Tuesday, July 28, 2020

Dilema seorang ibu anak lima

Assalamulalikum dan good day everybody...

Sigh..

Semalam lepas maghrib, aku dah mengantuk sangat-sangat. Susukan Baby Azizah sampai dia tertidur, tapi diri sendiri tak dapat tido pun..Badan, mental penat tapi tak dapat tido.

Aisyah pulak keep on checking on me every 5 minutes kot..Kalau boleh tak nak ummi tido..Dah la seharian spend masa di pejabat, malam balik rumah takkan terus tido..Kesian rasanya dengan Aisyah tu. Manja kedek-kedek lagi. Masih tido nak ummi 'polok'..Hannah dan Imaan pun still request nak tido dengan ummi. Tak dapat peluk pun, pegang tangan pun jadi..

Still, aku as a mom rasa bersalah. Macam tak dapat bahagikan kasih sayang sewajarnya. 

Balik kerja, penat. Shower, solat maghrib. Kadang2 tak makan sebab tak lalu. Rasa nak rehat tu mengatasi segalanya. Tapi all the kids pulak need my attention. Sedih sangat. Dan stress. 

Itupun syukur all the house cores bibik yang settlekan. Botol susu, pam susu, bibik akan amik dari beg susu dan basuhkan. Esok pagi tinggal kutip beg sus terus masuk kereta je. Dinner pun aku outsource pada bibik je. Baju2, pinggan mangkuk...Syukur banyak untuk itu..

Sofea. She got her 1st menses on 16th July. Dia malu agaknya nak bagitau. Nasiblah aku nampak tisu2 berdarah dalam tong sampah dalam bilik. Bila ditanya, ada darah keluar, katanya..So, i told her that was darah haid and ajar cara pakai pad and how to dispose dengan betul..The next day, i got the chance to have a 'women talk' with her...paling best bila dia tanya kekerapan haid ni datang. Aku cakap, setiap bulan.

"Owh, setiap bulan Julai la dia datang ye..?"

Kahkahkah..gelak besar aku.

"Bukan, setiap bulan. Julai datang sekali, nanti Ogos datang lagi, September datang lagi.."

"Alaaa..ye ke? Sofea tak selesa la pakai pad ni sebenarnya.."

"Takpe, ummi dulu pun macam tu. Lama-lama kita okay je."

Also told her that she can get pregnant bila dah menses ni. So that she had to take care of herself. Kena jaga pergaulan.

"Sofea tahu kan, lelaki boleh buat perempuan mengandung?" I asked.

"Tahu."

Sejauh mana dia punya 'tahu' tu, aku tak tau lagi..isk.

See? Nak kena fokus pada perkembangan anak2 ni, quite tiring. Seriously. Kena observe everytime, kena sharp pada perubahan sikap. 

Ini belum masuk pasal pelajaran. Lagi sakit kepala. Taip ni pun rasa dia stress sampai berdenyut kepala..huhu

Talking about pelajaran, Sofea showed me her markah BM Karangan. 

34%. Oh. Em. Gee.

Found out yang Sofea lemah buat karangan. Satu karangan setengah jengkal pun tak sampai..huhu. Tajuk karangan pasal percutian keluarga, dan saya sebatang pen.

I read her karangan pasal percutian keluarga. Not impressive at all. Lack of imagination. Lack of description. Lack of emotion.

So, aku terus karang satu karangan. Suruh dia baca dan tiru. Taught her about 1Husband, 5Wives technique untuk dia elaborate karangan dia tu.

Harap membantulah dia faham apa kehendak cikgu.

Till then, mohon doakan kita semua sebagai mak ni dapat terus kuat untuk keluarga.

"Together, we can do better"



No comments:

Post a Comment