Alhamdulillah, tahun 2020 yang ditunggu telah pun tiba..(dah 7 bulan pun berlalu..haha)
11 Januari 2020 lahirlah puteri kelima kami, Azizah Qistina binti Syahrul Nizam.
Ini masa dalam perut. |
Ini fresh dari oven ya. Otw balik ke rumah dari PMC. Tak jauh beza yang gambar scan tu. Terutama tang hidung.hahaha |
Cak!! Ini dah 6 bulan. Tembam, sihat dengan jayanya.. |
Tapi syukur Allah ganti dengan kemudahan untuk bersalinkan baby Azizah.
Sakit sekejap sekejap hari Sabtu, 11 Januari tu. Memang EDD pun. Tapi nak tunggu betul-betul sakit. PMC pun 5 minit je dari rumah. Tapi pagi Sabtu tu husband ajak ke rumah Cho kat Saujana Utama. Berjalan pun aku memang tak larat, inikan pulak nak bertandang rumah orang. Last-last husband dengan anak2 je ke sana. Aku rileks di rumah. Sebenarnya ada tujuan lain..ngeh..ngeh..
Aku tunggu lori perabot hantar barang.
Tunggu ini. Sofa yang dibeli secara online semasa sale Lazada hujung tahun. |
Yeah..rasa nak berjoget tengok lori ni sampai..haha #over |
Ringkasnya, sampai PMC dah 9cm. Doktor Ratna sampai je, terus teran. Alhamdulillah selamatlah Azizah Qistina keluar di dunia fana ini. Dia punya nangis, masyaAllah kuat betul...nyaring sangat. Berbeza dengan Aisyah sebelum ini, takde nangis beria. Ini dalam wad pun nangis. Dengar baby lain nangis, eh..eh..dia pun cebik nangis. Alahai anak..
Setinggi-tinggi syukur aku panjatkan kepada Allah atas kurniaan Azizah Qistina. Seorang baby yang senang dijaga, mudah senyum dan tertawa. Banyak rezeki Allah kurniakan melalui anak ini..💓💕💖
Next, nak kongsi pasal rezeki yang mulanya mustahil, tapi bagi Allah tiada yang mustahil. Nak share jugak berpantang dengan confinement lady. Pasal MCO. Eh..eh..banyaknya nak recap..haha
#padanmuka
#akibatbertangguh
#insaf
No comments:
Post a Comment