Salam sayang semua..💕💖
Masa nak cek kuning baby. Azizah unur 3 hari time ni. |
Cerita Satu
Kerajaan memperuntukkan 360 hari untuk cuti bersalin kepada penjawat awam wanita sepanjang perkhidmatan. Setiap kali cuti, fleksibel nak amik 60 hari atau 90 hari. Ok, itu fakta.
Makanya, disebabkan mengandung anak kelima, berapalah cuti bersalin yang tinggal, kan? Aku ni bernasib baik jugalah Hannah lahir masa cuti belajar. So, jimatlah sikit cuti bersalin. Still, tak dapatlah bercuti 3 bulan.huhuhu...
Nak dijadikan cerita, aku selalu berdoa masa mengandung supaya Allah salurkan rezeki yang tak putus-putus melalui anak dalam kandungan ini. Sebabnya mula-mula aku kiranya sedih sangat bila tahu mengandung lagi. Bukan menolak rezeki, cuma tak bersedia dan rasa macam cukup dah 4 orang anak.
Dan terdetik dalam hati, "bestnya orang yang majikannya bagi cuti bersalin bergaji penuh sampai 5,6 bulan..aku memang mustahil la nak dapat.." Yelah, secara logik akalnya memang begitu,kan?
Tup-tup, baru je naik kerja 2 hari, PM umum PKP pada 18 Mac 2020. KENA DUDUK RUMAH.
Allahuakbar, tabarakallah..memang rezeki Azizah Qistina untuk direct breastfeed dan bermanja lagi dengan ummi dia. Memang macam bersambung cuti bersalin bergaji penuh. Allah memang nak tunjukkan, TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH.
2 bulan cuti bersalin, tambah 3 bulan lagi arahan kerajaan untuk bekerja dari rumah. Sama nikmatnya macam cuti bersalin bergaji penuh 5 bulan.
Setinggi-tinggi syukur, Alhamdulillah..💖💖
Cerita Dua
Ingat tak yang aku mintak doakan supaya husband terbuka hati untuk amik maid?
Ada kat link sini.
Atas doa semua (terutama ibu saya) alhamdulillah husband akhirnya lembut hati untuk amik maid. Ya Allah, dia punya rasa lega tak tahu la nak gambarkan cemana..Rasa macam mimpi pun ada..over,kan?
Bayangkan sepanjang mengandung dok pujuk husband. Siap justify begitu, begini. Bukan mudah, hokeyyy...Setiap kali call ibu, mintak ibu doa sungguh supaya Allah lembutkan hati husband untuk amik maid.
Memang beberapa kali terlintas di hati, memang mustahil la husband nak bagi orang luar duduk sekali dengan kami. Husband kita, sure kita rasa kita faham dia,kan?
Tapi hatinya Allah juga yang pegang. Kuasa Allah swt juga yang membolak balikkan hati sesiapa pun. To make things short, maka rezeki kami dapat maid dari Jawa, umur 52 tahun.
Bibik Sumiyanti, part of our family now. |
Allahu..baiknya Allah pada kami..besar rahmatNya pada kami..Dia turunkan rezeki melalui Azizah Qistina untuk keluarga kami ada maid untuk memudahkan urusan rumahtangga kami...💕💖💗
Macam mimpi pun ada rasanya. Bibik pun serasi dengan baby Azizah. Nampak kasih sayang dia pada Azizah dan anak-anak kami yang lain. Azizah pun nampak sayang sangat dengan Bibik Sumi.
Nikmat mana lagi yang nak kita semua dustakan?
No comments:
Post a Comment