Tuesday, July 28, 2020

Dilema seorang ibu anak lima

Assalamulalikum dan good day everybody...

Sigh..

Semalam lepas maghrib, aku dah mengantuk sangat-sangat. Susukan Baby Azizah sampai dia tertidur, tapi diri sendiri tak dapat tido pun..Badan, mental penat tapi tak dapat tido.

Aisyah pulak keep on checking on me every 5 minutes kot..Kalau boleh tak nak ummi tido..Dah la seharian spend masa di pejabat, malam balik rumah takkan terus tido..Kesian rasanya dengan Aisyah tu. Manja kedek-kedek lagi. Masih tido nak ummi 'polok'..Hannah dan Imaan pun still request nak tido dengan ummi. Tak dapat peluk pun, pegang tangan pun jadi..

Still, aku as a mom rasa bersalah. Macam tak dapat bahagikan kasih sayang sewajarnya. 

Balik kerja, penat. Shower, solat maghrib. Kadang2 tak makan sebab tak lalu. Rasa nak rehat tu mengatasi segalanya. Tapi all the kids pulak need my attention. Sedih sangat. Dan stress. 

Itupun syukur all the house cores bibik yang settlekan. Botol susu, pam susu, bibik akan amik dari beg susu dan basuhkan. Esok pagi tinggal kutip beg sus terus masuk kereta je. Dinner pun aku outsource pada bibik je. Baju2, pinggan mangkuk...Syukur banyak untuk itu..

Sofea. She got her 1st menses on 16th July. Dia malu agaknya nak bagitau. Nasiblah aku nampak tisu2 berdarah dalam tong sampah dalam bilik. Bila ditanya, ada darah keluar, katanya..So, i told her that was darah haid and ajar cara pakai pad and how to dispose dengan betul..The next day, i got the chance to have a 'women talk' with her...paling best bila dia tanya kekerapan haid ni datang. Aku cakap, setiap bulan.

"Owh, setiap bulan Julai la dia datang ye..?"

Kahkahkah..gelak besar aku.

"Bukan, setiap bulan. Julai datang sekali, nanti Ogos datang lagi, September datang lagi.."

"Alaaa..ye ke? Sofea tak selesa la pakai pad ni sebenarnya.."

"Takpe, ummi dulu pun macam tu. Lama-lama kita okay je."

Also told her that she can get pregnant bila dah menses ni. So that she had to take care of herself. Kena jaga pergaulan.

"Sofea tahu kan, lelaki boleh buat perempuan mengandung?" I asked.

"Tahu."

Sejauh mana dia punya 'tahu' tu, aku tak tau lagi..isk.

See? Nak kena fokus pada perkembangan anak2 ni, quite tiring. Seriously. Kena observe everytime, kena sharp pada perubahan sikap. 

Ini belum masuk pasal pelajaran. Lagi sakit kepala. Taip ni pun rasa dia stress sampai berdenyut kepala..huhu

Talking about pelajaran, Sofea showed me her markah BM Karangan. 

34%. Oh. Em. Gee.

Found out yang Sofea lemah buat karangan. Satu karangan setengah jengkal pun tak sampai..huhu. Tajuk karangan pasal percutian keluarga, dan saya sebatang pen.

I read her karangan pasal percutian keluarga. Not impressive at all. Lack of imagination. Lack of description. Lack of emotion.

So, aku terus karang satu karangan. Suruh dia baca dan tiru. Taught her about 1Husband, 5Wives technique untuk dia elaborate karangan dia tu.

Harap membantulah dia faham apa kehendak cikgu.

Till then, mohon doakan kita semua sebagai mak ni dapat terus kuat untuk keluarga.

"Together, we can do better"



Wednesday, July 15, 2020

Kemustahilan yang tidak mustahil bagi Allah - Rezeki yang tak terjangka

Salam sayang semua..💕💖

Masa nak cek kuning baby. Azizah unur 3 hari time ni.

Cerita Satu

Kerajaan memperuntukkan 360 hari untuk cuti bersalin kepada penjawat awam wanita sepanjang perkhidmatan. Setiap kali cuti, fleksibel nak amik 60 hari atau 90 hari. Ok, itu fakta.

Makanya, disebabkan mengandung anak kelima, berapalah cuti bersalin yang tinggal, kan? Aku ni bernasib baik jugalah Hannah lahir masa cuti belajar. So, jimatlah sikit cuti bersalin. Still, tak dapatlah bercuti 3 bulan.huhuhu...

Nak dijadikan cerita, aku selalu berdoa masa mengandung supaya Allah salurkan rezeki yang tak putus-putus melalui anak dalam kandungan ini. Sebabnya mula-mula aku kiranya sedih sangat bila tahu mengandung lagi. Bukan menolak rezeki, cuma tak bersedia dan rasa macam cukup dah 4 orang anak.

Dan terdetik dalam hati, "bestnya orang yang majikannya bagi cuti bersalin bergaji penuh sampai 5,6 bulan..aku memang mustahil la nak dapat.." Yelah, secara logik akalnya memang begitu,kan?

Tup-tup, baru je naik kerja 2 hari, PM umum PKP pada 18 Mac 2020. KENA DUDUK RUMAH.

Allahuakbar, tabarakallah..memang rezeki Azizah Qistina untuk direct breastfeed dan bermanja lagi dengan ummi dia. Memang macam bersambung cuti bersalin bergaji penuh. Allah memang nak tunjukkan, TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH.

2 bulan cuti bersalin, tambah 3 bulan lagi arahan kerajaan untuk bekerja dari rumah. Sama nikmatnya macam cuti bersalin bergaji penuh 5 bulan.

Setinggi-tinggi syukur, Alhamdulillah..💖💖



Cerita Dua


Ingat tak yang aku mintak doakan supaya husband terbuka hati untuk amik maid?

Ada kat link sini.

Atas doa semua (terutama ibu saya) alhamdulillah husband akhirnya lembut hati untuk amik maid. Ya Allah, dia punya rasa lega tak tahu la nak gambarkan cemana..Rasa macam mimpi pun ada..over,kan?

Bayangkan sepanjang mengandung dok pujuk husband. Siap justify begitu, begini. Bukan mudah, hokeyyy...Setiap kali call ibu, mintak ibu doa sungguh supaya Allah lembutkan hati husband untuk amik maid.

Memang beberapa kali terlintas di hati, memang mustahil la husband nak bagi orang luar duduk sekali dengan kami. Husband kita, sure kita rasa kita faham dia,kan?

Tapi hatinya Allah juga yang pegang. Kuasa Allah swt juga yang membolak balikkan hati sesiapa pun. To make things short, maka rezeki kami dapat maid dari Jawa, umur 52 tahun. 


Bibik Sumiyanti, part of our family now.
Allahu..baiknya Allah pada kami..besar rahmatNya pada kami..Dia turunkan rezeki melalui Azizah Qistina untuk keluarga kami ada maid untuk memudahkan urusan rumahtangga kami...💕💖💗

Macam mimpi pun ada rasanya. Bibik pun serasi dengan baby Azizah. Nampak kasih sayang dia pada Azizah dan anak-anak kami yang lain. Azizah pun nampak sayang sangat dengan Bibik Sumi. 

Nikmat mana lagi yang nak kita semua dustakan?




Tuesday, July 14, 2020

Azizah Qistina Kesayangan Semua - Pengalaman Bersalin paling pantas dan mudah

Helloo..Helloo...Helloooo....(baca gaya bergema..)😁

Alhamdulillah, tahun 2020 yang ditunggu telah pun tiba..(dah 7 bulan pun berlalu..haha)

11 Januari 2020 lahirlah puteri kelima kami, Azizah Qistina binti Syahrul Nizam. 
Ini masa dalam perut.



Ini fresh dari oven ya. Otw balik ke rumah dari PMC. Tak jauh beza yang gambar scan tu. Terutama tang hidung.hahaha

Cak!! Ini dah 6 bulan. Tembam, sihat dengan jayanya..
Pengalaman mengandung kali kelima sebenarnya paling memeritkan dan memenatkan. Serik betul kalau dingat-ingatkan. Dengan hormon haywire, dengan perut besar apa pun tak boleh. Faktor umur agaknya.

Tapi syukur Allah ganti dengan kemudahan untuk bersalinkan baby Azizah.
Sakit sekejap sekejap hari Sabtu, 11 Januari tu. Memang EDD pun. Tapi nak tunggu betul-betul sakit. PMC pun 5 minit je dari rumah. Tapi pagi Sabtu tu husband ajak ke rumah Cho kat Saujana Utama. Berjalan pun aku memang tak larat, inikan pulak nak bertandang rumah orang. Last-last husband dengan anak2 je ke sana. Aku rileks di rumah. Sebenarnya ada tujuan lain..ngeh..ngeh..

Aku tunggu lori perabot hantar barang.



Tunggu ini. Sofa yang dibeli secara online semasa sale Lazada hujung tahun.

Yeah..rasa nak berjoget tengok lori ni sampai..haha
#over
Sofa sampai dah lewat petang. Maghrib dah mula rasa sakit. Ku tahan, Jebat. Dah whatsapp husband cepat-cepat balik. Lepas Isyak makin kerap sakitnya. Letak semua beg, buku merah tepi pintu.



Ringkasnya, sampai PMC dah 9cm. Doktor Ratna sampai je, terus teran. Alhamdulillah selamatlah Azizah Qistina keluar di dunia fana ini. Dia punya nangis, masyaAllah kuat betul...nyaring sangat. Berbeza dengan Aisyah sebelum ini, takde nangis beria. Ini dalam wad pun nangis. Dengar baby lain nangis, eh..eh..dia pun cebik nangis. Alahai anak..

Setinggi-tinggi syukur aku panjatkan kepada Allah atas kurniaan Azizah Qistina. Seorang baby yang senang dijaga, mudah senyum dan tertawa. Banyak rezeki Allah kurniakan melalui anak ini..💓💕💖

Next, nak kongsi pasal rezeki yang mulanya mustahil, tapi bagi Allah tiada yang mustahil. Nak share jugak berpantang dengan confinement lady. Pasal MCO. Eh..eh..banyaknya nak recap..haha


#padanmuka
#akibatbertangguh
#insaf