentaknya yang catchy, lirik lagu ni memang sweeeeettt sangat.. Tang lirik "aku yang patut memberinya segala..kerna aku mampu melakukan apa-apa saja..untuk dia..untuk dia.."

eh, memang macho dan bertanggungjawab sangat bunyinya.

Sebab apa? Sebab perempuan kebanyakannya memang suka sangat kalau lelaki sanggup lakukan apa sahaja untuknya. Termasuk keperluan material, ehem, macam dalam lagu ni, ehem.

Sedetik Lebih - Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Do I need to say more? Anuar Zain kott.. memang terbaiklah. Dari segi suara, lirik, lagu mendayu.. Pendek kata, memang terbuai-buai kalau orang yang tersayang tribute lagu ni untuk kita. Dan hanya untuk kita. Kan?

Maksud lirik yang diboldkan tu membayangkan betapa wanita itu diperlukan sebagai pemangkin semangat lelaki tu. Memang sweet.

For The Rest of My Life - Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together to Jannah
Finally now I've found myself I feel so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart


Sumber : http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/maher_zain/#share
Lagu ni memang banyak diputar masa kenduri kawen. Dah la memang Maher Zain ni fenomena kot di Malaysia ni, lagu pulak semua best-best..

Lirik yang bold tu pulak memang mengenai janji seorang suami kepada seorang isteri. Sure isteri menangis terharu kalau suami boleh nyanyi sendiri lagu ni ditujukan khas kepada isteri.


Buat sementara, ini je dulu yang terfikir. Sebenarnya ada satu lagi lagu yang nak dishare, tapi tetiba lost pulak.

Daaannn, nanti kita share yang lagu yang ppffffftttt $#**&%% yang memang aku tak suka. Rasa nak lempang-lempang je siapa yang baut lirik tu. Nanti eh...

Thursday, October 18, 2012

31

Genap. Hari ini.

Hope to be better, wiser, happier, richer a lot than before. From all aspect.

InsyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, October 16, 2012

Cong Cong Codak - Lagu main Sofea dan Imaan

Cong cong codak
Mayang Labu-labu

Mana pergi budak?
Cedok air selabu

Buat apa ai selabu?
Buat ngasah ladin

Buat apa ladin?
Buat tetak bemban

Buat apa Bemban?
Buat jolok bulan

Buat apa bulan?
Buat main Sofea/ Imaan!!!! (lambung tinggi-tinggi)

Friday, October 5, 2012

Empat Tahun

4 Oktober 2008 - 4 Oktober 2012.

Empat tahun sudah.

Empat tahun selepas Mr Hubby terima nikahnya.

Doakan yang baik-baik ya.

Doakan kami dalam mawaddah dan rahmah.

Sampai syurga.


~Cinta hati saya~

Thursday, September 27, 2012

D'Aura Spa - (return) customer review

Jadi mak-mak ni, standard la kalau tak cukup tido, tak cukup rehat, rasa stress. Tambah-tambah kerja kat rumah sama banyak dengan kerja kat opis. Ye dak?

Tak sempat buat hari biasa atau weekend, terpaksa amik cuti semata-mata nak mengerjakan rumah. Nak sental- sental daki badan pun tak sempat kalau hari biasa. Boleh bayangkan betapa masa menyemburui kami golongan mak-mak ni?

Jadi, sekali sekala meh la kita manjakan diri sendiri (dengan duit suami. eh.)

Pandangan depan spa

Tempat rekleksologi

Tak sempat amik gambar sebab nak kena masuk ofis semula. Lagi pun nak capture dalam bilik urut tu, tak nampak, dia pasang dim light je. Romantik gitu...

Tukang urut aku namanya Mira. Masa call buat appointment pun aku dah request nak urut tradisional. Urut-urut ala2 usap mengusap ni tak mainlah. Kalau boleh yang pandai tekan urat, buang angin, lagi best. So far, Mira ni ok. Tak lembut sangat dan tak kuat sangat. Lagi best bila kita boleh instruct kat mana kita nak dia urut lebih. Biasa aku akan mintak urut pinggang dengan belakang lama sikit. Mak kan hari-hari dukung anak. Memang lenguh pinggang abis.

Lepas tu, aku memang tak suka dengna tukang urut yang cakap banyak. Ada satu tukang urut yang pernah mengurut aku tu, kerjanya mengata oraaaaanggg je. Orang tu tak kena, orang ni kedekut, cerita rumahtangga orang, mengumpat suami sendiri...eh, tak suka la aku. Nak tegur direct, orang tua. Terpaksa aku buat-buat tukar topik. So, kat D'Aura Spa ni memang ada etika tukang urut yang bagus. Kalau kita tanya, dia jawab, kalau tak dia tak akan bercerita. Baru kita boleh relaks. Dalam website dia pun ada bagitau tentang etika-etika ni. Profesional betul.

Ada lagi satu cawangan kat Putrajaya. Tapi yours truly tak pernah pergi. So, tak boleh nak komen.

Time gaji ni, meh la kita ke spa lagi..kalau boleh amik cuti pas tu amik package scrub, facial semua pun best ni..hehe (berangan)

Monday, September 24, 2012

Kopi Mahkota Dewa - memang marvelous!!

Sesapa yang suka minum kopi, meh aku nak share kopi yang best. Dulu aku adalah peminum nescafe yang tegar. Kiranya tak lengkaplah hidup sehari tak minum walau segelas. Macam addicted pun ada...

Tapi bila dah try Kopi Mahkota Dewa ni, memang dah bertukar seleralah.. Dah senang nak bancuh, sedap pulak tu. Kalau nescafe, silap bancuh memang hampeh la..dia punya 3 in 1 aku memang la tak masuk sangat. Baik buat sendiri..

Kalau nak minum ni, better waktu pagi. Kalau minum malam, memang mata segar bugar berbuntang la jawabnya sampai pagi. Aku pernah minum kopi ni waktu malam masa berpantangkan si Imaan. Baby, tau sajalah. Time malam la dia nak tersengeh-sengeh ajak main. Mula-mula memang nangis la nak menahan mata. Tapi once dah kena kopi ni, sama naik la ngan Imaan time waktu malam. Siang, bila siap urut bertungku, baru aku tido. Pun sama ngan Imaan.

Mesti orang bertanya ada tak effect pada baby? So far, pada aku tak ada. Maksudnya tak de la bila minum kopi ni, mata anak pun susah nak tido jugak. Imaan sekarang memang tidur soundly waktu malam. Nap siang pun boleh sampai 2-3 jam sekali nap.

Lupa nak bagi tau, kopi ni setakat ni tak de pulak jual kat kedai. Kena beli dengan ejen. Siba baik my Ibu jadi ejen. Hehehe..setiap kali Ibu nak datang rumah, mesti kirim 2-3 kotak. Tak nak stok putus. Sekotak harga RM 28.00. Ada 20 sachet x 30g.

Kalau nak, sila la call my mom - 0199402196. Tapi Ibu kat Kelantan la. Kalau area-area Putrajaya ke, Serdang ke, Seri Kembangan ke, may be aku boleh tolong kot. Kalau ada stok lebih la...hehehe


Separuh mug baru nak capture gambar..Dap..dap..

Sekotak kena standby kat pejabat

Tuesday, September 18, 2012

Jamuan Raya Opis 2012

Nom..nom..

Meja VIP ada lebih..so, kita serbuuu..tak yah beratur amik buffet..hehe

Acik dapat cabutan bertuah okay..sila kagum.


12 September 2012, Opis aku - Satu majlis jamuan raya telah diadakan di lobi opis dihadiri oleh tetamu jemputan dari kementerian, jabatan-jabatan adik beradik dan staf pejabat. Tema adalah hari raya. (Abis tu? takkan nak gong xi fa cai plak kan?)

Bestnya jamuan raya tahun ini sebab AKRAB ada buat game 'ketupat beracun'. Ha, opis ko ado? Pas tu, ada lagi cabutan bertuah. Dah la dapat makan, bleh main game, dapat pulak hadiah lagi..waaahhh...leh propose untuk tahun depan ni.

Btw, jamuan hari ni menteri tak dapat datang. KSU pun tak dapat datang. Tapi tak pe, kami tetap lah happy macam biasa. Kurnag la sikit protokol,kan?

Saya suka..saya sukaaa!!!!(gaya Mei Mei Upin Ipin)


Thursday, September 13, 2012

owh, patutlah

Banyak sangat hal-hal duniawi yang aku nak dalam kepala otak aku  ni..Tapi belum dapat. Kepala asyik pikir-pikir. Patutlah aku asyik serabut.

Kalau banyak fikir akhirat, tentu tak serabut kepala aku ni. (-_-)"

Monday, September 3, 2012

Macam-macam cerita..

1.Umrah

Teringin nak menunaikan umrah bersama-sama Mr Hubby. tapi akaun TH Mr Hubby ada lam RM400++ jer. Huhuhu...So, tiba-tiba datang idea bernas..Ting!!!(Mentol menyala)

Aku nak cadangkan untuk buat akaun bersama dalam Bank Islam. Setiap bulan setiap orang perlu contribute sejumlah wang. Aku nak namakan Dana Umrah Ummi Daddy. Boleh?

2.Sit Up

Dah dekat seminggu aku berjaya buat sit up dan push up sebanyak 25 kali setiap satu. Ini adalah cara untuk menten kurus tanpa perlu berlapar. Nanti kita tengok macam mana hasilnya..Hari Sabtu lepas (1.9.2012), aku adalah seringan seberat 53.5kg (mengikut timbangan digital rumah cho).

3. Empat batang

Gigi Imaan dah empat batang. Mula-mula tumbuh gigi bawah, pas tu gigi atas, pas tu bawah balik, then atas. Tak ingat pulak berapa bulan time mula-mula tumbuh tu. Masa enam bulan rasanya. Sebab masa puasa gigi dia mmg dah ada 4. Yang aku sure dia start meniarap lima bulan. Lambat. Tapi tujuh bulan - raya to be exact - Imaan dah merangkak. Kita perhati pulak bila dia nak meniti dan berjalan.


3 polkadots







Penimbang Beg



Kalau kita yang kenis kena travel selalu, dan memang jenis suka shopping dan mula menggelabah bila exceed baggage limit, this is a must, okaay..

Aku dah nampak benda alah ni sebelum gi Sabah hari tu lagi.(28 - 30 Jun). Tapi konon-kononnya bajet best,kan, tak perlu beli lagi kononnya.. Sekali...baggage aku dan ibu ngam-ngam je 40kg. Itu pun last minit aku upkan limit via online. Kalau tak, masak la nak bayar. Sekilo RM25 kalau tak silap.

So, kita belajar dari pengalaman. Meh beli ni. Aku beli dari Groupon. Dari RM149.00, dapat harga RM35.00 sahaja. Terbaekkk..

Ingat atau ada?

Sikit tandanya ingat...

Banyak tandanya ada
Lelaki memang macam tu,kan?

Nak kita terhegeh-hegeh cakap kita nak hadiah lah, nak bunga lah..baruuuu nak beli.

Cer kalau kita buat tak tahu? Nan adoooo...

Eh, isteri ni bukannya nak hadiah sangat pun, tau.. tapi tanda ingatan tu yang penting.

Tapi, My Hubby ni tak de la teruk sangat pon. Sebagi tanda ingat, selalu dia belikan kittew cheezzy wedges kalau dia belikan Kay Ep Cee. Okay la tu,kan?

Tapi ni semalam, masa hantar Uwis Si Bongsu kat KLIA, lalu depan Famos Amos, terus Mak Cik Japirah tersengeh-sengeh pandang Mr Hubby. 

"Naper? Nak biskut ker?"

"Eh, tak der la..." - ayat mengada. Padahalll.....

"Yelah, jom."

Waaah..lebar senyum Mak Cik Japirah.

Masa tengah timbang biskut, achik usha-usha la benda lain dalam kedai tu..terus...

"Daddy tak pernah pun nak belikan Ummi benda-benda sweet mcm tuuu..." muncung tunjuk kat goodies-goodies yang nomey dalam kedai.

"Ummi nak yang mana?"

Sengih.

"Mana-mana pun tak per.." - ngada. macam nak lempang,kan?

Mr Hubby amikkan tin yang bentuk love. Dalam ada coklat ferrero roche.

"Tak nak coklat. Nak tin yang macam tu, tapi nak isi biskut dalam dia.."- serius mintak pelempang pompuan ni.
Nak tak nak, Mr Hubby ikutkan je la...terus sayang naik 5%.
Ngeh..ngeh.. sekali sekala, kan? Bukannya emas di Habib Jewel poon....eh.

Sunday, August 19, 2012

Aidilfitri 2012


Salam aidilfitri daripada kami sekeluarga. Mohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap selama ini.
Semoga dipertemukan lagi pada tahun2 mendatang. InsyaAllah..(^_-)V
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 14, 2012

Hajat Tidak Kesampaian dan RM1000.00

Kejadian dah tiga hari berlalu, tapi aku masih sedih.

Bermula dengan sebuah proposal pada Mr Hubby untuk buat wallpaper/ wall covering untuk feature wall di ruang tamu dan satu wall di master bedroom.

Tujuan utama aku nak pasang wall covering sebab nak tutup defect yang tak cantik pada wall dalam bilik. Dah alang-alang nak raya kan, aku propose la sekali untuk wall di living room. Aku dah survey, kosnya dalam RM1000.00 lebih kurang.

Tapi, yang sedihnya.. proposal aku ditolak mentah-mentah. Membazir, katanya. Padahal duit aku, kan.. Pandai-pandailah aku nak cari wall paper yang murah yang ada promosi segala.

Yang tak bestnya lagi, bila aku cakap, sakit mata ku tengok wall bilik yang macam berkulat (sebab pernah paip bocor kat luar dinding sebelum tu), Mr Hubby kata, baik dia cat semula wall tu. Duit tu, kasi dia. Deal?

Desperado aku pada masa itu untuk melihat dinding bilik dah tak berkulat, terus dengan laju jawab, DEAL!!

Ciiisss....

Pada masa tu, aku macam tak yakin pun Mr Hubby bleh siapkan dalam masa 2-3 hari. (Itulah, len kali jgn under estimate orang..hahaha). Aku siap cakap, kalau masa sahur pagi Isnin masih tak siap, aku akan terus call orang wall paper buat ukuran, terus buat macam yang aku nak. Masa kami deal tu, hari Rabu atau Khamis. Lagi pun dia cakap dia kerja hari Sabtu. Menguatkan lagi fikiran aku, mesti tak leh siap punya..(under estimate lagi)

Sekali, petang hari Sabtu, Mr Hubby balik dengan berus cat segala. Jam 4.00 mula heret perabot, cat dan jam 6.00 petang, siap. Mr Hubby dah tersengeh-sengeh cakap gatal tangan lah.. nak terima duit lah..haih.

Aku pulak emosi sendiri-sendiri sebab aku tengok catnya tak rata pun. Cat pun kat kawasan siling, ada yang tak habis. Pendek kata, tak kemas lah.

Dalam hati, aku fikir, baik aku bayar orang yang dapat buat wall paper untuk 2 dinding daripada cat satu dinding, tak kemas pulak tu.

Aku perlu tulis perkara ni sebab aku tak tau perlu ke aku emosi dengan benda-benda macam ni. May be next time bila kau baca balik blog ni, aku akan pikir.. Weh, cat ngan wall paper je pooonnn....itu pun ko nak emosi. Haih..(-_-)"

Thursday, August 9, 2012

Bonus Day & How the Money Flies (T_T)

Masing-masing memang menyengeh jer.. Orang kat berlingkar kat surau tengahari tadi pun dah kurang. Sebab pegi Jusco punya pasal. Dapat bonus lah katakan..

Tapi...(wah..ada tapi..) duit bonus tu menyinggah kejap je kat dalam bank.

Ntah hapa angin semua duit macam dah kena tiup pegi masuk beg duit penjual-penjual biskut raya. Hehe.

Meh kita muhasabah (muhasabah?) sikit ke mana semua duit tu pergi..:

Biskut raya - RM189.00
Duit Raya - RM1000.00
Upah jahit baju kurung ummi dan anak2 : RM140.00
Bakul anyaman untuk letak kuih raya ibu dan mak - RM84.00
Gown anak-anak - RM120.00
Air kotak (1 karton) - RM36.00
Total : RM1569.00

Last-last, bonus memang habis macam tu je. Alhamdulillah, ada bonus. Kalau tak, korek duit simpanan la jawabnya.Huhuhu

Tuesday, July 31, 2012

Nak tolong ummi..


Niat nak tolong tu, dah ada. Tinggal nak kena practice je lagi.
Ni kerja Sofea nak simpan baju2 lepas lipat dlm drawer. Sepatutnya drawer atas tu cd2. Tapi dia main letaaakk je. Sabo je la.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 11, 2012

Gigih

Naaakk jugak update walau taktau nak update hapa..

Ngeh..ngeh..ngeh..

Owh, btw anakanda Imaan dah 9.5kg masa timbang untuk inject 5 bulan. Kuuuusssss semangat.
Lagi 500 gram sama berat dgn beras sekampit. hahaha.

Owh, lagi satu... baru aku tau yang avocado di Sabah lebih murah jauuuhhh dari semenanjung. Kat KK,  RM6.00/kg. Kat sini, RM5 sebiji. Ambik ko!

Kay lah..nak sambung kerja ni. Baru kurang sikit stress bila dah update. (Tak kena mengena)

Saturday, June 23, 2012

s.kembangan - gambang - s.kembangan dan musang king





Travel dengan seorang breastfeeding baby dan seorang active toddler tidak mudah,tahu? Lagi-lagi kalau si ibu drive sendiri dgn ditemani puan opah.
5-6 kali juga berhenti untuk bf baby, toddler poo poo, makan, solat segala..jadi, hasilnya perjlnn yg sepatutnya ambil masa 3 jam, jadi 5 jam plus super penat bila dah sampai.
Lagi best bila semua budak itu sudah puas tido dlm perjlnn, jadi masa di rumah adalah masa untuk buat bising dan buat sepah sedangkan tukang driver amatlah penat. Panjangkan, explanationnya?
Tapi kami sempat juga singgah di bentong,makan durian musang king. RM28 sekilo, kau. Kami mkn sebijik je kongsi 3 orang, RM64.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, June 13, 2012

Sushi King - our dinner tonight


Serius ni 1st time kami suami isteri masuk sushi king. Memang jakun sebab tak tau sistem dia cemana..

Harga ikut warna pinggan yg kita ambik. Ada 5 warna - purple, pink, merah, biru n peach..tak ikut turutan kemahalan. Tapi yg purple sure plg mahal.

Green tea foc.

Kira ok la. Boleh makan lagi len kali. Harga dinner kami mlm ni rm53.00.

Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 8, 2012

Hello Kitty ice tray..yeay!!

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya hari ni sampai jugak.


Ni beli di milk a deal. RM20.90 instead of RM49.90.


Semangat nak balik buat jelly utk Sofea..yeay!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 31, 2012

tak sama

Bila badan masih anak dara ngan badan bila dah jd mak bg dua anak dara.

Aku nak kurus dan slim. Fullstop.

So, aku start dgn rutin berikut;

1/ Minum limau suam utk buang lemak;

2/ Pakai PB hari-hari;

3/ Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang;

4/ Minum air masak banyak; dan

5/ Buat sit up sekurangnya 15 kali sehari.

Apa lagi eh?

Oh, puasa isnin khamis.

Tapi setakat ni, yg pakai PB jer yg istiqamah. (-.-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 25, 2012

Emas itu pelaburan bijak

Just copy paste dari page ni - http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=79866

Buat panduan diri sendiri :)
Salam semua forumers!Kat sini aku nak kongsi dgn korang semua tentang peluang membeli barang kemas lelongan Bank Rakyat. Actually, aku pun baru je first time bid last week & tak sangka plak boleh dapat. Pada aku, emas lelong ni adalah satu cabang pelaburan emas fizikal yang bagus pasal biasanya emas-2 yg disimpan oleh BR ni kebanyakannya masih tersimpan elok & dlm keadaan baik. Yang paling best kalau luck kita baik, kita boleh dapat brng kemas tersebut di bawah market value.

Aku difahamkan BR memang setiap bulan akan menjalankan lelongan brng kemas nie. Kemungkinan bukan semua cawangan, tapi BR cawangan bandar-2 besar saja. Ni aku agak ajelah… Maybe korang yg tinggal kat pekan-2 kecil tu bolehlah tanya pd pegawai BR kat sana. Yang tak best nya kita tak tau bila BR akan buat lelongan awam nie pasal derang tak de buat promosi bgtau pd public. Maybe kalau kita kenal pegawai BR bolehlah mintak tolong alert pd kita. Kalau tak kena lah sesekali singgah BR utk pantau. Tapi biasanya waktu lelongan ni dijalankan adalah pd minggu ke-3 setiap bulan. Macam kes aku, BR area aku ni buat pd minggu lepas. Tak silap, derang akan bukak selama seminggu dr hari Isnin sampai Jumaat. Aku bernasib baik pasal datang lepas hari Jumaat minggu lepas. Memang bid pun last minute sblm tutup. Jadi tak sempat sangat nak memilih…

Biasanya brng kemas yg derang display utk lelong ni memang banyak. Semuanya akan di letak tag as 'Item X'. X tu mewakili nombor brng yg di display tu… Kalau ada 100 brng jadi tag tu start dgn item 1, item 2, item 3,…….., item 100. Setiap item tu tak semestinya cuma satu brng saja. Kebanyakannya setiap item tu mesti ada at least 2 brng atau lebih. Sbnrnya setiap item ni represent brng-2 yg digadai oleh owner asal. Brng tu biasanya digadai dlm satu borang. Pasal tulah bila nak release pun, kenalah release semua. So, aku rasalah kalau kita nak gadai brng kemas kita, eloklah kita asing-2kan guna beberapa borang. So, let say ada problem tak dapat nak tebus balik… at least kita dapat gak cover sebahagian. Macam aku hari tu, aku bid utk 2 item. Item yg pertama cuma sebijik loket cam bentuk gold coin. Ntah sapa punyalah brng nie ye. Yang ni cuma emas 18k atau 750. Satu lagi item ada 5 jenis brng - 2 gelang, 2 cincin & 1 rantai. Semua emas 22k (916) kecuali satu cincin tu emas 20k (835). Bnyk item yg dilelong. Hari tu saja tak silap item no sampai 140… Memang rambang bijik mata! Ada satu item tu satu brng aje, gelang or rantai dah lupa… tapi harga rezab rm15k++. Bila pikir balik nyesal plak tak bid yg nie. Tapi ada gak bbrp item yg call-off… Maybe owner dapat bayar duit upah last minit.
Reserve price yg derang letak tu memang bawah market value. Cth utk emas 916, Jumaat lepas price BR adalah rm92.77 per gm. Reserve price yg derang letak adalah lbh kurang bwh rm10 iaitu rm82.77. Yang tak bestnya kalau kita tak tau current market price pd masa tu & juga purity emas lelong tu. So, kita kena assume sendirilah… Aku pun agak-2 je maybe ni emas 916 pasal aku ada gak cek harga emas kedai emas minggu tu. Cek sini http://www.fgjam.org.my/. Tadi masa amik emas, rate dah naik rm102.18… Pegawai tu pun cakap aku bernasib baik pasai rega emas dah mendadak naik. Best-2! Rate BR ni aku tngk rendah sikit dr rate goldsmith. Skrg kedai emas rate rm105. So ni pun dah kira advantage jugak kalau dapat emas lelong BR…

Setiap item yg korang bid ni charge dia cuma rm5… So, cth cam aku cuma bayar rm10 utk 2 item. Lepas seminggu biasanya BR akan call kalau kita berjaya. Derang akan suruh amik dgn kadar segera or item tu akan dioffer pd pembida ke-2 tertinggi. Satu lg yg best advantage kpd pembida individu… Memang BR utamakan individu drpd sykt jual-beli emas. Bila korang dtg utk amik emas tu, korang blh cek dulu ketulenan & jugak berat brng kemas tu. Kalau puas hati korang blh amik, kalau tak cakap je tak jadi amik. BR no heart feeling n no penalty! Cuma rm5 korang aje le hangus. Pepehal derang akan offer pd pembida ke-2 tinggi plak. Kalau jadi amik tu, BR akan bagi resit… Kat resit tu korang blh agak brp harga sebenar emas ni masa dipajak oleh owner… Pasal nanti akan ada breakdown drpd harga yg kita bayar cam bwh ni:

1. Storage Fee - Upah simpan yg dikenakan pd owner asal.

2. Principal Repayment - Cash/loan yg dibayar kpd owner asal lepas pajak. Ni value 65% dr nilai sbnr brng kemas tu.

3. Disposal Excess - Duit lebihan drpd emas yg dilelong.

Drpd apa yg aku baca kat web… BR ni konon-2nya tak aniaya owner le. Duit excess tu akan dibagi balik pd owner asal. Apa yg derang amik cuma upah simpan & jugak duit 65% yg derang dah bagi tu. Tapi aku rasa maybe ada gak skt percent BR makan dr duit excess tu… Tongue out Bila aku kira, harga rezab yg derang letak pasti akan lebih tinggi drpd cost 1 + 2… lbh krng 13-15% extra. So, kat sini aje BR dah siap-2 buat untung sblm brng masuk tender. Bijak-2…….

Apa lagi yg aku belum cerita? Rasanya dah cukup basic guide tentang emas lelong Bank Rakyat nie… Sori ye kalau ada sebhgn info kat sini tak betul. Pasal aku pun baru aje 1st time bid n dapat plak tu… Jadi rasa teruja sngt nak share dgn korang. Sapa yg lbh arif harap dpt gak bg komen n advise pd kami yg masih baru nie.

Selamat membida… Aku ingat bulan Disember nie nak cuba seround lagi. Seronok plak main bid-2 nie. Cam orang kaya aje bila tngk brng-2 display tu. Bukan main teliti lagi kononnya… orang-2 yg tgh tunggu nak pi teller jeling-2 aje! Yg best tu bila tngk orang rumah seronok dapat pakai gelang baru… huhuhu!

Saturday, May 19, 2012

Betrayal

Is the thing that I cannot simply forgive & forget.

Until now.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 22, 2012

Sofea @ The Critterland







Dah lama aku nak bw sofea main2 kat Critterland ni. Hari Sabtu time Mr Hubby tak kerja mcm ni baru berkesempatan.

Pendapat aku, kira ok la..Sofea tak excited sgt sbb tak der member. Sekali masuk, kena byr rm22 utk budak. Mak bapak masuk free. Yg bestnya, parents boleh masuk sekali tpt main tu.

Yg tak bestnya, kami park kat parking The Mines, so jln jauh sikit la..

Takpe, bleh exercise,kan? (Positif..positif)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

Count my blessings #1



Ada anak. Walaupun setakat ni dua2 anak perempuan, still aku bersyukur ada anak.

Anak2 penyejuk mata aku...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut

Tajuk menggambarkan content.

Seriously aku mmg menyampah dgn org yg pandai berhutang tp liat nak byr balik.

Masalahnya, niat nak byr pun tak der. Kerja bagus, gaji besar tp tak tahu malu tak reti2 nak byr hutang. Berkat sgt la nanti rezeki tuhan bg ko tapi sebenarnya hak org lain.

Pas tu siap bg alasan tak dpt penyata la, lmn web tak update status la..byk tol alasan time nak byr. Asyik oraaang jer yg salah. Sepatutnya org yg meminjam kena la usaha cari berapa patut byr, kat mn nak byr...ini tak, alasaaaaaannn jer memanjang.

Oh, yg tak der kn mengena jgn sentap. Ini peringatan kpd peminjam pelajaran yg mls nak byr hutang.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 4, 2012

Testing 123

Asyik kene install uninstall jer application ni kat phone..

Mencik.

posted from Bloggeroid

sorted out

Simpan semula baju-baju baby yg kecik.Imaan skrg dah boleh pakai bj kak sofea dah..


Published with Blogger-droid v2.0.4